Dari laman blog Hembusan Amal4u <http://hembusan-amal.blogspot.com>
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam
ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari budaya Cina.
Padahal, tidak semuanya selaras dengan ajaran Islam. Jika tidak berhati hati
dan keliru, boleh jatuh syirik karena mempercayai Feng Shui selain Allah.
Apa yang saya ingin terangkan di sini Islam ada panduan atau langkah
langkah tersendiri tentang cara memilih tempat tinggal dan membina
rumah.Sebagai seorang Muslim kita harus ikut cara Islam dan bukan meniru
cara orang kafir buat.
Namun apa yang akan saya bentangkan ini bukan perkara wajib syarii yang
perlu di tunaikan.Tanya lah Iman dan buat lah setakad mana yang mampu.
Perkara perkara berikut perlu di rancang sebelum memilih tempat tinggal dan
mula membina rumah selain perancangan reka bentuk fisikal nya.Di antaranya
ialah:
*1. **Jiran Tetangga yang Baik*
Pilihlah tempat tinggal yang jiran tetangga nya baik baik.
Sebab jika jiran tetangga kita tidak baik, maka hidup kita akan rasa
terganggu dan kurang senang. Bayangkan jika jiran tetangga kita adalah,kaki
gaduh, atau kaki gossip,jenis yang sombong dan ego yang tidak mahu campur
orang.Atau yang jenis penting diri sendiri,suka buat hal sendiri.Bila ada
kematian baru nak cari orang.
Maka pilihlah jiran tetangga sebelum memilih rumah.Buat lah survey, tanya
masyarakat di situ tentang bakal jiran anda itu.Yang di maksudkan jiran
ialah lingkungan 40 buah rumah di sekeliling rumah anda.
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir) *Tiap empat puluh rumah adalah
tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di
sebelah kiri (rumahnya). *
*2. **Hendaknya rumah cukup luas (tidak terlampau luas tetapi juga tidak
terlampau sempit). *
*Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang
soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna.* (Hadis Riwayat Ahmad
dan Al Hakim)
Sekiranya semua orang bina rumah rumah banglo yang terlampau besar,ini akan
menghasilkan masyarakat yang hidup sendiri sendiri, di mana jiran tetangga
akan jadi tidak kenal di antara satu sama lain kerana para penghuni banglo
tersebut hanya asyik berseronok di dalam "Istana" mereka masing masing.
Sebaliknya rumah yang terlalu kecil dan sempit pun tak baik, kerana akan
cenderung membuat penghuninya tidak selesa di rumah sehingga akhirnya banyak
menghabiskan waktunya bergosip di luar
Rumah yang paling baik dalam Islam adalah rumah yang sederhana besarnya.
*3. **Jangan membina Rumah Megah *
* *Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi
bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari
orang-orang yang buruk di akhir zaman.
Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka.Terutama dari
orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.
*"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu"* [Al Quran At Takaatsur:1]
Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: *"Apabila mereka
saling bermegah-megahan dengan bangunan nya"* [HR Muslim]
*Belum akan datang Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan
bangunan-bangunan yang megah.* (HR. Bukhari)
Jangan membina rumah yang terlampau tinggi sehingga akhirnya mengganggu
jiran tetangga hingga tidak mendapat sinar matahari atau angin.
Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab:
*"Seorang hamba wanita melahirkan tuannya. Orang-orang yang berkaki ayam,
setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba
membangun bangunan bertingkat."* [Hadis Riwayat Muslim]
*4. **Buatlah Rumah yang Baik *
* *
Katakanlah*: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya
yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang
yang berakal, agar kamu mendapat untung."* [Al Maa-idah:100]
Rumah yang baik adalah rumah yang sehat. Yaitu tingkapnya cukup agar sinar
matahari dapat masuk dan rumah tidak menjadi lembab.Selain itu ia dapat
mempertingkatkan pengedaran udara bersih.Jarak antara lantai dan atap
sebaiknya agak tinggi kerana ini akan mengurangkan suhu panas.
*5. **Rumah juga perlu teguh dan kuat. *
* *
Misalnya dengan menggunakan dinding batu dan simen, rumah jadi lebih
selamat. Jika menggunakan kayu, pilih kayu yang kuat serta beri rawatan anti
serangga saperti anai anai sehingga tidak mudah reput. Elak kan sedaya upaya
dari membina rumah dari bahan bahan yang mudah terbakar.
.
Sebaiknya rumah Muslim mempunyai sekurang kurangnya 3 bilik .Satu untuk
suami-isteri, satu untuk anak laki-laki, dan satu lagi untuk anak
perempuan.Jika ada kemampuan tambah satu lagi bilik buat tetamu.
*6. **Buatlah Rumah yang cantik, Allah senang kepada kecantikan. *
Manusia pun banyak yang suka akan kecantikan. Oleh kerana itu buatlah rumah
yang cantik dan indah.
*Tapi ingat, mempamerkan kecantikan dan keindahan tidak sama dengan
mempamerkan kemewahan atau kemegahan. *
* *
*“**Sesungguhnya Allah itu indah dan senang kepada keindahan. Bila seseorang
keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah menghiaskan dirinya.* (Hadis
Riwayat. Al-Baihaqi)
*7. **Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)*
Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra*.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke
tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air
kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke
barat."*(Shahih Muslim No. 388)
*Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat*. Jika tidak,
*sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas*.
Usahakan di rumah ada paip air dan paip hujan, supaya anda boleh mandi wajib
dan wudhu dengan lebih sempurna dengan air yang mengalir.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi
wa Sallam bersabda: *"Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam bekas
air yang tidak mengalir ketika dalam keadaan junub."* (Hadis Riwayat
Muslim).
Sebaiknya tempat wudlu dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa
sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa *di dalam* tandas).Kalau
baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas.
Seboleh boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban
ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur
bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.
Ada yang mengatakan tandas zaman ini adalah bersih tidak saperti tandas
zaman dahulu.Ia sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian pula.Maka
syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih.
Bagi saya bersih di sini adalah bersih pada pandangan fisikal.Ambil
contoh.Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi
mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk? Begitu juga dengan tandas atau
jamban.Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang
tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga.Maka jangan
sekali kali kita tertipu dengan bisikan syaitan yang mengatakan tandas di
dalam bilik kita itu suci!
Ramai yang kena gangguan syaitan saperti hysteria, boring dan rungsing
apabila balik ke rumah,bergaduh suami isteri, bergaduh anak beranak,sakit
yang tidak tahu punca nya, rumah tangga dan famili yang kucar kacir.Yang
sebenarnya, di antara sebabnya berpunca dan datang dari syaitan yang
mengganggu yang kita sendiri pelihara di tandas bilik tidur .
Sebaik baik (tetapi susah orang zaman sekarang nak ikut) buat tandas di luar
rumah.
*8. **Rumah Harus Bersih *
* *
Rumah yang kotor tidak sihat. Ini akan mengundang berbagai penyakit. Oleh
kerana itu, rumah harus bersih dan mudah dibersihkan.
*"Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai
kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang
kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan
meniru-niru orang-orang Yahudi."* (Hadis Riwayat Tirmidzi)
*Penjelasan:* Orang-orang Yahudi suka mengumpul sampah di halaman rumah
*9. **Jangan letak Patung sebagai hiasan di dalam Rumah *
Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan
masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat
berteduh.
*Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat
mereka yang ada patung di dalamnya.* [HRBukhari]
*10. Jangan Memelihara Anjing*
Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : *"Rasulullah saw. bersabda:
Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu
maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath."* (Shahih Muslim
No.2940)
*11. Peliharalah Anak Yatim*
* *
Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik.
*“Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak
yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah
rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan
buruk.* (HR. Ibnu Majah)
*12. Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk *
Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan
mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut.
*Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: "Dan
naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan
memetiknya semudah-mudahnya."* [Al Insaan:14]
Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika
sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga.
Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena.
*13. Apabila rumah siap di bina*
Di anjurkan setelah rumah siap di bina panggil Ketua kampung,Imam, jemaah
Masjid atau surau dan jiran tetangga untuk sama sama berdoa kehadrat Allah
agar rumah yang telah siap di bina itu akan dapat keridhaan Allah, dan
perlindungan darinya dari segala kejahatan makhluk saperti jin dan syaitan
dan juga minta perlindungan dari pada kejahatan manusia
Di kesempatan ini kita berpeluang juga berkenal kenal, bermesra dan mula
menjalin ukhwah bersama jiran jiran baru kita.
Semoga bermanfaat ... Wallahu ‘alam.
===================================
Salaam & Regards
*Amri el Wahab*
SMS 0122441105
Mail to: [email protected]
My Online Shop: http://www.popularkiosk.com
My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com
=====================================
*Pesanan Guru Mursyid* :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita,
hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.