Solat Ultraman: Zamihan al-Ghari Memperlekeh Ulama!

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Zamihan al-Ghari (salah seorang Ustaz di bawah kelolaan JAKIM dan ILIM) 
sebagaimana kenyataan beliau di dalam ceramahnya melalui rakaman video ini (di 
bawah) telah menyatakan bahawa perbuatan bersedekap meletakkan tangan di atas 
dada ketika qiyam di dalam solat sebagai Wahhabi, anak Pak Wahhab, ajaran Pak 
Wahhab, dan seperti ultraman:




Sebenarnya, persoalan ini bukanlah perkara baru di dalam persoalan ritual 
solat, melainkan bagi mereka yang jahil dan sombong. Dan mereka yang berpegang 
tentang sunnahnya meletakkan tangan (sedekap) di dada ketika qiyam dalam solat, 
antaranya adalah bersandarkan dengan hadis-hadis berikut:

1 – Hadis Qobishah B. Hulb dari ayahnya, beliau (Qobishah) berkata:


رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْصَرِفُ عَنْ يَمِينِهِ 
وَعَنْ يَسَارِهِ، وَرَأَيْتُهُ، قَالَ، يَضَعُ هَذِهِ عَلَى صَدْرِهِ


Terjemahan: Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan menuju 
ke arah kanannya dan dengan melihat dari arah kirinya (ketika solat). Aku 
melihat beliau meletakkan tangannya di atas dada. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad 
Ahmad, 36/299, no. 21967. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Sahih lighairihi)

Syaikh Bakr B. ‘Abdullah Abu Zaid rahimahullah berkata:


وحسّنه الترمذي, وأَقره النووي في ((المجموع)): (3 / 312) وحسّنه لشواهده؛ لأَن في 
سنده: قبيصة, وهو إِن وثقه بعضهم لكن لم يرو عنه إِلاَّ: سماك بن حرب. وفي 
((التقريب)) قال: مقبول


Imam at-Tirmidzi telah menghasankan hadis ini. An-Nawawi juga telah mengakuinya 
(menerimanya) di dalam al-Majmu’, 3/312, lalu ia menghasankannya kerana 
banyaknya riwayat lain yang menguatkannya. Kerana dalam rangkaian sanadnya 
terdapat Qobishah, walaupun ia diterima oleh sebahagian ulama hadis, namun 
Simmak B. Harb yang meriwayatkan hadis darinya. Dalam at-Taqrib disebutkan: 
“Hadisnya diterima (maqbul)”. (Rujuk: Bakr B. ‘Abdullah Abi Zaid, Laa Jadiida 
Fii Ahkamish Sholah, 1/11)

2 - Dari Wa’il B. Hujr (radhiyallahu 'anhu), beliau berkata:


صليت مع رسول الله صلى الله عليه واله وسلم فوضع يده اليمنى على يده اليسرى على 
صدره


Terjemahan: Aku telah bersolat bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa 
Sallam, lalu beliau meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas 
dada beliau. (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, 1/243, no. 479)

Juga diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi:


أَنَّهُ رَأَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- وَضَعَ يَمِينَهُ عَلَى شِمَالِهِ 
ثُمَّ وَضَعَهُمَا عَلَى صَدْرِهِ


Terjemahan: Bahawasanya ia melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam 
meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya, kemudian meletakkan keduanya 
di atas dadanya. (al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 2/30, no. 2430)

Dan imam al-Baihaqi rahimahullah meletakkannya di bawah bab:


باب وضع اليدين على الصدر في الصلاة من السنة


Terjemahan: Bab meletakkan dua tangan di atas dada di dalam solat adalah 
sunnah. (al-Baihaqi, Sunan al-Kubra lil-Baihaqi, 2/410. Di samping hadis-hadis 
berkaitan yang lainnya)

Ulama Syafi’iyah berhujah dengan hadis ini (Hadis Wa’il B. Hujr) dalam 
menentukan posisi perletakan tangan (sedekap) ketika qiyam dalam solat. Hal ini 
boleh dilihat pada karya Imam an-Nawawi rahimahullah, al-Majmu’ Syarah 
al-Muhazzab, 3/313 dan Syarah Shohih Muslim, 4/115. (Rujuk: Blog fiqh-sunnah)

Hanya cuma, mereka menyatakan tempatnya adalah di bawah dada, di atas pusat. 
Iaitu di tengah-tengah di antara pusat dengan dada sedangkan mereka berhujjah 
dengan hadis Wa’il ini. Dan perkara ini adalah bertentangan dengan zahir hadis 
tersebut yang secara jelas menyatakan posisi sedekapnya tangan adalah di dada. 
Perkara ini telah pun diberi komentar olah Imam Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani 
di dalam Nail al-Authar sebagaimana berikut:


وهذا الحديث لا يدل على ما ذهبوا إليه لأنهم قالوا إن الوضع يكون تحت الصدر كما 
تقدم والحديث صريح بأن الوضع على الصدر وكذلك حديث طاوس المتقدم ولا شيء في الباب 
أصح من حديث وائل


Terjemahan: Hadis Wa’il B. Hujr sama sekali tidak menyokong pendapat mereka 
ini, kerana mereka (sebahagian ulama Syafi’iyah) berpendapat bahawa tempat 
bersedekap adalah di bahagian bawah dada, manakala hadis Wa’il B. Hujr secara 
jelas/terang menyebutkan tempatnya adalah di atas dada. Begitulah juga dengan 
hadis Thawus yang terdahulu. Dan tidak ada satu pun hadis yang lebih sahih dari 
hadis Wa’il B. Hujr ini. (asy-Syaukani, Nail al-Authar, 2/203)

Di dalam al-Mughni, Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa Imam Ahmad B. Hanbal juga 
turut berhujjah dengan hadis Wa’il B. Hujr ini. Berikut nukilan dari al-Mughni:


وَعَنْ أَحْمَدَ ؛ أَنَّهُ يَضَعُهُمَا فَوْقَ السُّرَّةِ. وَهُوَ قَوْلُ سَعِيدِ 
بْنِ جُبَيْرٍ ، وَالشَّافِعِيِّ ؛ لِمَا رَوَى وَائِلُ بْنُ حُجْرٍ قَالَ: 
رَأَيْت النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فَوَضَعَ يَدَيْهِ 
عَلَى صَدْرِهِ إحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى


Daripada Imam Ahmad B. Hanbal bahawa beliau meletakkan tangannya di atas pusat. 
Ini adalah pendapat Sa’id B. Jubair dan asy-Syafi’i kerana Wa’il B. Hujr 
meriwayatkan:

“Aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meletakkan tangan kanannya di 
atas tangan kirinya, kemudian meletakkan keduanya di atas dadanya, satu tangan 
di atas tangan yang satu lagi.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 2/331)

Di dalam Fathul Bari (Syarah Shohih al-Bukhari), al-Hafiz Ibnu al-‘Asqalani 
Hajar rahimahullah turut menyebutkan hadis daripada Wa’il B. Hujr di atas tanpa 
sebarang komentar yang kemudiannya beliau menyatakan akan lemahnya hadis yang 
menyebutkan tempat letaknya tangan bersedekap di dalam solat adalah di bawah 
pusat daripada hadis ‘Ali.

Berikut adalah nukilan daripada beliau (al-Hafiz Ibnu Hajar):


وقد روى بن خزيمة من حديث وائل أنه وضعهما على صدره والبزار عند صدره وعند أحمد في 
حديث هلب الطائي نحوه وهلب بضم الهاء وسكون اللام بعدها موحدة وفي زيادات المسند 
من حديث على أنه وضعهما تحت السرة وإسناده ضعيف


Terjemahan: Ibnu Khuzaimah meriwayatkan daripada hadis Wa’il B. Hujr 
bahawasanya beliau (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) meletakkan kedua 
tangannya di atas dadanya. Manakala riwayat al-Bazzar disebutkan: “Pada 
dadanya”. Lafaz yang serupa dinukil pula oleh Imam Ahmad dari hadis Halb 
ath-Tha’i. Kemudian dalam riwayat-riwayat yang ditambahkan ke dalam Musnad Imam 
Ahmad disebutkan daripada hadis ‘Ali bahawa beliau meletakkan tangannya di 
bawah pusatnya, tetapi sanad riwayat ini adalah lemah (dhoif). (Ibnu Hajar 
al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/224)

Syaikh Bakr B. ‘Abdullah B. Abu Zaid rahimahullah berkomentar tentang hadis 
Wa’il B. Hujr serta perkataan al-Hafiz Ibnu Hajar:


وأَصل الحديث في ((صحيح مسلم)) وغيره بدون لفظ ((الصدر)). وقد ذكر هذا الحديث 
الحافظ ابن حجر في كتبه وسكت عليه, ومقتضى شرطه في ((المقدمة / هدي الساري)): (ص / 
4) أَن ما سكت عليه في ((الفتح)) فهو صحيح أَو حسن. وسكت عليه في ((بلوغ المرام)): 
(ص / 53), وفي ((التلخيص)): (1 / 224) وقد نبه السيوطي في ((الحاوي)): (2 / 212) 
إِلى شرط ابن حجر في ذلك

وساقه محتجاً به ابن القيم في ((إِعلام الموقعين)): (2 / 400) في آخرين. وظاهر أَن 
حُسْنَهُ بشواهده


Asalnya hadis ini terdapat dalam Shohih Muslim dan selainnya, tanpa lafaz 
“ash-Shadr” (dada). Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menyebutkan hadis ini dalam 
beberapa kitabnya, dan beliau tidak memberikan sebarang komentar kepadanya. 
Adapun kandungan dari pensyaratan yang dibuat oleh Ibnu Hajar dalam Muqaddimah 
Hadyu asy-Syari’, m/s. 4 adalah bahawa semua hadis yang beliau tidak berikan 
komentar dalam al-Fath (Fathul Bari), maka darjatnya adalah sahih atau hasan 
(menurut penilaiannya). Beliau juga tidak memberikan sebarang komentar kepada 
hadis ini di dalam Bulughul Maram, m/s. 53 dan at-Talkhis, 1/224.

Imam as-Suyuthi telah mengingatkan di dalam al-Hawi, 2/212 berkenaan syarat 
yang disusun oleh Ibnu Hajar dalam perkara tersebut. Ibnul Qayyim juga telah 
menyebutkannya sebagai hujjah dalam I’lam al-Muwaqqi’in, 2/400 untuk membantah 
pendapat-pendapat lain.

Secara zahirnya, bahawa status hadis ini adalah hasan dengan syawahid 
(banyaknya riwayat lain yang menguatkannya). (Rujuk: Bakr B. ‘Abdullah Abi 
Zaid, Laa Jadiida fii Ahkamish Sholah, 1/11)

3 – Hadis mursal daripada Thawwus, di mana beliau menyatakan:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ يَدَهُ 
الْيُمْنَى عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى ثُمَّ يَشُدُّ بَيْنَهُمَا عَلَى صَدْرِهِ 
وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ


Terjemahan: Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam solat, beliau biasa 
meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya lalu beliau menarik keduanya 
di atas dadanya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, 2/415, no. 648. 
Al-Baihaqi, Ma’rifatus Sunan, 2/399, no. 750)

4 – Dari atsar milik ‘Ali radhiyallahu ‘anhu (tentang tafsiran firman Allah):


فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ: وضع يده اليمنى على وسط ساعده على صدره


“Maka solatlah untuk Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah al-Kautsar, 108: 2), 
beliau meletakkan tangan kanannya pada pertengahan lengannya di atas dadanya. 
(Hadis riwayat al-Bukhari, at-Tarikh al-Kabir, 5/437. Ibnu Jarir ath-Thobari, 
Tafsir ath-Thabari al-Jami’ al-Bayan fii Ta’wil al-Qur’an, 11/325. 
Ad-Daruquthni, 1/285)

Syaikh Bakr B. ‘Abdullah Abu Zaid rahimahullah berkata:


وعزاه في ((الدرر المنثور)): (8 / 650) لآخرين منهم: البيهقي. ولمّا ساق ابن كثير 
في ((تفسيره)) (8 / 528) هذا الأَثر قال: لا يصح, وعن الشعبي مثله


Dalam ad-Durr al-Mantsur, 8/650, riwayat tersebut dinisbatkan kepada ulama 
hadis tertentu, di antaranya adalah al-Baihaqi. Ketika Ibnu Katsir menyebutkan 
atsar ini dalam Tafsirnya, 8/528, beliau menyatakan:

“Atsar ini tidak sahih, tetapi ada atsar yang serupa daripada asy-Sya’bi.” 
(Rujuk: Bakr B. ‘Abdullah Abi Zaid, Laa Jadiida fii Ahkamish Sholah, 1/12)

Kesimpulan:

1 – Demikianlah beberapa hadis yang dipegang (sebagai hujjah) oleh para ulama 
bagi menetapkan sunnahnya meletakkan tangan di atas dada ketika qiyam di dalam 
solat.

2 – Tidak pula disebutkan bahawa bersedekap tangan di atas dada (atau di dada) 
ketika solat itu menyerupai ultraman. Dan para ulama lainnya yang berselisih 
dalam perkara ini sama ada yang berpendapat bolehnya meletakkannya di atas 
pusat, di bawah pusat, pada pusat atau di dada sama sekali tidak pernah 
mentohmah dan mencaci di antara satu dengan yang lainnya.

Dan perkara ini (memperlekeh para ulama) hanya dilakukan oleh Zamihan al-Ghari 
yang lancang dan bongkak tetapi sebenarnya bodoh.

3 – Dan kaedah meletakkan tangan di atas dada ketika bersedekap di dalam solat 
itu bukanlah sebagaimana ditunjukkan oleh Zamihan di dalam rakaman videonya 
yang cuba bermain-main dengan praktikal agama serta memperlekeh sunnah lalu 
melabelkan pihak tertentu sebagai Wahhabi, anak Pak Wahhab, terpengaruh dengan 
ajaran Wahhabi, dan seperti ultraman. Tetapi ia adalah dengan cara yang kemas 
lagi tenang. Dan para ulama yang berbeza pendapat dalam perkara ini sentiasa 
bersikap tenang (berlapang dada) dan tidak ada sama sekali yang memberi contoh 
sikap seperti sikapnya Zamihan al-Ghari. Berikut saya sertakan rakaman video 
yang berkaitan yang boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan:




Saya mengharapkan supaya Zamihan al-Ghari dapat melakukan lebih kajian dan 
menjadi lebih bijak. Dan semoga beliau segera menyedari kesilapannya, 
bertaubat, dan memperbaiki setiap keterlanjurannya. Zamihan sebenarnya bukan 
sekadar memperlekeh pandangan para ulama sama ada ulama silam mahupun 
kontemporari (masa kini), bahkan lebih dari itu, beliau telah 
merendah-rendahkan hadis-hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Atau mungkin 
dengan perkataan yang lebih sopan, mungkin sahaja beliau ini adalah merupakan 
orang yang jahil dalam berinteraksi dengan hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi 
wa Sallam, sehingga tidak mengerti adab-adab dalam beragama, tetapi cuba 
berlagak pandai di hadapan orang awam. Atau mungkin juga boleh dikatakan dengan 
perkataan yang lebih keras dan tegas bahawasanya beliau ini pendusta dan 
penyesat!

Dan sebagai peringatan, Allah memerintahkan supaya meninggalkan orang-orang 
yang menjadikan agama Islam sebagai bahan untuk bermain-main serta senda-gurau.

Berikut firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:


وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا


Terjemahan: Dan tinggalkan-lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai 
permainan dan senda-gurau. (Surah al-An’am, 6: 70)

Wallahu a’lam... dan kepada Allah-lah kita berserah.


@Brother Nawawi
+60126887715 
YM: [email protected] 
MSN: [email protected] 
http://an-nawawi.blogspot.com 
http://galeriniaga.blogspot.com
 

                                          
_________________________________________________________________
Hotmail is redefining busy with tools for the New Busy. Get more from your 
inbox.
http://www.windowslive.com/campaign/thenewbusy?ocid=PID28326::T:WLMTAGL:ON:WL:en-US:WM_HMP:042010_2

Kirim email ke