Saya rasa tidak wajar kita menyalahkan yang keluar 40 hari, ke Pakistan atu 
kemana juga. Ramai lagi dari kalangan kita tak buat apa2 pun. Dia rasa dia dah 
cukup Islam tapi lupa dia apa yang Nabi SAW pernah risaukan bahawa di akhir 
zaman seseorang itu pagi Islam petang mungkin kafir petang Islam pagi mungkin 
kafir. Ramai dari kita masih lemah iman masih perlu diberi kefahaman dan 
keyakinan yang mutlak kepada Allah swt. Pada masa sama kita kena ajak yang 
belum Islam kepada Islam. Yang dah Islam jangan sekadar dok ngaji tentang ilmu 
fiqh sahaja. Tauhid dan aqidah Islam tidak diambil peduli. Ramai sekadar dok 
ngaji dan ngaji saja tapi tidak juga ajak manusia lain kepada kebaikan apa tah 
lagi nak ajak yang tak Islam kepada Islam. Yang dok keluar 40 hari tu pun 
bukanlah ramai sangat !! Jangan pula kita harapkan semua mereka nak buat !!

Jika ke kebanyakan masjid boleh dikatakan ramai yang dok ngaji dengan 
ustaz-ustaz dan tok-tok guru. Ada usaha tingkatkan kualiti Islamnya tapi ianya 
tidak seharusnya terhenti disitu saja tanpa ajak orang lain (Islam dan bukan 
Islam) kepada Islam. Yang dah Islam mesti diajak kepada yakin dan beriman 
dengan benar kepada Allah swt.Kalau dah Islam tapi sangat nipis imannya maka 
mudah sangat imannya "dibeli". Semua kita dah diberi tauliah oleh Nabi untuk 
berdakwah mengajak kepada kebaikan dan Islam yang sebenar . Bukankah Nabi SAW 
pernah minta kita sampaikan walau pun satu ayat daripadanya ? Wallahua'lam.

--- On Fri, 6/25/10, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Teramat kurang pendakwah Islam di 
Sarawak
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Friday, June 25, 2010, 11:40 AM







 









      BETUL KURANGNYA PENDAKWAH DISANA. ADA KAWAN KPD KAWAN SAYA MENGATAKAN DIA 
MASUK KRISTIAN KERANA PENDAKWAH KRISTIAN MASUK KETEMPATNYA DAHULU JAUH 
DIPENDALAMAN KALAU ISLAM MASUK TENTU MASUK ISLAM KATANYA. BARU-BARU NI AKU G 
BINTULU DAN ADA KAWAN KAT SANA BERITAHU TIAP2 PETANG ADA PENDAKWAH KRISTIAN 
LELAKI DAN PEREMPUAN BERPAKAIAN KEMAS MENAIKKI BASIKAL DAN BERDAKWAH KEPADA 
MEREKA YANG LALU LALANG. MANA PERGINYA ASYIK KELUAR 40 HARI? PAKISTAN? 
SURAU-SURAU DIKAMPUNG YANG MEREKA DAH TAHU ISLAM CUMA PERLU DIAJAK BERJEMAAH 
KALAU MEREKA KURANG KESURAU ATAU MASJID. KENAPA PUAK NI TAK GI JAUH 
DIPENDALAMAN?

--- On Tue, 8/6/10, su...@yahoo. com <su...@yahoo. com> wrote:


From: su...@yahoo. com <su...@yahoo. com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Teramat kurang pendakwah Islam di Sarawak
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Tuesday, 8 June, 2010, 9:29 PM


 

Tidak malu ke umat Islam , orang bukan Islam yang beria-ia menyuruh pendakwah 
Islam mengajar orang Islam ? Tuai Rumah Ado, Ado anak Bilong, menjelaskan 
beliau tahu mengenai keluarga Muslim itu kerana mereka sebahagian daripada anak 
buahnya kerana tinggal di rumah panjang itu. Beliau berharap pihak berkaitan 
dapat membantu terutama bagi menyelesaikan status keluarga murid Islam itu 
kerana bimbang ia mungkin akan menimbulkan kesulitan pada masa depan.

************ ********* *********
Berita Harian 8 Jun 2010

Keluarga Muslim perlu bantuan pendakwah ajar anak agama

PENDAKWAH atau pihak bertanggungjawab sewajarnya datang ke Rumah Panjang Ado 
kerana tiga murid Muslim di Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Keseng bersebelahan 
rumah panjang itu memerlukan khidmat dan bantuan mereka.

Demikian fikiran penulis ketika melihat persekitaran hidup tiga murid Islam 
terbabit, seorang lelaki dan dua lagi perempuan ketika ke rumah panjang
 dan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Pengurusan sekolah melakukan yang terbaik bagi membantu murid terbabit seperti 
kata Guru Besarnya, Anthony Upon, pihaknya meminta jasa guru perempuan dari 
Semenanjung mengajar mereka Fardu Ain dan hal berkaitan agama.

Untuk mengajar murid terbabit yang akan menduduki Penilaian Asas Fardu Ain 
tahun ini, kami tiada ustaz kerana tidak mencukupi kuota, iaitu 
sekurang-kurangnya lima murid Islam untuk mendapat seorang guru agama.

Bagi memenuhi keperluan itu, beberapa guru perempuan sekolah ini berasal dari 
Semenanjung dengan suka rela mengajar agama di rumah mereka pada luar waktu 
sekolah, lazimnya sebelah petang, katanya.

Seorang murid terbabit, Faiznor Yusof, 12, berkata dia diberitahu bapanya 
keturunan Melayu dari Sibu, manakala ibunya pula Iban, tetapi mereka tinggal di 
Rumah Panjang Ado.

Dia bersama adiknya, Izani serta seorang lagi murid Muslim, Norlia Ramli, 
sering bermalam
 di rumah guru perempuan terutama pada hujung minggu kerana dapat belajar agama 
dan sembahyang.

Saya lebih suka pergi rumah cikgu kerana dapat belajar dan sembahyang apabila 
tiba waktunya. Cikgu banyak memberi tunjuk ajar. Adik saya pun sembahyang, tapi 
jarang. Ibu tidak melarang, sebaliknya menggalakkan saya ke rumah cikgu.

Saya belajar berpuasa sejak Tahun Lima bila Hari Raya saya sambut sendiri, 
katanya yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini dan 
bercita-cita menjadi guru kerana mahu mendidik orang lain.

Sementara itu, Tuai Rumah Ado, Ado anak Bilong, menjelaskan beliau tahu 
mengenai keluarga Muslim itu kerana mereka sebahagian daripada anak buahnya 
kerana tinggal di rumah panjang itu.

Bagaimanapun, beliau berharap pihak berkaitan dapat membantu terutama bagi 
menyelesaikan status keluarga murid Islam itu kerana bimbang ia mungkin akan 
menimbulkan kesulitan pada masa depan.

http://www.bharian. com.my/bharian/ articles/ KeluargaMuslimpe rlubantuanpendak 
wahajaranakagama /Article























      

Kirim email ke