Ini bukan lagi menang sorak kampung tergadai, tapi menang sorak kubur tergadai. 
Johor yang gah dengan negeri kelahiran Umno dan macam-macam wilayah 
pembangunan, rupanya menghadapi masalah tanah perkuburan Islam yang semakin 
padat dan terhad. Mungkin Utusan Malaysia boleh jadikan ini agenda utama 
perbincangan Umno dan PAS ?

***************************** 
Kubur di Johor Sesak, terhimpit
Berita Harian 23 Julai 2010 

Penduduk Sungai Tengkorak minta JAIJ kenal pasti tapak baru dirizab sebagai 
tanah perkuburan 

PLENTONG: Masalah kesesakan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, di sini 
yang tidak lagi mampu menempatkan jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan 
berkenaan berikutan ruangnya yang semakin terhad, kini merisaukan ribuan 
penduduk Islam di sini. 

Kedudukan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak yang dikelilingi taman 
perumahan dan Kawasan Perindustrian Permas Jaya menjadikan tanah perkuburan 
berkenaan semakin terhimpit oleh pembangunan, selain keluasan tanah rizab yang 
terhad. 

"Tanah perkuburan paling hampir di kawasan ini adalah tanah perkuburan di 
Kampung Senibong iaitu kira-kira satu kilometer dari sini tetapi kawasannya 
juga agak kecil," katanya. 

Beliau berkata, masalah berkenaan mungkin tidak begitu ketara ketika ini, 
tetapi akan dirasai menjelang akhir tahun depan berikutan Tanah Perkuburan 
Islam Sungai Tengkorak yang semakin sempit. 

"Saya juga sudah memaklumkan hal ini lebih awal kerana tidak mahu masalah ini 
menjadi semakin genting pada 2012 jika hal ini tidak diselesaikan lebih awal," 
katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Sesak_terhimpit/Article 



      

Kirim email ke