Aswt,
   UMNO tak ada kerja lain. Orang bukan Islam selamanya bagi mereka jangan 
ambil tahu hal masjid. Jangankan nak ambil tau nak masuk pun tak boleh !! Amboi 
bagi mereka masjid itu paling suci tapi kerana terlalu suci kemungkaran 
pemimpin terutamanya pemimpin UMNO pun "haram" disebut-sebut maka apakah 
maknanya ini ?? Sebenarnya status masjid telah bertukar kepada sebuah penjara. 
Penjara di mana orang Islam boleh cakap tentang isu-isu Islam (teori) tapi tak 
boleh mempertikai sebarang tindakan UMNO yang bercanggah dengan Islam !! Jika 
isu-isu ini disebut oleh siapa saja dalam masjid termasuk khatib pastinya akan 
dituduh yang mereka telah mencemari masjid dengan politik. UMNO kata jangan 
cemari masjid dengan politik. Nampaknya mulut khatib pun mereka nak kunci !! 
Wakil-wakil rakyat pun tak boleh ambil tahu hal masjid jadi calun bukan Islam 
tak bolehlah bertanding sebagai ahli parlimen atau ahli dewan negeri jika 
kawasan itu ada orang Islam. Bila ada orang
 Islam pastinya ada surau ada masjid !!

 Kamalanathan yang beragama Hindu yang bertanding kerusi parlimen Hulu Selangor 
tak masuk masjid tapi "roh" Kamalanathan dibawa masuk dalam masjid supaya dia 
mendapat kemenangan dalam pilihan raya berkenaan !! Tapi tindakan UMNO tidak 
mencemari masjid. Batang tubuh orang bukan Islam mencemarkan masjid tapi yang 
mereka samapi bersolat hajat untuk kemenangan Kamalanathan tu lebih teruk 
kerana iika Kamalanathan masuk masjid tanpa lakukan apa-apa tindakan yang 
bercanggah mungkin lebih baik dari menyolathajatkan kemenangan dia !! ??

 Atas dasar masjid tak boleh campuri politik maka apa pun penyelewengan 
pemimpin negara/negeri yang menjadi monopoli UMNO/BN masjid "haram" ambil 
peduli. Kalau sebut hal-hal penyelewengan cukuplah ingatkan para makmum yang 
ada agar jangan seleweng apa-apa, jangan itu jangan ini tapi ahli politik 
khususnya pemimpin UMNO ada  permit untuk lakukan apa saja walau pun 
perkara-perkara yang ditegah Islam. Duit negara hilang atau lesap berpuloh 
bilion akibat penyelewengan pemimpin UMNO /BN tak bolehlah disebut-sebut dalam 
masjid.

 Hebat ! Memang hebat prinsip kesucian masjid ala UMNO !! Banyak hukum yang 
terdapat dalam al Quran ditolak oleh UMNO (dengan membiarkan apa yang 
ditinggalkan penjajah kekal ) kerana kuasa berada ditangan mereka pun tak boleh 
disebut sedangkan al Quran dengan jelas mengutuk perbuatan ini. Betul lah UMNO 
telah berjaya "penjarakan" Islam dalam masjid dengan berselindung disebalik 
kesucian masjid. Mereka berjaya lakukan nya kerana kefahaman dan konsep dakwah 
yang difahami majoriti orang Melayu tentang Islam masih ditahap "sekolah 
rendah". Bagi mereka UMNO dah perjuangkan Islam tapi mereka telah dibutakan 
dengan pelbagai lagi isu yang sangat jelas melibatkan UMNO iaitu menghina 
hukum-hukum Islam (bila tak terima dengan hujah yang sangat lemah) maka ianya 
jauh labih dahsyat dari seorang pemimpin Cina masuk masjid secara beradab !! 
Wallahua'lam.

ibnuAli



      

Kirim email ke