Pemisahan Singapura daripada Malaysia 
Post under Sejarah, Suatu Ketika, Tragedi   Dicatat oleh Naim Qlate  
 
Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh 
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika 
itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di 
sebuah 
klinik di London. 

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan 
Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan 
Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia 
sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang 
Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang 
sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli 
politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.
Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku 
dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh 
beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat 
sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. 
Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan 
Sarawak.
Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding 
di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan 
bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan 
Presiden 
MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew 
mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung 
Malaysia 
bagi menentang MCA.
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. 
Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam 
pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew 
berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, 
pendidikan dan skim perumahan.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. 
Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan 
orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura 
bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. 
Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 
22 
orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi 
pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam 
Malaysia 
bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Kirim email ke