Assalamualaikum,
Ana dan zaujah nak mintak maaf banyak2 kerana rasanya tidak dapat memenuhi
sebarang jemputan buat masa ini. Ini kerana kami akan kembali ke UK lewat
minggu hadapan insyaAllah. Dan masa yg tinggal sedikit ini diperlukan
untuk melawat relatives, dan juga melayan adik2. Walaubagaimanapun, tolong
sampaikan ucapan selamat pengantin baru kami kepada saudara Syamaizar dan
zaujah.
Ana juga di sini ingin mengambil kesempatan mengucapkan banyak-banyak
terima kasih kpd alumni yg datang pd hari tu. Dan juga atas hadiah2 yg
diberikan, samada drpd alumni ataupun orang perseorangan.
Dan sebelum ana mengundur diri, kalau ada salah dan silap, ana minta maaf
sekali lagi. Sesungguhnya dalam pergaulan sehari-hari, manusia tidak dapat
lari dari membuat kesilapan. Jadi beruntunglah orang yg memaafkan orang
lain.
Kalau ada sumur di ladang,
boleh kami tumpang mandi,
...
Wassalam,
------------------
Hanief Ahmad Azam
Pembroke College
Cambridge CB2 1RF
------------------
http://www.teras-uk.net/
What is the depth of the sea edge?
_______________________________________________
Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar
Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.
Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org