KEPADA YANG BERKENAAN
…………………………………….
…………………………………….
…………………………………….
 
Assalamualaikum w.b.t
 
PERMOHONAN TAJAAN DAN SUMBANGAN IKHLAS BAGI PROJEK KOMUNITI ANJURAN DAR 
AR-RAHMAN
 
Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.
 
Pihak kami, Pengurusan Dar Ar-Rahman ( Pusat Tarbiyah Insaniah ) adalah sebuah 
badan kebajikan di bawah naungan Yayasan Aminul Ummah (207-33/99) yang terlibat 
di dalam aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan seperti :-
 
(a)   Rumah Kebajikan / Perlindungan – Tumpuan kepada remaja yang bermasalah
(b)   Rumah Anak Yatim
(c)    Kaunseling dan Motivasi
(d)   Kem Bina Insan
(e)    Bantuan Pendidikan
(f)     Bantuan Faqir Miskin
(g)   Bantuan Saudara Baru
(h)   Bantuan Pendidikan Luar Negara
 
Tujuan kami menulis surat ini kepada pihak tuan / puan adalah untuk memohon 
sumbangan dana kewangan bagi membantu kami mengurus dan melancarkan perjalanan 
aktiviti yang telah dirancang oleh Dar Ar-Rahman. Kami juga turut mengalukan 
sebarang bentuk tajaan atau sumbangan yang bersesuaian daripada pihak tuan / 
puan kepada kami.
 
Oleh yang demikian, bersama-sama ini disertakan kertas contoh keperluan bajet 
dan perbelanjaan Dar Ar-Rahman  untuk rujukan dan perhatian pihak tuan / puan.
 
Keperihatinan dan sumbangan pihak tuan / puan amatlah kami hargai dan diucapkan 
ribuan terima kasih.
 
Wassallam,
“KEBAJIKAN SUATU KERAHMATAN”
Maklumat lanjut hubungi :
DAR AR-RAHMAN
(Pusat Tarbiyah Insaniah)
NUR MUHAMMAD BIN JOHARI
Email: [email protected]
HP: 017-260 9630
Alamat Perhubungan:
 LOT - 108 BLOK F
PERSIARAN PERDANA 2
TAMAN INDAH PERDANA
52100 KUALA LUMPUR
                                               
 
AKAUN MAYBANK: PENGURUSAN DAR AR RAHMAN
NO AKAUN: 56 – 454 – 8121 - 325


      

Kirim email ke