Assalamu'alaikum...

16 JULAI 2010 ni berlaku lagi.  Untuk gambar, sila klik berikut:
http://muzir.wordpress.com/2010/05/27/istiwa-azam/ atau
http://muzir.files.wordpress.com/2010/05/istiwamataharikaabah.pdf



Istiwa A’zam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah
Posted on May 27, 2010 by shahmuzir


Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara
syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti
memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala
tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini
dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat
ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan
menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

—
Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
        * 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
        * 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum
        * Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti 
waktu piawai
yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya
dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen
atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat
hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang
betul.
        * Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
        * Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas 
permukaan yang
rata.
        * Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh 
dilihat
dengan terang dan jelas.
        * Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan 
tempat
tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
        * Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
        * Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang 
dipacakkan
tersebut.
        * Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya 
bayang-bayang itu.
(Rujuk gambar di atas)
        * Tandakan arah qiblat.
Selepas.
        * Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
        * Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan 
peluang
untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
        * Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh 
khusyuk
ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu
mengambil manfaat.  Sebarkan, insyaALLAH…




SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Financial Advisor
h/p  :  019-3826408
email:  shahmu...@yahoo.com

www.takafulonline.net



      

Kirim email ke