Program itu membazirkan wang rakyat kira-kira RM500 juta setahun dan menjadi 
antara punca remaja terjebak dengan gejala sosial. Tempoh tiga bulan mengikuti 
program itu tidak mencukupi untuk membentuk nilai positif dalam diri pelatih. 
Program PLKN hanya memberi manfaat kepada pembekal pakaian seragam pelatih, 
pembekal makanan, pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak kem.


*******************************
Pemenang gesa mansuh PLKN
Harian Metro 24 Julai 2010

GEORGETOWN: “Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dimansuhkan kerana 
dipercayai gagal mencapai objektifnya,” kata Pengerusi Persatuan Melayu Pulau 
Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yussof Latiff, semalam.

Pemenang bersama 66 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang menggesa 
kerajaan memansuhkan PLKN kerana didapati gagal mencapai objektif sejak 
diperkenalkan pada 2003.

Beliau berkata, setiap tahun apabila senarai pelatih PLKN dikeluarkan dalam 
media, ibu bapa dan pelajar takut serta kurang yakin menghantar anak mereka 
mengikuti program itu kerana tahap keselamatan kurang memuaskan di kem.

Menurutnya, ada ibu bapa pernah memintanya memberi surat sokongan dengan 
pelbagai alasan supaya anak mereka dikecualikan menyertai program itu berikutan 
kes kematian, rogol, penyakit berjangkit dan buli. “Kami percaya pelaksanaan 
program itu membazirkan wang rakyat kira-kira RM500 juta setahun dan menjadi 
antara punca remaja terjebak dengan gejala sosial, contohnya, remaja bermasalah 
yang mengikuti program ini lebih berani untuk terbabit dengan gejala sosial 
seperti Mat Rempit,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, tempoh tiga bulan mengikuti program itu tidak mencukupi untuk 
membentuk nilai positif dalam diri pelatih dan sewajarnya wang berjumlah RM500 
juta itu disalurkan kepada persatuan beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, 
St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah yang terbukti keberkesanannya 
dalam membentuk jati diri positif dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, program PLKN hanya memberi manfaat kepada pembekal pakaian seragam 
pelatih, pembekal makanan, pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak 
kem.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemenanggesamansuhPLKN/Article




Kirim email ke