Sambungan Mutiara kata.....

Pengenalan
==========
TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

LATAR BELAKANG 

Umur            : 53 tahun
Pendidikan      : SPM
Mula berniaga   : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan        : RM1,425 juta
Ranking         : Ke 7 terkaya di Malaysia
                  Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Antara syarikat miliknya :
MMC,
Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS,
Gardenia,
DRB-HICOM dan
Bank Muammalat

Kereta  : Proton Perdana

Sumbangan sosial:
Yayasan Al-Bukhary,
Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,
Muzium Kesenian Islam,
Kompleks Al-Bukhary,
Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
Pengindahan Masjid Negara,
Sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan
Menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan 
haji. 

Sambungan Mutiara kata.....

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus 
dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua 
ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya 
dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain 
memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini 
masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di 
bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya 
tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada 
ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam 
tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada 
menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa 
kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniagamana yang tak 
berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. 
Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir 
bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu 
senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai 
kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta 
terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju 
dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam 
bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa 
lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang 
sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh 
berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang 
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang 
lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan 
asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ...kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia 
yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. 
Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah 
sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. 
Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa 
orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa 
untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan 
semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat 
untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas 
seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. 
Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak 
ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi 
sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun 
cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang 
dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan 
saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak 
ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan 
agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan 
tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang 
wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada 
pada saya ini hanya usaha. Kalau anak "dangau" macam saya boleh, tidak ada 
sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan 
kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena 
kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai 
kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan 
fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi 
mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada 
didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya 
tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau 
hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima 
apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah 
gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka 
menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. 
Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir 
kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya 
beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa 
yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri 
saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan 
beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada 
kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita 
terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan

Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah 
kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal 
orang melayu dan islam.

ps: Berikan nama yang indah untuk anak-anak anda, muat-turun PERCUMA Software 
untuk meneroka nama-nama indah dalam Islam 
http://www.21stcenturymuslim.com/myname/

Kami juga sedia membantu..
1) Naik taraf sistem lama
2) Baikpulih sistem sedia ada
3) Membangun sistem baru
4) Membantu projek pelajar
Lihat profile kami: http://www.21stcenturymuslim.com/RaffiqEddyFreelancer.pdf


      

Kirim email ke