Alhamdulilah lah Tuan Abu Samah bersetuju jenayah makin meningkat. Di kawasan
saya sendiri seminggu dua kali pencuri/perompak pecah rumah. Rumah saya sendiri
pun tidak terlepas. Awal tahun ini pada satu hari ketika saya agak awal
kemasjid untuk solat Jumaat rumah dimasuki perompak. Isteri dan anak ada di
rumah tapi tak mampu buat apa-apa. Sedikit wang dan sedikit barang kemas dapat
dikebasnya. Lepas itu beberapa rumah turut jadi mangsa. Akhirnya sebuah dari
rumah yang dimasuki agak banyak barang yang dikebas mempunyai hubungan dengan
orang Bukit Aman. Lalu Bukit Aman arah Ketua Polis Kota Bharu adakan pertemuan
dengan semua penduduk di tempat saya. Namun tiada sebarang tindakan berkesan
diambil. Maka usahalah sendiri2. Yang buat usaha ala pendekatan UMNO dapatkan
bantuan JPP nak bina pos kawalan. Saya tidak yakin 100% dengan usaha ini. Bagi
saya selagi Masjid tidak dipenohkan setiap kali solat jamaah  (yang hanya
diadakan untuk maghrib, isyak dan subuh sahaja) dan ukhwah di kalangan
masyarakat tidak ditingkatkan sukar masalah ini dikurangkan.


Dalam konteks yang Sdr Abu Samah harapkan iaitu pembangkang kenalah desak
kerajaan memang itulah yang diharapkan dan saya rasa PR telah desak dengan
macam-macam cara !! Tapi ianya seolah olah tidak dijadikan keutamaan pihak
kerajaan /polis kerana sikap ego mereka yang berkuasa !! Yang mereka utamakan
ialah jika ada pembangkang /penyokong pembangkang nak buat perhimpunan berminggu
lebih awal polis dikerah berjaga sebagaimana himpunan peneroka FELCRA di Perak
!! Saya rasa meningkatnya berlaku jenayah ini banyak hubungannya dengan perkara
lain. Sama sperti masalah buang bayi. Eloklah pemimpin kerajaan beragama Islam
kaji hubungan mereka dengan Allah swt dan hubungan mereka dengan sesama manusia
apakah segala tindakan mereka berteraskan ajaran dan keadilan menurut Islam ?
Bercakap soal keadilan, dalam kes liwat Sdr Anwar Ibrahim nampak nya bukan
keadilan yang dicari kerana selagi tokoh ini hidup bebas dan bertindak sebagai
Ketua Pembangkang survival politik pemimpin UMNO yang berkuasa sekarang mau pun
yang telah bersara tetap terancam !! Kuasa mutlak dan keberanian para hakim pula
dalam mengendalikan kes-kes melibatkan ahli politik dan kerajaan seperti tidak
di yakini sepertimana yang diperkatakan Profesor Abdul Aziz Bari !!
Wallahua'lam.





________________________________
From: "Abu [email protected]" <Abu [email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Fri, August 13, 2010 10:01:30 AM
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Pakatan Rakyat perlu tumpu kes jenayah,
FAHAM.


            Tang ni saya setuju 100%....jenayah semakin meningkat…pembangkang
atau wakil rakyat dr UMNO
sepatutdesak kerajaan buat sesuatu untuk mengatasinya.

Polis jika betul2 confirm penjenayah terbabit memang terlibat dlm jenayah besar
tak ya tunggu mereka
serangdulu…tembak aje…Tangkap…penjara, keluar buat semula jenayah tersebut…jadi
adaleh lebih baik
merekadihapuskan aje…Lepas tu pembangkang jgn lak…nk jadi hero kononnya
penjenayah tak bersalah mula
pulakdptkan peguam 5/6 org nak bela….walhal memang sah ‘mereka’ pemjenayah
terkenal….,Lepas tu
cakappolis tk buat keja….Apakata ahli pembangkang jd polis…tk ya tembak mereka,
biar mereka tembak
kamusume…dh kena satu/dua peluru baru balas balik…

Moralnya, kita sume setuju bahawa jenayah perlu diatasi oleh pihak kerajaan,
jabatan yang terlibat adalah

polis…
Caranya…biarlah mereka yang menentukan….


Wassallam


-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[email protected]] On Behalf
Of Suara Rakyat
Sent: Tuesday, August 03, 2010 9:00 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pakatan Rakyat perlu tumpu kes jenayah,
FAHAM.


Pimpinan Pakatan Rakyat perlu ketengahkan isu jenayah yang semakin mengancam
rakyat 1Malaysia. Ianya mengancam keselamatan setiap pengundi dan keluarga
mereka di Malaysia ini. Pakatan Rakyat perlu desak kerajaan dan media jangan
mendendangkan index jenayah yang rendah sebaliknya saban saat semakin banyak
jenayah di mana-mana.

Rakyat tak ada masa nak tubuh Rukun Tetangga, semua sibuk nak kerja lebih masa,
kerja part time bukan nak tambah pendapatan, tapi nak tambah duit bayar yuran,
bil elektrik, minyak. Semua barang dah naik harga.

Jadi subsidi yang dijimatkan itu Pakatan Rakyat desak kerajaan tambah anggota
polis ronda setiap kampung, taman perumahan, tanah perancangan 24 jam. Bukan
tambah anggota polis escort orang kenamaan, tangkap peserta perhimpunan aman.

***************************

Utusan Malaysia 3 Ogos 2010

3 beranak rugi RM30,000 disamun

KUANTAN 2 Ogos - Tiga beranak melalui saat-saat mencemaskan apabila rumah mereka
dimasuki tiga lelaki bersenjata sebelum menyamun keluarga terbabit di Taman
Aneka Jaya, Kempadang di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, semua mangsa kerugian sebanyak RM30,000
selepas wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, jam tangan berjenama dan
sebuah komputer riba dilarikan.

Ketika kejadian, sepasang suami isteri yang berusia 30-an dan seorang anak
lelakinya sedang tidur di bilik utama.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Supritendan Noor
Asyikin Shamsuri berkata, mangsa yang sedang nyenyak tidur tiba-tiba dikejutkan
dengan jeritan isterinya setelah ternampak dua lelaki berada di dalam biliknya.

Katanya, seorang lagi suspek berada di ruang tamu.

"Dua suspek itu bertindak mengacukan pisau, pemotong besi dan pemutar skru ke
pasangan terbabit sebelum memberi arahan supaya tidak melawan.

"Dua daripada suspek tidak memakai penutup muka," katanya ketika ditemui di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek kemudian mengikat ketiga-tiga mangsa dengan menggunakan
dawai pagar sebelum menggeledah rumah mereka.

"Semua mangsa dikumpulkan di bilik tidur utama sebelum mereka menggeledah
barang-barang di bilik tidur dan ruang tamu," katanya.

Selepas menggeledah rumah mangsa kira-kira 10 minit, kata Noor Asyikin,
ketiga-tiga suspek yang dipercayai warga asing itu melarikan diri melalui pintu
gelongsor bahagian tepi rumah yang diumpil.

"Sebelum itu, salah seorang suspek dipercayai berusia 30-an sempat memberi
amaran keras supaya tidak membuat laporan polis," katanya.

Tambahnya, polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 395/397 Kanun
Keseksaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_03.htm




      

Kirim email ke