Memang masalah ini patut juga disuarakan oleh ahli Parlimen tapi kemana 
perginya ahli-ahli parlimen yang menjadi Juara Rakyat ? Jiran saya seorang 
pensyarah yang ada kereta dan sebuah motosikal ketika mau perbaharui cukai 
jalan motosikal gagal berbuat demikian kerana ada saman ekor melibatkan kereta 
yang belum dibayar. Saya pula baru-baru ni terima saman dari MPKB BRI pasal tak 
bayar parking. Sama ada saman ekor atau saman parking kereta saya rasa 
pihak-pihak terlibat harus punyai cara lebih mesra pengguna. Saya pernah satu 
kali dengan seorang kawan ketika berada diluar negara (kira ini negara maju) 
apabila polis mengesan kereta kami dipandu laju kami ditahan tapi polis sekadar 
beri peringatan agar tidak memandu melebihi had laju. Tidaklah terus menyaman !!

   Tentang saman letak kereta pula pihak berkuasa tempatan tidaklah perlu terus 
menuntut bayaran saman. Kadang-kadang bukan tak bayar tapi masa parking 
terlebih masa. Sekurang-kurangnya sebahagian caj sudah dibayar. Saya rasa jika 
seseorang itu lakukan kesalahan sekadar dua kali dalam tempoh sebulan eloklah 
diberi keringanan dengan mengecualikan saman yang pertama. Jika dalam sebulan 
saman dikeluarkan tiga empat kali keatas seseorang pemilik kereta mungkin ianya 
sengaja tidak mau bayar maka orang sebegini tak perlu diberi keringanan. Begitu 
juga saman ekor, jika disaman sehingga tiga empat kali dalam tempoh enam bulan 
mungkin tidak layak diberi keringanan tapi kiranya hanya sekali tak perlulah 
disaman, cukuplah sekadar diberi amaran. Yang menjadi masalah saman menuntut 
bayaran kompaun itu ada yang sudah bertahun-tahun lamanya. Mengapa lama sangat 
masa diambil sedangkan sekarang segala maklumat boleh diperolehi secara on-line.

    Satu cara lagi agar lebih mesra pengguna pihak polis/jpj/perbandaran elok 
juga sekadar beri amaran bertulis bermakna amaran itu direkodkan, Apabila 
melakukan kali kedua dalam tempoh 3 bulan misalnya barulah dikeluarkan saman 
(saman ekor) kerana amaran pertama boleh disemak jika telah direkodkan. Saman 
parking pula kalau dilakukan melebihi dua kali dalam sebulan barulah kompaun 
dikenakan, Rasanya tidak patut juga kalau pengguna yang dua tiga kali seminggu 
masuk bandar dan sentiasa membayar parking tapi sekali saja dalam sebulan tak 
bayar sudah kena saman.Usahlah dibebankan pengguna dengan kompaun pulohan/ 
ratusan ringgit kerana bukan semuanya kesalahan dilakukan dengan sengaja.  
Pihak berkuasa di bawah kerajaan pusat kenalah bertimbang rasa jika "rakyat 
didahulukan". Begitu juga dengan Majlis Perbandaran /Bandaraya  hendaklah juga 
bertimbang rasa dari segi kompaun parking ini kerana kadang-kadang nak dapat 
ruang parking pun terpaksa
 berpusing-pusing kesana kemari atau terpaksa letak kereta di lot parking yang 
beratus meter jauhnya dari tempat berurusan !! Wallahua'lam.


--- On Thu, 6/17/10, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pemimpin Pakatan Rakyat tidur ke ?
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, June 17, 2010, 9:19 AM







 









      Kalau nak menang hati pengundi Malaysia, hati pengundi Melayu, pemimpin 
Pakatan Rakyat terutama di parlimen perlu lebih banyak mengetengahkan dan 
membela nasib rakyat pada masa kini. Antaranya ialah masalah saman ekor seperti 
di bawah ini. Jangan sibuk nak berpolitik sahaja, siapa nak jadi calon, siapa 
yang akan lompat parti. Masalah saman ekor ini sepatutnya dibahaskan di 
parlimen.



Sumber dari 
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5770



KERAJAAN sedang perah rakyat..........



"Petang semalam aku sekali lagi ke balai polis untuk menyemak saman salah 
seorang kawan kerana tidak dapat membaharui road tax akibat disenarai 
hitamkan.Ada tiga saman yang tidak dilangsaikan yang berjumlah kesemuanya 
RM1,010-00 di mana salah satunya berjumlah RM750-00.Aku tidak tahu saman apakah 
ini sehingga kompaunnya berjumlah RM750-00 tetapi apa yang menarik perhatian 
aku ialah seperti semasa aku ke balai polis dulu, kali ini ada pula seorang 
hamba ALLAH yang menerima berita samannya berjumlah RM900-00 kerana blacklist 
juga.



Kali ini aku boleh mengesahkan cerita seorang kawan tidak lama dulu bahawa 
sekarang saman ekor juga diblacklist kerana jumlah saman hamba ALLAH tersebut 
juga hasil saman ekor seperti disahkan oleh kerani kaunter bayaran saman.Ini 
adalah secebis kisah saman menyaman polis dan JPJ terhadap pesalah pesalah 
jalanraya yang nampaknya terpaksa memikul beban membayar kompaun tanpa belas 
kasihan lagi dari kerajaan.Kerajaan sedang memerah keringat rakyat yang 
sebahagiannya turut melibatkan pengundi pengundi yang memberi undi kepada 
mereka kerana dana khas sebanyak RM300-00.

Memang sah kerajaan sekarang kekeringan duit dan memag sah kerajaan sedang 
menggunakan apa jua cara untuk memungut duit dari rakyatnya.Setiap hari kalau 
ke balai polis atau ke pejabat JPJ,pasti kita akan mendengar kisah kisah 
blacklist dan jumlah kompaun yang mesti dijelaskan oleh pesalah jalanraya tanpa 
ada perundingan lagi seperti masa masa yang lalu.Ada duit ker, tak ada duit ker 
saman mesti dijelaskan seperti ditetapkan.Ambik kau, rakyat Malaysia yang cuai 
dan baik hati.



Seperti kisah hamba ALLAH yang aku ceritakan tadi, senarai saman ekor yang 
diterimanya berjela jela, cuma 3 daripadanya sahaja diblacklist dan mesti 
diselesaikan untuk membolehkannya membaharui road tax.Aku tersenyum sendirian 
apabila beliau bertanya kerani kaunter saman tentang saman saman ekornya yang 
lain di mana kata kerani tersebut saman itu masih belum diblacklist dan tak 
perlu dibayar untuk membaharui roadtax, yang mesti ialah membayar saman yang 
dibalcklist itu sementara saman saman yang lain tu akan diblacklist 
kemudian.Ini bermakna, hamba ALLAH ini perlu menyusun semula pendapatannya dan 
bersedia untuk membayar saman saman yang lain yang pada jangkaan aku berjumlah 
ribuan ringgit melihat senarai semakan saman yang diterimanya.



Baiknya rakyat Malaysia kepada kerajaan berbaju batik lengan panjang dan 
berperut gendut.Pada bila bila masa kerajaan memerlukan duit, ada jalan mudah 
untuk memperolehinya.Kerana itu, polis trafik dan penguat kuasa JPJ diberikan 
qouta harian dan bulanan saman untuk dipenuhi.Yang gagal memenuhi qouta   
dianggap tidak cekap dan tidak membuat kerja dengan baik.



Barangkali inilah masanya untuk semua rakyat bersedia untuk memberi duit dengan 
lebih banyak kepada kerajaan berbaju batik berlengan panjang dan berperut 
gendut kerana tidak lama lagi negara akan menjadi negara berpendapatan tinggi 
di mana semuanya tinggi, harga gula tinggi, harga minyak tinggi dan harga mas 
kahwinpun tinggi.Yang jadi rendah ialah taraf hidup rakyat.Selamat menyerahkan 
RM(ringgit Malaysia) kepada kerajaan baju batik lengan panjang dan berperut 
gendut wahai RM(rakyat Malaysia).



Dari RM kerana RM untuk RM.....























      

Kirim email ke