4. Berapakah kos tambahan Kementerian Pelajaran untuk mengambil guru bahasa 
Mandarin dan Tamil untuk ditempatkan di kira-kira 7,000 sekolah kebangsaan, 
mulai tahun 2011 ? Kenapa Bahasa Mandarin dan Tamil sahaja, kenapa tidak Bahasa 
Arab atau Guru khusus Tulisan Jawi ?

Sebab di Malaysia ada Cina dan India. Bahasa Mandarin juga penting kalau nak 
menembusi pasaran antarabangsa dan juga syarikat multinasional yang biasanya 
dimiliki oleh kaum cina. kadang-kadang biasa iklan kerja ada tulis bahasa 
mandarin diperlukan. sekarang ni pun banyak syarikat antarabangsa menempatkan 
urusniaganya di China.



________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Fri, July 2, 2010 10:06:48 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Jawab soalan ini sebelum mansuh UPSR PMR

  
Kepada pihak-pihak yang menyokong pemansuhan UPSR dan PMR terutamanya Pak 
Menteri sendiri, sila jawab lima sahaja soalan-soalan di bawah ini sebelum 
beria-ia hendak memansuhkannya. Sesal Dulu Pendapatan , Sesal Kemudian Tiada 
Berguna.

1. Berapa banyakkah penjimatan kerajaan dalam Ringgit Malaysia apabila UPSR dan 
PMR ini dimansuhkan, dari mesyuarat lembaga peperiksaan, kos buat soalan, kos, 
tanda kertas jawapan dan sebagainya ? Adakah mencecah jutaan ringgit setiap 
tahun ?

2. Apakah bentuk peperiksaan atau pemilihan yang telus dan holistik untuk 
menentukan pelajar masuk ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi 
Tinggi, 
Sekolah Kluster dan sebagainya ? Berapa pula kos diperlukan untuk proses 
pemilihan pelajar ini tanpa UPSR dan PMR yang masuk ke Tingkatan 1 dan 
Tingkatan 
4 ?

3. Berapakah kos tambahan Kementerian Pelajaran untuk menguruskan Program 
Permata Negara ?

4. Berapakah kos tambahan Kementerian Pelajaran untuk mengambil guru bahasa 
Mandarin dan Tamil untuk ditempatkan di kira-kira 7,000 sekolah kebangsaan, 
mulai tahun 2011 ? Kenapa Bahasa Mandarin dan Tamil sahaja, kenapa tidak Bahasa 
Arab atau Guru khusus Tulisan Jawi ?

5. Bolehkah diadakan satu sistem sekolah menengah sahaja , sesuai dengan konsep 
1Malaysia, tidak perlu Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, 
Sekolah Kluster dan sebagainya. Ini akan memudahkan penempatan pelajar ke 
Tingkatan 1 dan 4 , kerana para pelajar tidak akan ada tekanan untuk merebut 
tempat ke sekolat Elit sebegini kerana tiada lagi sekolah Elit , dan juga 
memudahkan Pejabat Pelajaran sendiri untuk menempatkan pelajar ?

************************************* 
ISU KEWAJARAN UPSR, PMR DIUMUM TAHUN INI
KUALA LUMPUR 1 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan 
mengumumkan keputusan sama ada memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau sebaliknya dalam tahun ini.

Mengenai Program Permata Negara yang akan diambil alih Kementerian Pelajaran, 
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, itu tugas baru yang diserahkan kepada 
kementerian.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive
 

MBM SOKONG MANSUH PMR, KEKAL UPSR
KUALA LUMPUR 29 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong cadangan pemansuhan 
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Bagaimanapun Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (gambar) berkata, MBM 
berpendapat, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu diteruskan kerana ia 
mampu menilai keupayaan murid sepanjang berada di sekolah rendah sebelum 
memasuki sekolah menengah.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive
 

MUHYIDDIN ARAH PENGAMBIL SEGERA GURU BAHASA IBUNDA 
PUTRAJAYA 30 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan pengambilan 
segera bagi guru bahasa Mandarin dan Tamil supaya mereka dapat ditempatkan di 
kira-kira 7,000 sekolah kebangsaan, mulai tahun depan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm&arc=hive
 


 


      

Kirim email ke