Semasa saya belajar di luar negara , apabila solat berjemaah dengan pak-pak 
Arab atau Mat Saleh, saf akan rapat, bahu akan bersentuh, jari kaki juga akan 
bersentuh dengan jemaah di kiri kanan kita. Tapi , sayang di Malaysia, jarang 
betul nak jumpa senario begini. Kita lebih suka solat jemaah tak bersentuh bahu 
dan jari kaki.

Walhal Nabi Muhammad saw yang sepatunya yang kita kasihi dan contohi suruh kita 
rapatkan saf bila sembahyang, Mungkin sebab banyak saf kita tak rapat, maka 
macam-macam kacau bilau berlaku di Malaysia sekarang ini di kalangan umat Islam.

Dari saf solat yang tak rapat , dah nampak umat Islam di Malaysia ini tak 
bersatu hati.

Bila kita dah tua ni, badan semakin lemah, uban makin banyak, itu semua tanda 
nak mati. Saya mengalami masalah tidak stabil apabila berdiri lama dalam solat, 
ianya berkaitan dengan sistem keseimbangan badan dalam telinga.

Kalau solat diri lama, rasa nak jatuh. Bila solat tarawikh kena duduk. Carilah 
terapi dalam internet. Antara terapinya ialah perlu ada sokongan bila berdiri, 
atau gerak-gerakkan kaki. Banyak pula gerak kaki, batal pula sembahyang. 
Alternatif lain ialah sembahyang duduk.

Jadi saya cubalah sembahyang rapat ke dinding. Alhamdulillah, tiada rasa nak 
jatuh lagi. Habis tu kalau tak ada dinding atau tiang macam mana ? Nak rapat ke 
bahu jemaah, semua jemaah kat Malaysia ni kebanyakan bahu jauh-jauh.

Akhirnya saya suruhlah anak saya solat sebelah saya, jadi lengan bahu dia rapat 
dengan lengan bahu saya, barulah rasa stabil.

Tulah, Nabi dah suruh rapat saf, tak nak rapat saf.

Sekarang terbukti melalui pengalaman sendiri rapat saf saya tidak hilang 
keseimbangan badan.

Agaknya kalau semua umat Islam di Malaysia solat jemaah rapat jari kaki dan 
bahu, mungkin kurang masalah mental, sakit jiwa, kencing manis, darah tinggi 
dan pelbagai penyakit lain . Itu semua kuasa Allah.

Sila baca dibawah ini kajian sains, rapat saf dalam solat boleh memberikan 
tenaga dan memulihkan tenaga dan merawat pelbagai penyakit. Percuma tu beb, tak 
payah belanja ribu-ribu , makan suplemen, minum tongkat ali dan sebagainya.

JAKIM, Mufti , Pengerusi Majlis Agama Islam , ABIM, JIM, PAS tak buat promosi 
besar-besaran ke rapat saf masa solat, bermula Ramadhan ini, Jemaah Tabligh dah 
lama promosi rasanya.

*****************
SOLAT : KEAJAIBAN DARI SUDUT SAINS

Seorang professor fizik di  Amerika Syarikat telah  membuat  satu  kajian 
tentang  kelebihan  solat  berjemaah  yang disyariatkan dalam Islam.  Katanya 
tubuh badan  kita mengandungi dua cas elektrik  iatu  cas positif  dan cas 
negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu 
banyak tenaga digunakan.

Dalam proses  pembakaran  tenaga,  banyak berlaku  pertukaran  cas  positif  
dan  cas  negatif,  yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan  cas dalam  badan  menyebabkan kita rasa letih  dan lesu  
setelah  menjalankan  aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran 
tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah,   timbul persoalan   di minda professor ini   
mengapa   Islam  mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu  
yang  didirikan  orang  Islam  mempunyai  bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita 
bertindak  menyeimbangkan cas-cas dalam badan  kita.  Semasa  kita solat  
berjemaah,  kita  disuruh  meluruskan  saf, bahu  bertemu   bahu  dan  
bersentuhan tapak  kaki.   Tindakan-tindakan  yang  dianjurkan  semasa  solat  
berjemaah   itu   mempunyai  berbagai  kelebihan.

Kajian  sains  mendapati   sentuhan  yang  berlaku  antara  tubuh kita  dengan  
 tubuh  ahli  jemaah  lain yang  berada di kiri dan  kanan kita akan 
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku  apabila cas  yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan 
dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan  ditarik  ke dalam kita. Semakin 
lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut 
beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar 
dan sihat setelah berehat berapa jam.

Ketika ini  tubuh  kita mengandungi  cas-cas  positif  dan negatif  yang  
hampir  seimbang.   Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit  lagi proses  
pertukaran  cas agar  keseimbangan penuh  dapat dicapai.   Sebab itu,  solat 
Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini 
kembali  tidak stabil  akibat kehilangan cas lebih  banyak  daripada  tubuh.  
Oleh itu,  kita  memerlukan  lebih  banyak  pertukaran cas.

Solat  jemaah yang disyariatkan  Islam  berperanan  untuk  memulihkan   
keseimbangan  cas-cas  berkenaan.   Sebab itu,   solat  Zohor didirikan 4 
rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.  Banyak tenaga  dikeluarkan  
ketika  menyambung  kembali tugas.

Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.  Seperti mana  
solat Zohor,  4 rakaat  solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada 
proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya,  selepas  waktu  Asar  dan  pulang  dari   kerja   kita  tidak  lagi  
melakukan  aktiviti-aktiviti yang  banyak  menggunakan  tenaga.  Masa  yang  
diperuntukkan pula tidak begitu lama.  Maka,  solat  Maghrib hanya dikerjakan 
sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang 
berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul  persoalan  di fikiran  professor  itu tentang  solat  Isyak  yang 
mengandungi  4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam  kita  tidak   banyak   
melakukan  aktiviti dan  sudah   tentu  tidak  memerlukan  proses  pertukaran 
cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut,  didapati  terdapat  keistimewaan  mengapa Allah  
mensyariatkan  4  rakat  dalam  solat Isyak.

Kita  sedia  maklum,  umat  Islam  amat  digalakkan untuk  tidur  awal agar  
mampu  bangun  menunaikan  tahajjud  di sepertiga malam.  Ringkasnya,  solat   
Isyak  sebanyak  4 rakaat itu  akan  menstabilkan  cas  dalam  badan serta 
memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama  yang 
l engkap  dan istimewa.

Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai  hikmah ynag tersirat untuk 
 kebaikan umat Islam itu sendiri.

Belaiu merasakan  betapa  kerdilnya  diri dan betapa  hebatnya  Pencipta alam 
ini.  Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

http://pmiupm.net/?p=584

Sabda Rasulullah.s.a.w. lagi;

Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah 
bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan 
kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang 
terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika 
meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan 
kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan 
merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut 
dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya 
dan inayah-Nya daripada orang tersebut" ( Riwayat Abu Daud )

http://www.leewantam.com/2009/06/saf-yang-tidak-rapat-terputus-rahmat.html

SAF SEMBAHYANG JEMAAH RAPAT LURUS BUKTI MENCINTAI RASULULLAH

Oleh: Syamsul Annuar Yaacob
Sumber: http://www.bharian.com.my

MENJADI kebiasaan bagi imam bertugas mengungkapkan hadis Rasulullah SAW ketika 
berdiri mendirikan solat jemaah. Ucapan itu bukan direka tanpa tujuan kerana 
kata itu sahih daripada mulut Rasulullah SAW.

Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Luruskan saf kamu, 
kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna." (Hadis Riwayat Muslim)

Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku cintakan Nabi 
Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda. Sesungguhnya kecintaan 
kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikut sunnah Baginda.

Anas berakta, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga perkara sesiapa yang ada 
padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan 
Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi 
tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali 
kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut ketaatan terhadap perintah mereka, 
apakah pula alasannya tidak mengendahkan perintah Rasulullah SAW sedangkan 
kedudukan cinta terhadap Baginda lebih tinggi berbanding ibu bapa.

Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda 
seperti firman Allah bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu 
mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta 
mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha 
Mengasihani." (Surah Ali-Imran, ayat 31)

Mungkin ada yang tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat serta dalam saf 
lurus. Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu 
dan bertemu kaki ketika solat jemaah.

Ketahuilah bahawa dalam sunnah yang dipandang ringan ini, terkandung penawar 
bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam kini.

Daripada Abu Masud, katanya: "Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat 
sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang 
menyebabkan hatimu berpecah-belah." (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan perpaduan utuh di kalangan 
sahabat dengan menyempurnakan saf. Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah 
Rasulullah SAW amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak 
Muhajirin serta Ansar yang dapat disatukan.

Ada pihak beranggapan tidak sempurna saf jika kanak-kanak solat bersama, tetapi 
tidak pula rasa solatnya tidak sempurna jika saf tidak lurus.

Setiap kali solat Jumaat atau hari raya, jemaah bersembahyang di luar atau di 
pekarangan masjid kerana ruangan dalam sudah penuh. Jika semua mementingkan 
susunan saf yang betul dan lurus, pasti ada jemaah berpeluang solat di dalam 
masjid.

Jika benar ikhlas cintakan Rasulullah SAW dan ingin mengeratkan perpaduan 
Islam, ikut sunnah nabi supaya merapatkan serta meluruskan saf supaya hilang 
perasaan ego dan sombong sebaliknya lahir rasa kasih sayang.

http://al-fikrah.net/News/article/sid=702.html




Kirim email ke