NI apa cerita ni ? Minyak dah naik harga, tapi rakyat nak mampus jalan 5 km nak dapatkan bas awam. Bukannya di Hulu Perak, tapi di Johor Bahru. Dah naik harga minyak pun tak boleh tingkat mutu pengangkutan awam. Sibuk nak buat pondok bas cantik je macam di PD. Pakatan Rakyat perlu desak kerajaan baiki pengangkutan awam segera. Lebih 50 tahun BN perintah Malaysia, pengangkutan awam makin teruk.
Kes macam ni bukan di Johot saja, di mana-mana, Negeri Sembilan pun dua kali lima. Eloknya wajibkan semua wakil rakyat dan menteri naik pengangkutan awam seluruh Malaysia. ****************************** Johor : Jalan kaki 5km cari bas Berita Harian 3 Ogos 2010 JOHOR BAHRU: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara, Kangkar Tebrau, di sini mendakwa kecewa terhadap perkhidmatan bas di kawasan mereka yang tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Keadaan itu bukan saja menimbulkan masalah kepada sebahagian besar penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja, malah kepada anak mereka yang memerlukan perkhidmatan bas untuk ke sekolah. Sebagai alternatif, ada penduduk terpaksa berulang-alik berjalan kaki sejauh lima kilometer sehari untuk mendapatkan perkhidmatan bas di Kangkar Tebrau, sementara anak-anak mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan van sewa. Tinjauan Edisi Johor mendapati dakwaan penduduk itu ternyata berasas apabila tiada sebuah bas dilihat memasuki kawasan PPR berkenaan terutama pada waktu puncak antara jam 4 petang hingga 7 malam ketika penduduk pulang dari kerja. Penduduk, Sarina Ismail, 32, berkata masalah perkhidmatan bas yang tidak mengikut jadual perjalanan itu sudah berlarutan sejak setahun lalu sehingga menyusahkan ramai penduduk di PPR berkenaan yang rata-ratanya berpendapatan rendah. “Bukan tidak ada bas yang memasuki kawasan PPR ini, tetapi yang mengecewakan ialah ia tidak mengikut jadual perjalanan, ” katanya. “Sepatutnya mereka memasuki kawasan PPR ini ketika penduduk mahu pergi bekerja atau pulang dari bekerja, bukan pada jam 6 pagi atau 3 petang, ” katanya. Sarina berkata, kawasan PPR yang mempunyai lebih 8, 000 isi rumah itu mempunyai kemudahan dua pondok menunggu bas namun ia terbiar begitu saja sehingga mula dinaiki semak samun sekarang berikutan masalah berkenaan. Penduduk, Kamarudin Mohd Yatim, 56, berkata masalah yang tidak berkesudahan itu bukan saja mengecewakan penduduk, malah turut meningkatkan perbelanjaan bulanan mereka kerana terpaksa menggunakan pengangkutan alternatif. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Jalankaki5kmcaribas/Article