PETIKAN : http://baei.blogspot.com/

Musibah terhadap seseorang boleh
mendidik<http://baei.blogspot.com/2010/07/musibah-terhadap-seseorang-boleh.html>
Oleh
Ahmad Baei Jaafar

Setiap orang tidak ada jaminan untuk selamat daripada ujian Allah. Ujian itu
didatangkan Allah mengikut tahap iman seseorang. Orang awam tentu ujian
terhadapnya lebih ringan daripada ujian terhadap ulama. Oleh sebab itu ujian
Allah tidak sama antara seseorang dengan seorang yang lain.
Jenis-Jenis Musibah dan Tujuan Allah datangkan kepada seseroang adalah:

*Jenis *

*Bila boleh berlaku*

*Tujuan *

*Firman Allah*

*Bala’*

Apabila orang yang jahat melakukan kejahatan.

Dihina di dunia sebelum dihina di akhirat.

  Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menghukum
(firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan
kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.” (*Surah
al-Araf*7: 130)

*Ibtila’*

Apabila orang yang baik melakukan kebaikan.

Sebagai ujian dan meningkatkan darjatnya sebagai orang Mukmin.

  Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji
lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang yang dusta.” (*Surah al-Ankabut* 29: 2-3)

Kafarah

Apabila orang yang baik melakukan kejahatan.

Supaya mereka kembali kepada Allah iaitu bertaubat.

  Allah berfirman yang bermaksud: “Kami akan menguji kamu dengan keburukan
dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada
Kamilah kamu dikembalikan.” (*Surah al-Anbiya’* 21: 35)

Umat Islam yang didatangkan musibah kadang-kadang putus asa dan tidak
sanggup hidup menderita. Padahal kalau dia bersabar dan membuat perubahan,
mereka dijamin syurga. Namun realiti umat Islam kini tidak begitu, mereka
lebih sanggup mati awal sebelum diuji. Sedangkan Allah menegaskan seseorang
yang diuji itu adalah untuk meningkatkan iman mereka.
Beruntunglah mereka yang melihat positif kepada ujian atau musibah yang
menimpa terhadap dirinya kerana dengan ini dia berpeluang membuat perubahan
pada dirinya baik dalaman mahupun luaran.

Kirim email ke