mcm mana kita nk beri hidayah kalo kita sendiri pun x betul...terus main tuduh
trg darul maksiat...trg sahaja ke yg ada kes mcm tu..negeri2 lain xde ke...lps
tu tau ke..kawasan


tu tmpt student..da bukan semua student tu adalah dr trg..semua dtg dr seluruh
negeri kat malaysia....bgs ke kita tu kalo terus beri tuduhan mcm tu...

wallahualam...





________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Wed, July 7, 2010 11:02:09 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Terengganu Darul Maksiat ? 10 tangkapan
sehari di pantai


Assalamualaikum,

Tak elok terus menuduh Terengganu sebagai "Darul Maksiat". Berat benar tuduhan
itu. Yang ditangkap ialah pelajar. Adakah semua pelajar itu adalah anak-anak
Terengganu?

Sebelum menunding jari, elok disapa dan diselidik daripada mana-mana pihak.
Nanti kita pulak dituduh cepat melatah.

Wallahualam.




________________________________
From: "su...@yahoo. com" <su...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun  <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Mon, July 5, 2010 9:19:53 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Terengganu Darul Maksiat ? 10 tangkapan
sehari di pantai


Namanya cantik, Terengganu Darul Iman. Tapi sayang, laporan akhbar The Star 5
Julai 2010 menyatakan 10 pasangan ditangkap setiap hari oleh sukarelawan
pencegah maksiat di pantai Tok Jembal dan Teluk Ketapang. Pasangan yang
ditangkap ini sedang melakukan aksi di belakang pokok kelapa, belakang batu,
dalam kereta dan ada kalanya di pantai secara terbuka.

Itu baru di 2 pantai sahaja, belum seluruh Terengganu lagi.

Dalam kebanyakan kes tangkapan , pasangan ini ditangkap tanpa memakai sebarang
pakaian.  Dan kebanyakan mereka adalah merupakan para pelajar dari institusi
pengajian tinggi.

Sukarelawan pencegah maksiat yang berumur 48 tahun berkata dia telah menangkap
1,200 pasangan (2,400 orang) sejak mula menjadi sukarelawan pada tahun 2004.

Tapi beliau sudah mengatakan beliau tidak sanggup lagi melakukan kerja tersebut
kerana ianya tiada kesudahan.

APAKAH MELAYU SUDAH LESU, SUDAH BANGKRAP HARGA DIRI ?

************ ********* *********

Monday July 5, 2010

10 COUPLES CAUGHT NAKED DAILY ON TERENGGANU BEACHES

KUALA TERENGGANU: As many as 10 couples are caught daily by anti-vice volunteers
along the Tok Jembal and Teluk Ketapang beaches, which are increasingly becoming
favourite haunts for sexual trysts.

Many of them are said to be students from institutes of higher learning.

A volunteer, who requested anonymity, said most of the couples were caught
“doing it” behind coconut trees, rocks, inside cars and even openly on the
beaches.

“For non-Muslim couples, we could only advise them on the sensitivity of their
action to the locals but Muslims caught will be produced before the Syariah
Court,” he said.

He said anti-vice officers would go to places identified as “hot spots” to catch
the culprits in the act.

“We listen for sounds of heavy breathing and kissing.

“We then move in and aim our torchlights on the couples. In most cases, they are
caught naked.”

The officer said the procedure was to wait awhile before approaching the couples
so as to get evidence for prosecution purposes.

“I have daughters and I feel sorry for the parents of these couples,” he said,
adding that the youngsters had betrayed the trust of their folk who hoped their
children would excel in their education.

The 48-year-old volunteer, who claimed to have caught 1,200 couples on the
beaches since signing up as a volunteer in 2004, said he had had enough.

“I cannot take it any longer and am thinking of giving up this work. I have
decided that enough is enough after six years as a volunteer,” he said.

http://www.thestar. com.my/news/ story.asp? file=/2010/ 7/5/nation/
6607657&sec=nation


MAKSIAT BERLELUASA DI PANTAI TOK JEMBAL

Seorang pegawai penguatkuasa syariah yang enggan disebut namanya berkata masalah
gejala sosial serta aktiviti maksiat semakin menjadi-jadi sejak hampir dua tahun
kerajaan BN memerintah negeri ini.

Katanya, aktiviti tersebut berlaku bukan sahaja pada waktu malam atau di tempat
tersembunyi malah turut berlaku di waktu siang serta di tempat-tempat awam.

“Saya cukup bimbang dengan masalah gejala tidak sihat yang semakin berleluasa
berlaku terutama di kawasan peranginan di tepi laut ini.

“Aktiviti itu dilakukan oleh pasangan belia remaja di dalam kereta, di atas
motosikal dan di tepi pantai yang terlindung daripada pandangan umum,” jelasnya.

Katanya, gejala muda mudi duduk berdua-duaan, berpeluk cium serta aktiviti seks
ringan sudah menjadi perkara biasa sekarang ini.

Menurutnya, kegiatan tidak bermoral itu berlaku antara jam 10.00 pagi hingga
2.00 petang pada waktu kerja golongan ‘kaki maksiat’ mengambil peluang
bercengkerama.

Katanya, beberapa kes tangkapan serta serbuan banyak melibatkan golongan pelajar
dari pusat pengajian tinggi yang berhampiran dengan kawasan peranginan tersebut.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan petugas penguatkuasa syariah kes maksiat dan
aktiviti tidak bermoral itu ramai melibatkan golongan pelajar.

Abdul Malik Chik, 38, dari Batu Enam berpendapat gejala tidak sihat itu semakin
berleluasa kerana pihak berkuasa sendiri yang sering kali mengundang aktiviti
hiburan melampau.

“Saya masih ingat di awal kemenangan kerajaan BN Terengganu banyak konsert
hiburan, pertunjukan pentas dan karnival yang melibatkan artis yang tidak
bermoral. Kerajaan kena pantau dan ambil tindakan tegas melalui penguatkuasa
undang-undang yang telah digubal semasa kerajaan PAS Terengganu,” ujarnya.

http://www.harakahd aily.net/ v2/index. php?option=
com_content&view=article&id=666:maksiat- berleluasa- di-pantai-
tok-jembal&catid=13:dalam- negeri&Itemid=51


PANTAI 'RINGAN-RINGAN'

Lokasi remaja berkhalwat tanpa kira waktu

KUALA TERENGGANU: Penduduk di Teluk Ketapang, Tok Jembal dan Batu Buruk dekat
sini bosan dengan gelaran tidak enak, 'pantai maksiat' yang dilabelkan kepada
kawasan berkenaan kerana ramai pasangan terutama remaja menjadi tempat itu
sebagai lokasi memadu kasih, termasuk di bulan Ramadan.


Kawasan itu antara lokasi ideal sebagai tempat riadah keluarga di siang hari,
tetapi menjelang senja dan lewat malam, pantai berkenaan menjadi lokasi paling
digemari pasangan kekasih.


Berikutan status negatif terhadap kawasan pantai itu, ramai kini malu untuk
membawa keluarga dan anak-anak ke kawasan itu kerana tidak mahu dikaitkan dengan
tanggapan negatif itu, terutama di kawasan Pantai Tok Jembal paling banyak
merekodkan kes tangkapan khalwat.


Tinjauan Berita Harian di lokasi itu ketika hari menjelang senja mendapati
terdapat banyak pasangan yang kelihatan sedang asyik berdua-duaan penuh romantik
di sepanjang pantai tanpa menghiraukan orang ramai lalu lalang.


Sementara ketika lewat malam hingga menjelang dinihari, keadaannya berlainan
apabila kereta yang membawa pasangan berhenti di kawasan itu, tetapi tiada yang
ke pantai. Keadaan yang samar-samar daripada lampu jalan tidak jauh dari situ
menjadikan persekitaran sangat sesuai untuk pasangan berkenaan terus duduk dalam
kereta dan terbabit kegiatan 'ringan-ringan' .


Keadaan itu sedikit sebanyak memberikan imej buruk kepada masyarakat tempatan,
terutama nelayan di kawasan itu yang terpaksa menahan 'pedih mata' melihat
perkara cemar yang dilakukan pasangan berkenaan.


Seorang penduduk yang ditemui, Khairuddin Ahmad, 40, kawasan pantai sering
menjadi lokasi pilihan remaja dan muda mudi terutama pelajar institusi pengajian
tinggi untuk berdua-duaan dan memadu kasih.


"Kami tahu pihak berkuasa banyak membuat serbuan dan tangkapan hasil maklumat
yang diberikan sukarelawan serta penguat kuasa agama, namun tren itu hanya sepi
sekejap dan selepas beberapa ketika ia kembali menjadi tumpuan.


"Kalau keadaan ini berterusan, usaha pihak berkuasa untuk mengubah kembali
lokasi kedua-dua pantai ini sebagai kawasan riadah dan bersantai mungkin tidak
akan menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus kekal sebagai pantai maksiat
kerana kejadian khalwat dan tangkap basah masih banyak dilaporkan di kawasan
ini," katanya.


Seorang sukarelawan cegah maksiat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)
yang enggan namanya disiarkan ketika ditemui berkata, kedua-dua kawasan
berkenaan memang panas dan sentiasa berada di bawah perhatian pasukannya. Sudah
banyak tangkapan dibuat, bukan hanya membabitkan pasangan remaja dan muda mudi
malah turut membabitkan pasangan dewasa yang sudah berkahwin.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri,
Muhammad Ramli Nuh, berkata pihaknya memang menerima aduan kedua-dua lokasi itu
sebagai antara `lokasi hitam' yang memang selalu diadakan intipan dan tangkapan
membabitkan kegiatan tidak bermoral terutama berkhalwat.


Katanya, pihaknya juga sudah mengarahkan JHEAT membuat pemantauan kerap termasuk
ketika Ramadan bagi memastikan golongan berkenaan tidak mengambil kesempatan
ketika Ramadan kerana kebanyakan orang sibuk mengerjakan solat sunat Tarawih.


http://www.bharian. com.my/Current_ News/BH/Wednesda y/Wilayah/ 20090909074756/
Article/

http://www.iluvisla m.com/v1/ forum/viewthread .php?forum_
id=47&thread_id=16377&pid=256146








      

Kirim email ke