Akademi Penulis Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat perunding dan
pengendali program latihan penulisan yang sudah beroperasi sejak tahun
2009 di Wangsa melawati, Kuala Lumpur. Program-program kendalian Akademi
Penulis dikendalikan oleh para jurulatih yang berpengalaman melebihi 5
tahun dalam industri penerbitan buku, majalan dan bidang penulisan. Ia
diadakan secara terbuka untuk orang awam dan melalui agensi kerajaan dan
swasta.
Akademi Penulis menyediakan pakej pendapatan (gaji) yang menarik
termasuk:
* bekerja 5 + 1/2 hari (cuti pada sabtu pertama dan sabtu ketiga)
* Kadar gaji bulanan dan komisyen menarik
* Latihan dalaman disediakan
* Socso, EPF dan bayaran untuk urusan perubatan
Kami mencari eksekutif untuk mengisi jawatan sebagai
EKSEKUTIF LATIHAN (JUALAN & PEMASARAN) (2 Kekosongan)
Deskripsi Kerja
* Membuat perancangan jadual, aturan penceramah dan menguruskan
peserta untuk program latihan anjuran Akademi Penulis
* Merancang dan menguruskan strategi promosi dan jualan bagi
program-program anjuran Akademi Penulis kepada orang awam, agensi
kerajaan dan swasta
* Membantu membangunkan dan mengemaskini bahan-bahan latihan untuk
memastikan ia lebih mesra pelanggan dan praktikal
Kelayakan
* Mempunyai kemahiran komunikasi, pembentangan dan perancangan
strategik terutama dalam pemasaran serta jualan yang baik
* Mempunyai pengetahuan dan pendedahan dalam bidang pembangunan dan
pengembangan latihan
* Mempunyai kemahiran kepimpinan dan penyelesaian masalah
* Mempunyai pengalaman menjadi pemimpin mahasiswa di institusi
pengajian tinggi mempunyai kelebihan
* Mempunyai diploma ataupun ijazah dalam apa sahaja bidang (graduan
pentadbiran perniagaan dan sumber manusia mempunyai kelebihan)
* Mampu mengendalikan kerja dengan baik dan tahan menerima tekanan
* Mempunyai lesen kenderaan dan memiliki kenderaan
(sekurang-kurangnya motosikal)
* Graduan baru digalakkan memohon
Kepada yang berminat sila kirimkan resume kepada
Akademi Penulis Sdn. Bhd.
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
ataupun kirimkan faks kepada 0341493560
ataupun emailkan kepada [email protected]
ataupun hubungi talian 0341492560
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 Julai 2010
Maklumat lanjut, sila layari www.akademipenulis.com
<http://www.akademipenulis.com/>