السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dasar Ekonomi Baru
Post under Sejarah, Suatu Ketika   Dicatat oleh Naim Qlate

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato'
Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan
integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua
mata untuk:

        * mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan 
pendapatan
dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum; dan
        * mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.
Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara
beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.[1]

Latar belakang
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan
masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem
pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu
yang terdiri daripada 3Teks kod rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan
India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar
bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di
kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan
pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan
ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan
perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang
menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi
sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari
segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti
orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan
dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka
tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul
kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah
tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina
dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun
sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada
Tanah Melayu.
Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar
yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang
Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan
Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti
Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut
memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti
Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan
ketika zaman darurat pada 1948–1960.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia
untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai
kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew
menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut
akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah
mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara
kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969
berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah
memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan
serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16
Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen
digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik
Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai
pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa
pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang
di-Pertuan Agong.
Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN,
Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti
isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat
berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang
dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati
masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan.
Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja
tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan.
Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu
ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai
lima prinsip utama iaitu:
        * Kepercayaan kepada Tuhan
        * Kesetiaan kepada Raja dan Negara
        * Keluhuran Perlembagaan
        * Kedaulatan Undang-Undang
        * Kesopanan dan Kesusilaan
Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai
jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk
mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk
muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah
dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu
(Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.
Dasar Pecah dan Perintah
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan
akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris.
Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:
1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang
usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.
2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta
mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan
penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing
adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.
Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat
integrasi nasional
1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.
2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan
(bandar dan luar bandar).
3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Kesan Dasar Pecah dan Perintah
1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor
pertanian tradisional.
2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti
perniagaan dan perlombongan.
3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.
Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak
wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah
melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik
yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh
kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya
ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat
bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara
yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan
sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang
untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca
daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi
kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh
ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia
mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program
jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970
hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-
        * penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya 
menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
        * pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan
bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3%
daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis
kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira
86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat,
kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui
kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu,
keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan
seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan
tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir
pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan
Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada
tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah
cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada
ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program
seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan,
pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini
juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
        * Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga 
supaya
penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga
buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
        * Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan 
perindustrian di
kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan
memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
        * Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor
produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak
ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
        * Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di 
luar
bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar
Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan
Dasar Ekonomi Baru.
Isu Penolakan
Pada 13 Mac 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik (ahli DAP), Lim
Guan Eng dikhabarkan menolak DEB dan DPN. Bagaimanapun beliau menafikan perkara
itu melalui siaran TV3. Antara langkah yang dianggap bercanggah dengan DEB/DPN
ialah 'tender terbuka'.


()"" ' )   Nakhai’e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia
hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka
beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana
sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok
adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg
sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg
kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah
rahmat Allah selalu, Amin.


Kirim email ke