Salam,

Apa yang diherankan, di Negeri Jiran pun x de masalah pasal arak, pusat judi 
menjadi-jadi, tempat urut bersepah-sepah, yang bersekongkol kalangan orang kita 
juga, jgnlah nak cari silap orang aje, renungkanlah.



To: [email protected]
From:
Date: Wed, 11 Aug 2010 19:52:25 -0700
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pasaraya Promosi Arak sempena Ramadhan di 
N.Sembilan






Pasaraya mana yang kurang ajar sangat ni ? Sonang jo. Jom umat Islam semua , 
BOIKOT pasaraya ini dan juga rangkaiannya seluruh negara. Sebuah pasar raya 
Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang 
sedang menjalani ibadah puasa apabila mempromosikan jualan minuman keras dengan 
sambutan hari raya.

Tak mati umat Islam kalau tak pergi pasaraya ni, berlambak lagi kedai lain.

***********************************
Pasar raya tidak peka sensitiviti umat Islam

NILAI, 12 Ogos: Sebuah pasar raya Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak 
menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa apabila 
mempromosikan jualan minuman keras dengan sambutan hari raya.

Seorang pengunjung ke pasar raya berkenaan pada malam semalam melahirkan rasa 
terkejut apabila mendapati pihak pengurusan pasar raya itu meletakkan tanda 
harga promosi istimewa pada minuman keras (Tiger) dengan menggunakan ayat yang 
bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama".

“Ini sungguh bercanggah dengan matlamat berpuasa dan berhari raya di mana umat 
Islam dilarang meminum minuman keras,” ujarnya menerusi emel yang dihantar 
kepada Harakahdaily.

Beliau yang pergi dengan isterinya mempersoalkan adakah pihak pengurusan pasar 
raya itu tidak sensitif langsung pada umat Islam terutama pada bulan Ramadan 
dengan mempromosikan 'Tiger beer' dengan mempamerkan tanda harga yang bertulis 
"Meraikan Raya Dinikmati Bersama...Tiger", seolah-olah umat Islam berbuka puasa 
atau beraya bersama Tiger.

“Mengapakah pihak pengurusan pasar raya itu mengadakan promosi Tiger beer 
terutama pada bulan Ramadan? Walaupun Tiger beer dibeli oleh orang bukan Islam, 
tetapi mengapakah perkataan "Raya" diletakkan pada minuman keras tersebut?” 
soalnya.

Selain itu, soalnya lagi adakah lebih wajar dan bertanggungjawab jika pihak 
pengurusan pasar raya meletakkan Tiger beer tersebut di tempat berasingan atau 
khas bawah kategori 'non-halal' seperti pasar raya terkemuka yang lain di 
Malaysia.

“Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan 
dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara 
meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?” tanya beliau yang melampirkan bersama 
gambar yang diambil menggunakan handphone berkaitan perkara itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28097:pasar-raya-tidak-peka-sensitiviti-umat-islam&catid=1:utama&Itemid=50




                                          

Kirim email ke