nasib rakyat palestin naper yer perlu dikecoh2kan tentang isu palestin....?naper tak jer kiter citer tentang isu2 hiburan masa kini terutama golongan yang macam kiter nie yang masih lagi muda.hmm...dalam kelalaian kiter tulah...patut dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku di palestin...tanpa kita sedari atau sengaja tidak mahu mengambil tahu saudara2 seislam kita di sana sedang diinjak2 macam tin minuman kat tepi jalan tu...kewarganegaraan mereka sebagai palestinian dinafikan...dan mereka ditendang dan dihalau ke sempadan, lain2 negara arab seperti lebanon,jordan syria dan lain2 lagi.paling meloyakan....bangsa yahudi sendiri mengakui tanah yang mereka rampas itu adalah tanah mereka sendiri.... sememangnya jikalu nak diikutkan...sepatutnya mereka sendiri yang patut menyelesaikan hal dalaman negara mereka sendiri.tetapi...adakah kita lupa yang masjid yang dikenali sebagai masjid al aqsa (rebutan antara yahudi dan islam) yang terletak di dalam bumi palestin tuh... merupakaan tempat ketiga yang mulia selepas masjidil haram dan masjidil nabawi...?disitu jugalah tempat nabi s.a.w diisra'kan ke langit bagi menerima amanah solat 5 waktu yang dipraktikkan kita sekarang...dan juga kiblat pertama umat islam sebelum bertukar ke kaabah. pengalaman prof madya dr adzhar (mercy) beberapa bulan yang lalu ketika ramadhan, beliau bersama beberapa orang dr dari malaysia dihantar oleh mercy ke palestin bagi meninjau peluang perubatan yang boleh di beri di sana.sewaktu di dalam perjalanan terlalu banyak sekatan yang dihadapi.tiada penerbangan direct dari malaysia ke palestin.jadi terpaksa masuk ke palestin melalui mesir.beliau masuk ke palestin bersama2 2 orang rakyat palestin yang berwaganegara u.s dan kanada.ketika sampai di suatu check point beliau diarah menanggalkan pakaiannya bagi melakukan pemeriksaan rapi.apa yang membimbangkan beliau di syak yang bukan2 kerana hanya memakai baju kalis peluru...bukan setakat itu...beliau juga terpaksa bersoal jawab dengan pegawai israel yang cukup bengis perwatakannya.apa yang memelikkan menurut dr azhar...orang yahudi ni macam takut ngan orang islam.soalan yang tiada kaitan dengan keganasan ditanya dengan bertalu2 seperti dari mana,kerja apa,dan lulusan universiti mana dalam keadaan yang terketar2.malah ketika duduk menunggu di situ...lalulah seorang yahudi dengan berketayap kecil sambil merenung dengan tajam ke arahnya.dari situlah beliau dapat menafsir yang sememangnya orang yahudi ni amat benci terhadap orang islam.akhirnya...hanya seorang sahaja dari mereka yang terlepas masuk ke palestin.beliau ditendang ke mesir semula dan dr dari u.s tuh...di tahan di dalam penjara israel selama 2 minggu.itu adalah detik2 yang paling menyedihkan kerana tidak dapat membantu umat islam di situ dari segi bidang perubatan.tetapi kedukaan beliau terubat setelah dapat menunaikan umrah dalam tempoh kerja ke palestin dengan menggunakan ongkos sendiri. remaja2 kita yang patut diberi tabik spring wafa ali idris (26),darin abu aisyah (22),ayat al akhros (18),muhammad farhat dan muhammad hils bukanlah nama yang asing dikalangan remaja2 palestin.mereka adalah di kalangan remaja yang sanggup mengorbankan dirinya demi tanah air mereka sendiri.tiada apa yang mereka harapkan dari perjuangan mereka melainkan 2 kemenangan iaitu samada berjaya membebaskan bumi palestin atau mati syahid di medan pertempuran. ayat al akhros adalah remaja wanita yang paling muda usianya ketika syahid.cita2 beliau untuk syahid secara serius tidaklah diketahui oleh keluarganya ataupun sahabat2nya.cuma sebelum ke sekolah hari tu...beliau menyampaikan kata 2 nasihat kepada adiknya dengan penuh kesayuan seolah mereka berdua tidak mungkin ketemu lagi selepas waktu persekolahan.malah pada hari itu juga, beliau sempat mengadakan kelas tambahan kepada rakan2nya sebelum meletupkan dirinya di bawah organisaasi brigade al aqsa.apapun sebagai seorang ibu kepada akhros,beliau dapat rasa kelainan terhadap anaknya...sehinggalah berita kematiannya dimaklumkan di dalam televisyen pada tanggal 29 mac 2002.kesedihan itu bukan sahaja di tanggung oleh keluarganya malah tunangnya yang mana impian untuk melayari bahtera kasih bersama2 dengan orang tersayang pada julai 2002 tak kesampaian.malah, baju pengantin yang telah siap ditempah hanya jadi impian untuk dipakai ketika di hari bersejarah itu.menurut tunangnya beliau berj anji akan syahid selepas ini...kerana memang sebelum ini mereka berdua pernah berjanji bersama2 untuk syahid selepas mereka melangsungkan perkahwinan.dahsyat sungguh percintaan mereka...moga2 allah mempertemukan mereka berdua di syurga nanti... lain pula dengan muhammad farhat.cita2 nya untuk syahid mendapat dorongan daripada ibunya.malah ibunya berjanji akan menginfaqkan keseluruh 6 anaknya di medan peperangan.setelah sampai di sempadan permukiman golongan yahudi,farhat menelefon ibunya menyatakan yang beliau di ambang syahid.ibunya terus meletakkan gagang telefon dengan harapan yang anaknya itu tidak akan menelefon untuk kali keduanya.ini kerana beliau akan menyuruh anaknya pulang ke pangkuannya kerana beliau tidak mahu mensia2siakn anak yang pernah dikandungkannya selama 9 bulan 10 hari itu.akhirnya berita tentang kesyahidan anaknya sampai ke telinganya melalui sahabat farhat.hanya tangisan gembira yang mampu diluahkan kerana beliau yakin yang anaknya itu akan menunggunya di pintu syurga kelak dengan wajah yang berseri2 di samping bidadari yang cantik menawan.selepas itu ibunya terus menyedekahkan kuih muih dan gula2 kepada jiran tetangga dan kanak2 di sekitar rumahnya bagi menunjukkan tanda syukur di atas kesyahi dan anaknya itu. apa peranan kita hmm...boikot kesemua barangan amerika dan israel seperti mcd,kfc,coca -cola,danone,nestle dan macam2 lagi.melainkan kalau tiada inisiatif lain yang boleh dijadikan sebagai keperluan hidup.tapi...rasanya banyak lagi makanan lain yang boleh kita gantikan ngan barangan2 ni.sebagai contoh barangan buatan malaysia yang berlambak2 di pasaran pada masa kini.tidak lupa juga doa yang selayaknya kita tadahkan kepada Allah Taala moga kemenangan berpihak kepada umat islam. wassalam. nurul hafizah maarof, seminar 'perkederan pembebasan palestin', pusat belia antarabangsa,cheras.
____________________________________________________________ Get 25MB, POP3, Spam Filtering with LYCOS MAIL PLUS for $19.95/year. http://login.mail.lycos.com/brandPage.shtml?pageId=plus&ref=lmtplus _______________________________________________ Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian. Alumni Sekolah Islam Hira' http://www.alumni-hira.org http://berita.alumni-hira.org
