Oleh Faizal Ezzany - Suara Keadilan PORT DICKSON 23 Ogos - Demi kepentingan politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan didakwa sedang melobi Perdana Menteri secara senyap untuk menjadikan
Tasik Bukit Kepong sebagai tapak pembinaan loji nuklear pertama di Malaysia tanpa pengetahuan penduduk setempat. Pendedahan ini dibuat oleh sebuah blog, singalautmetro, yang mengatakan ini antara sebab mengapa Tasik Bukit Kepong yang terletak berdekatan dengan Kampung Bukit Tembok di Port Dickson sengaja dirosakkan oleh kerajaan negeri. Menurut blog itu kenyataan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr Daud Mohamad bahawa terdapat beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Peraksedang melobi untuk menempatkan loji nuklear tersebut menguatkan lagi dakwaan blog tersebut. Sambil menyifatkan tasik itu bakal menjadi tapak 'bom jangka', singalautmetro berkata Tenaga Nasional Berhad akan dilantik sebagai pihak yang bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan. Blog itu mendakwa kawasan tasik itu akan terus menjadi panas sepanas loji berkuasa 1,000 MW yang dikatakan berupaya menghasilkan tenaga di antara 14,000 hingga 18,000 MW. Pembinaan loji nuklear pertama di negara ini adalah bagi menampung sumber tenaga yang sedia ada yang dianggarkan membabitkan kos antara RM6.5 bilion hingga RM9.75 bilion. Menurut blog itu lagi, bentuk mukabumi Tasik Bukit Kepong adalah istimewa kerana ia berbentuk kawah kira-kira 15 meter di bawah paras tebing, serta mempunyai ciri kawasan pemampan lebih 10 kilometer dan mampu menyediakan tapak sekurang-kurangnya 80 hektar seperti disyaratkan sebagai tapak loji nuklear. Keluasan tasik itu melebihi 1,000 hektar, menjadikannya cukup sesuai bagi tujuan pembinaan loji nuklear. Semua ciri-ciri ini dikatakan telah menarik minat, Datuk Seri Najib Razak berbanding lokasi lain. Kewujudan Stesen Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar di Port Dickson menjadikan Tasik Bukit Kepong sebagai pilihan menarik kerana ia menepati jarak dan keperluan teknikal untuk dijadikan kembar kepada loji yang bakal dibina. Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang ditemui Suara Keadilan ketika meninjau kawasan tersebut berkata buat masa ini pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan yang dibuat blog tersebut. "Apa yang pasti sekarang saya mahu jawapan daripada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) berhubung tindakan mereka merobohkan pintu air di kawasan berkenaan. Bagi saya pintu air ini digunakan untuk mengawal kawasan yang berada di sebelah bawah daripada dilanda banjir apabila tiba musim hujan ataupun ketika hujan lebat. "Kita mahukan jawapan yang jelas dari JPS kenapa mereka mengambil tindakan itu. Dalam keadaan hujan sekarang beberapa kawasan di sebelah bawah seperti ladang sawit sudah mula dibanjiri air apatah lagi bila tibanya musim tengkujuh pada bulan Disember nanti," kata Kamarul. Tambahnya, persoalan yang dibangkitkan oleh blog itu akan terjawab apabila beliau menerima penjelasan daripada JPS. Beliau mengambil tindakan melawat kawasan tersebut apabila timbul desas desus mengatakan ia bakal menjadi tapak loji nuklear. Ini terbukti apabila keadaan tasik tersebut yang semakin kering airnya. "Sudah tentulah kerajaan negeri mahupun JPS tidak akan meruntuh dan merobohkan sebuah empangan yang sebegitu besar yang dibina sejak merdeka, kalau tiada tujuan besar di sebaliknya," kata Kamarul lagi. Walaupun keputusan pemilihan lokasi hanya akan diumumkan oleh Najib pada 2012, pembinaan loji yang dijangka bermula 2015 itu pasti mencetuskan isu baru di peringkat nasional. Sikap dan cara kerajaan negeri membuat keputusan membelakangkan penduduk dijangka menjadi faktor utama ia akan mendapat tentangan besar-besaran rakyat Negeri Sembilan. http://suara-keadilan.com/news-section?t=3812 Nuke plant in Port Dickson ? Tue, 24 Aug 2010 13:23 By FMT Staff PORT DICKSON: The grapevine has it that the coastal town, once a bustling tourist destination but now in the throes of death, could be “nuked” by the government. Talk is that Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hassan is seriously lobbying Prime Minister Najib Tun Razak to site the country’s first nuclear power plant at the Bukit Kepong Lake here. Telok Kemang MP Kamarul Baharin Abbas, who visited the lake recently, acknowledged the rumour but declined to comment on it However, the PKR leader said he wanted to know why the Drainage and Irrigation department (JPS) was demolishing the “passageway” in the 50-year-old water catchment. “I don’t want to speculate. But I have asked JPS to explain why it is demolishing the passageway which controls the dam and keeps the lake from overflowing and flooding the low lying areas. “We want JPS to explain their rationale for demolishing the bund when the current rain spell is already causing floods in the low-lying oil palm estates,” he said. “Once they explain, we will know for a fact what their real agenda is,” he said. adding that it was unlikely JPS was carrying out the demolition work for no reason. “One thing is for sure, they must have a big agenda if they are demolishing a large dam such a this which has been around since merdeka,” he added. Ideal location Rumours of a nuclear plant in PD was first reported by blogger Singalautmetro, who is a veteran journalist. In a posting, the blogger said Malaysian Nuclear Agency director-general Daud Mohamad’s statement that several locations, including those in Negri Sembilan and Perak, were being considered for the proposed nuclear plant further confirmed speculation about the Bukit Kepong lake. He claimed that Tenaga Nasional Bhd had been given the responsibility of implementing the project. . According to him, the lake was unique because it was shaped like a cauldron with a depth of 15 metres from its banks. Its more than 10 kilometres reserve is capable of preparing at least 80 hectares as required for the nuclear plant. This coupled with the lake’s expansive reach of over 1,000 hectares made it suitable for the plant. The Tuanku Jaffar power station situated nearby also had the right technical specifications needed to support a nuclear power plant. Explaining further, the blogger claimed that the lake would eventually be as hot as the 1,000 MW power plant and capable of producing 14,000 to 18,000 MW of energy. Najib is expected to announce the location of the country’s first nuclear power estimated to cost between RM6.5 billion to RM 9.75 billion in 2012. Construction of the power plant is scheduled to begin in 2015. http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/barisan-nasional/9570-nuke-plant-in-port-dickson