السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Operasi Lalang
Post under Sejarah, Suatu Ketika   Dicatat oleh Naim Qlate



Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan pada 27
Oktober 1987 oleh polis Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap
mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.
Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di
bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit
Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Tahanan ISA
Antara mereka yang ditahan ialah :
        1. Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
        2. Chandra Muzaffar- Presiden ALIRAN
        3. Karpal Singh- Timbalan Pengerusi DAP
        4. Dato Lim Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
        5. Chan Kit Chee - Ketua Perak
        6. Kua Kia Soong- Dong Jiau Zong
        7. Lim Fong Seng Pengerusi (Chinese Education Assosations)
        8. Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
        9. Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
        10. Mohamed Fahmi Ibrahim - Pemuda Pengerusi Pendidikan UMNO .
Walaupun kebanyakan tahananan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak
bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah penahanan dua tahun. Ini termasuk
Lim Kit Siang dan Karpal Singh 5 pemimpin parti DAP, beberapa pemimpin PAS dan
ramai aktivis sosial.
Kategorisasi dari mulaan orang tahanan, bilangan 97, memberikan kerosakan
berikut: parti politikal: 37; gerakan sosial: 23; individu: 37.
Pendidikan Cina
Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat
khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang
semula seperti:
        * Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak 
keistimewaan
Bumiputera dipertikaikan semula.
        * Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan 
berpendidikan
Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di
kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan
lain-lain. Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat
mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.
        * Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah 
berhimpun di
Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka
mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.
Stadium TPCA
Para pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib - Menteri Besar
Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim , Anwar Ibrahim mahu UMNO
menunjukkan rasa prihatin mereka. Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Ketua
Pemuda UMNO.
Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru dihimpunkan 10,000 ahli pemuda
UMNO. Di sininya bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung jalan Abdul Aziz ,
kediaman Dato Harun Idris.
        * Dato Muhamad Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari 
menggesa
'bawalah pisau - senang nak kupas limau'.
Nasib baiklah perhimpunan panas yang bermula jam 2.00 petang (hari Sabtu ?) ini
disirami hujan lebat kira-kira 5.00 petang.
Di simpang-simpang jalan utama ke Kuala Lumpur, polis dan tentera telah
mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Contohnya di Jalan Cheras-Kajang.
Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan
Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah
ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan
diri' ke Australia.
Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan
raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UNNO ke-41.
Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan
perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan
mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet
Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata
rifle M16. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan Tun Dr Mahathir
Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.
Sebagai tindakan seimbang, pemimpin UMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin
lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai yang sepatutnya
diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia (?).

Perhimpunn di Stadium TPCA sebelum Operasi Lalang



Stadium TPCA - pelbagai sepanduk



Perhimpunan balas



Nasib baik hujan lebat semasa perhimpunan


Rais Yatim dari Semangat 46 turut hadir

Kontroversi
Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah'
terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah
ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting, Taiping, selama 2 tahun atau
lebih.
Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang
membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak.
Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.
Ramai yang percaya ISA bertentagan dengan Hak Asasi Manusia, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan al Quran sendiri.
Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA
dan menahan tahanan di Kem tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.
April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di
mana Mahathir hanya mendapat majoriti 3 undi sahaja. Jadi Operasi Lalang
dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.


()"" ' )   Nakhai’e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia
hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka
beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana
sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok
adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg
sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg
kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah
rahmat Allah selalu, Amin.


Kirim email ke