Harakahdaily.net - Bolehkah muslimat jadi timbalan presiden?
Li Fook Gao   
 
Soalan 1:
 
Apakah nasihat tuan-tuan semua kepada anak-anak kalian? Apakah harapan Naib
Presiden sekalian ke atas mereka? Adakah Naib Presiden sekalian akan
menggalakkan mereka menceburi bidang politik?
 
TITM: Saya mempunyai 8 orang anak – 3 lelaki dan 5 perempuan. Anak sulung lelaki
berusia 22 tahun, bersama anak kedua, ketiga dan keempat sedang belajar di
Universiti Islam Antarabangsa cawangan Kuantan dan Gombak. Dua anak berada di
sekolah menengah manakala dua lagi di sekolah rendah.
 
Nasihat buat anak-anak macam orang lain juga, dua perkara utama ialah solat
berjamaah di awal waktu dan al-Quran mesti dibaca setiap hari. Tentang
penglibatan diri dalam jamaah adalah wajib.
 
Kita perlu melahirkan sekurang-kurangnya seorang petugas jamaah setiap rumah.
 
Pengalaman dibesarkan dengan menghormati ibubapa dan guru sangat besar kesannya
dalam kehidupan saya sekeluarga. Emak sering berpesan 'jangan sesekali menyakiti
hati guru, kamu tidak akan berkat selama-lamanya. Kerana keberkatan ilmu lebih
penting dari banyaknya ilmu".
 
SA: Saya mempunyai enam orang anak - yang sulong berusia 24 tahun sudah bekerja
sambil belajar lagi, yang nombor dua, tiga dan empat semua berada di universiti,
yang kelima mengambil SPM tahun ini dan yang kecil sekali baru darjah empat.
 
Saya mahu mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Mereka kena menimba
ilmu yang sebanyak-banyaknya kerana mereka mesti menjadi orang yang berilmu dan
beriman dan dengan itu sahajalah saya rasa saya dapat memberikan mereka bekalan
yang secukupnya untuk mereka di dunia dan juga di akhirat.
 
Sudah pasti anak saya akan mewarisi perjuangan yang saya bina untuk keluarga
pada hari ini. Ini memang sesuatu yang menjadi cita-cita saya lah, paling tidak
pun sebelum saya pergi meninggalkan dunia ini, ada di kalangan anak-anak yang
akan mewarisi perjuangan yang saya bina ini.
 
Selain politik, saya berharap mereka jadi orang yang knowledgable, yang mampu
menghadapi setiap cabaran hari ini dan yang pasti saya juga mahu mereka
mempunyai keluarga yang bahagia, yang mengikut spesifikasi Islam yang menjadi
dasar perjuangan PAS hari ini.
 
Kaya tak kaya itu terpulang pada mereka kerana matlamat di dunia ini bukan kita
mencari kekayaan tapi kebahagiaan yang berasaskan ajaran Islam yang kuat.
 
MO: Saya ni tak banyak anak. Tiga orang saja - yang sulung lelaki, dua lagi
perempuan. Walaupun miskin tetapi saya mengharapkan kekayaan ilmu, ibadah dan
amalan-amalan yang mulia perlu dimiliki anak-anak.
 
Inilah kegembiraan saya sebagai seorang ayah. Saya hanya meletakkan pengharapan
dan bimbingan untuk mereka berjaya di dunia dan akhirat.
 
Anak-anak saya telah teruji dengan persekitaran kehidupan yang mencabar apabila
saya ditahan ISA dan dipenjarakan. Dan saya tidak pernah menghalang malah
gembira kalau ada yang mengikut jejak saya. Nampaknya ada yang nak ikut.
 
Yang tidak dapat saya lupakan apabila anak-anak menziarahi saya di Kamunting dan
di Penjara Kajang. Saya masih ingat masa di Kamunting, anak kedua saya masih
kecil dan saya sempat menyuap ais krim kepadanya. Itu luahan kasih sayang yang
dapat saya terjemahkan.
 
Soalan 2:
 
Apakah anda fikir muslimat layak menjadi Timbalan Presiden PAS? Apakah hujah
Naib Presiden terhadap jawapan yang diberikan?
 
MO: Soal jawatan dalam parti, saya berpegang kepada peruntukan perlembagaan
parti. Tiada larangan untuk muslimat memegang apa-apa jawatan dalam parti
termasuk timbalan presiden.
 
Malah dalam majlis syura ulamak sebagai badan tertinggi pun mempunyai anggota di
kalangan muslimat. Parti telah mengiktiraf kebolehan muslimat di dalam syura,
jadi tiada masalah untuk muslimat memegang apa-apa jawatan di peringkat
eksekutif.
 
TITM: Persoalan layak atau tidak muslimat jadi timbalan presiden PAS - bagi
perlembagaan parti, kita bersifat terbuka bagi sesiapa sahaja ahli untuk
bertanding, walaupun ia agak janggal bagi sebuah gerakan politik di Malaysia.
 
Sehingga kini tiada mana-mana parti politik di negara ini menjadikan timbalan
mereka dari kalangan wanita. Tentulah ia lebih aneh bagi sebuah parti Islam.
 
Cabaran besar bagi sebuah parti politik ialah membina keyakinan ahli dan massa
ke arah dasar yang diperjuangkan parti. Sesiapa sahaja yang mampu membantu ke
arah perjuangan parti, ia adalah amilin bagi parti, walaupun ia tidak memegang
apa-apa jawatan sekalipun.
 
SA: Saya rasa dalam parti kita tidak menentukan siapakah yang menduduki jawatan
parti itu … dan saya rasa setiap orang bebas untuk mengisi keperluan perjuangan
dan mengisi kriteria yang parti kita harapkan.
 
Saya mungkin rasakan berdasarkan keadaan dunia yang berubah dan dunia yang
semakin mencabar ini, saya rasa tidak mustahil satu hari besok, ada di kalangan
muslimat yang akan duduk di peringkat itu sekiranya mereka membuktikan mereka
layak. Bagi saya, saya sentiasa berfikiran positif.
 
Soalan 3:
 
Pada pandangan Naib Presiden, apakah ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang
digeruni?
 
SA: Dalam menghadapi era hari ini, saya rasa kita perlukan pada suatu kekuatan
peribadi yang paling fundamental dalam Islam iaitu, bagi saya pemimpin yang
paling digeruni hari ini ialah mereka yang sangat tinggi dan murni akhlaknya dan
juga berpengetahuan tinggi dalam semua bidang ilmu.
 
Akhlak mengambil tempat dahulu kemudian keduanya barulah ilmu dan iman yang
berada dalam diri mereka yang akan memandu stail dan gaya kepimpinannya.
 
TITM: Ciri-ciri pemimpin yang digeruni ialah pemimpin yang sentiasa gerun kepada
azab Allah sehingga ia merasai kehebatan melaksanakan perintah Allah mengatasi
segala yang lain.
 
Pemimpin itu haruslah juga merupakan seorang yang memelihara hubungan dengan
Allah, dan menjaga batas larangan Allah.
 
Di samping itu, pemimpin itu harus bersifat tegas dengan prinsip perjuangan dan
mampu mengemukakan idea yang berkesan pada waktu yang tepat, di samping
menghargai perbezaan pandangan, dan mencari yang terbaik untuk ummah.
 
MO: Pemimpin tidak boleh digeruni rakyat kerana ini akan menjauhkan dan
menjarakkan pemimpin dengan rakyat. Pemimpin perlu ada sifat yang digeruni musuh
tetapi penyayang dengan rakyat dan mudah didekati.
 
Oleh itu pemimpin mesti memiliki gandingan kekuatan rohani, fizikal dan mental.
Ini bermakna pemimpin perlu punya ketahanan untuk mengharungi cabaran untuk
membawa pembaharuan dalam masyarakat.
 
Tidak cukup dengan ketahanan dalaman tetapi pemimpin perlu juga memiliki
kebijaksanaan, ketepatan dalam membuat pembacaan persekitaran semasa dan masa
depan. Pemimpin mestilah memiliki pemikiran stategik untuk merencana strategi
masa depan.
 
Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang bukan hanya berfikir mengenai “What’s
for next election?” tetapi pemimpin yang bersifat sebagai seorang negarawan yang
akan berfikir pasal “What’s for next generation?”



 
Wassalam.
 
AFFINBANK  -  "BANKING WITHOUT BARRIERS"
 
Noorshamsudin Hj. Mohd Darus
IS Audit, Group Internal Audit
1st Floor Menara AFFINBANK
80 Jalan Raja Chulan, KL
 
Tel:  03-27315246 (Ofis) / 012-2923403 (H/P) / 03-60214010 (Home)


      

Kirim email ke