7 Julai 2010/24
Rejab 1431H
SIARAN MEDIA
KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR KALI KE-2
TAHUN 2010 ANJURAN BERSAMA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM), MUSLEH BHD
(PUSAT PENDIDIKAN SRI-SMI BHD),
IIUM, DAN INTERNATIONAL CENTRE FOR EDUCATIONAL EXCELLENCE BERHAD
(ICEE)
Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar Kali Ke-2
Tahun 2010 bagi pelajar-pelajar sekolah menengah anjuran bersama Pertubuhan
IKRAM Malaysia (IKRAM), Musleh Berhad
(Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd), IIUM dan International Center for Educational
Excellence Bhd (ICEE) akan diadakan dari 8hb hingga 11hb Julai 2010 bertempat
di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Tujuan utama kejohanan ini ialah untuk mecungkil bakat
berpidato dan berdebat merangkumi tiga bahasa iaitu (Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Arab). Kejohanan ini juga berhasrat
untuk meningkatkan tahap kemahiran khususnya bidang kepimpinan dari kalangan
pelajar sekolah menengah agama dan swasta. Penganjur yakin bahawa usaha kecil
ini akan
menyumbang ke arah usaha membina dan melahirkan modal insan yang
berkualiti dan berketrampilan dalam membangun sebuah negara yang maju dan
diberkati Allah azza wa
jalla.
Seramai 158 orang pelajar dari dalam dan luar negara
telah mendaftarkan diri melibatkan 40 buah pasukan debat dalam kejohanan ini.
Kejohanan
kali ini dimeriahkan dengan penyertaan dua buah pasukan debat dari negara jiran
Indonesia. Manakala penyertaan dalam negara terdiri dari pelajar-pelajar
jaringan Sek Menengah rangkaian Musleh (14 buah) dan dari sekolah
swasta yang lain iaitu Sekolah Menengah Islam ADNI, Ayesha
Islamic School, Kajang dan International Islamic School Kota Damansara.
Kejohanan pada julung kalinya menerima penyertaan dari pasukan debat Sekolah
Berasrama Penuh iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah Alam
Shah, Putrajaya dan Kolej
Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Kelang. Beberapa orang guru pemerhati dari
negara Thailand dan Brunei
Darus Salam dijangka akan turut serta memberikan sokongan. Selain pertandingan,
Kejohanan ini akan turut mengadakan
bengkel debat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar oleh
jurulatih berpengalaman yang dijemput khas dari UIAM.
Pertandingan
Akhir Debat Bahasa Arab akan diadakan pada 10 hb Julai 2010 bersamaan
hari Sabtu jam 8 malam. Manakala Pertandingan Debat Akhir Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu akan bermula jam 8 pagi pada 11 Julai 2010
bersamaan hari Ahad.
Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar Kali Ke-2 Tahun 2010
akan ditutup secara resminya oleh Ybhg Datuk Zamani Bin Hj. Sulaiman,
Setiausaha Dewan
Negara, Parlimen Malaysia dijangka pada jam 11.30 pagi.
Yang benar,
UST MEGAT MOHAMED AMIN MEGAT MOHAMED NOR
PENGERUSI MUSLEH BHD
(HP-019 2687058)
www.musleh.edu. my
Maklumat lanjut sila hubungi (Pengarah Debat: Shamsul Ma'arif Hj ismail - 013
2758565)