nabi ibrahim ade bina kapal ?

Faiz Sahri <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamu 'alaykum warahmatullah, teman-teman yang dikasihi.

Semoga sihat dengan iman. Siapa yang biasa tengok pelangi? SubhanAllah,
cantiknya menggamit kalbu (cewah!) :) Susah nak bayangkan kalau dunia ini
hanya hitam dan putih, tentu tandus dari emosi, tiada lagi ceria, tiada lagi
cinta.

Sebenarnya, kalau sahabat-sahabat semua masih ingat dalam fiziks dulu kita
ada belajar tentang cahaya atau nur. Cahaya yang paling terang adalah cahaya
putih. Dalam dunia fiziks, sebenarnya cahaya putih merupakan gabungan kepada
warna-warna yang pelbagai.

Nur (cahaya) juga sebenarnya adalah salah satu dari nama-nama Allah yang
terpuji, dan termasuk dari atribusi 'jamaal' atau keindahan (satu lagi
bahagian atribusi adalah 'jalaal' atau kemegahan). Hakikatnya, cahaya yang
utama dan haq (realiti) hanyalah cahaya Allah s.w.t. Dan biasan cahaya Allah
mewarnai alam kita, dan dari situ terhasil kepelbagaian spektrum warna, ada
ungu, merah, biru, hijau, coklat etc. Sepertimana cahaya putih yang bisa
terbias apabila menembusi prism, apabila melalui satu dimensi yang lain.

Sepertimana dalam dunia fizik kita, dunia metafizik (atau ruh) kita juga
perlu ada kepelbagaian warna. Tidak cukup dengan hanya hitam dan putih,
halal dan haram. Islam bukan lah satu set of do's and don'ts. Ruh syari'ah
sendiri paling minimal terbahagi kepada 5 warna iaitu halal, haram, sunnah,
makruh, mubah. Apabila kita berbicara mengenai ruuh, tentulah ada syu'ur
(perasaan) yang datang bersamanya. Ketika mana iman itu dapat 'dirasai'
kemanisannya, kelazatannya dan hati kita sudah tenggelam dalam lautan cinta
Allah, maka dunia tidak lagi menjadi hitam dan putih. Ia diterangi oleh
cahaya Allah, dan diwarnai oleh warna Allah. Setiap saat, tindakan kita
semuanya 'berperasaan'. Tidak timbul lagi samada perkara ini halal atau
haram, namun sebaliknya hati kita sentiasa tertanya-tanya samada adakah
tindakan kita pada saat tersebut, pada tempat tersebut, dicintai atau
dibenci oleh Allah. Adakah Allah s.w.t. akan kurang sayangnya pada kita
kalau kita teruskan dengan amalan tersebut? Ini lah fikrah (cara pemikiran)
yang sepatutnya kita serapi, kita bernafas dengan ruh sebegini. Ini lah
salah satu dari aspirasi pemikiran (fikrah) Hira', fikrah Islami.

Syari'at atau cahaya Allah adalah gabungan dari semua warna, kalau ada warna
yang tidak dimasukkan, maka ia tidak akan jadi cahaya putih yang sebenarnya,
mungkin dia akan jadi kekuning-kuningan sikit, atau kebiru-biruan sikit.
Sama juga dengan warna syari'at, kalau kita buat yang sunnah tetapi tidak
meninggalkan yang makruh, atau kita tinggalkan yang makruh tetapi tidak
melakukan yang sunnah, tentulah cahaya tersebut tidak suci, putih dan bersih
sepenuhnya. Bertambah pilu, bagaimanalah agaknya cahaya Allah dalam hati
kita kalau dimalapkan dan dikotori dengan dosa-dosa kita. Malu kita pada
Allah. Sebab itu, di antara kita ada yang cahaya iman dalam hatinya seterang
bintang, ada yang seterang rembulan, ada yang seterang mentari, ada pula
yang hanya seperti lilin, lebih menyedihkan lagi ada yang cahayanya hanya
seperti cahaya sebatang mancis, terkapai-kapai, mampukah ia bertahan lama?
Dan cahaya yang gah dan terang pula jangan lah menyangka bahawa ia tidak
bakal gerhana?

Terkadang suatu tindakan itu nampak pelik dan tidak logik pada mata kita,
justeru diremeh-remehkan dan dipandang enteng. Sebenarnya itu bukannya
disebabkan mata kita tersilap pandang, tetapi itu disebabkan mata hati kita
yang kabur dan tidak mampu untuk melihat realiti (haq), tidak mampu untuk
melihat Allah, kerana nama lain bagi Allah adalah al-Haq.

Ini terbukti dalam kisah Nabi Ibrahim di mana orang ramai
memperlekeh-lekehkan dan mengejek-ejek Nabi Ibrahim ketikamana baginda dan
para pengikutnya membina kapal di tempat yang jauh dari perairan. Hanya
mereka yang kuat mata hatinya mampu melihat realiti yang sebenarnya. Innaha
la ta'mal absaar wa lakin ta'ma al-quluub allati fi as-suduur.

Syari'ah - antara kata terbitan dari sya-ra-'a adalah bermaksud kapal layar.
Sebab apa kapal layar? Kerana syari'ah itu tidak mampu untuk belayar dalam
kembara kita menuju Allah tanpa kekuatan (reeh/angin) dari Allah.
(fatafsyaluu, wa tazhaba reehukum; minta maaf kalau tiga perenggan di atas
ini berbelit-belit bahasa, tetapi i/Allah siapa yang faham arabic akan
appreciate point ana).

Sedar lah teman-teman semua bahawa ada tiga kemungkinan untuk kita kabur dan
buta dalam meniti jalan kehidupan. Pertama adalah dengan ketiadaan cahaya.
Kedua adalah dengan mata yang buta. Dalam alam rohani kita, kita juga tidak
mampu untuk melihat jalan yang lurus dengan jelas jika pertama; tiada cahaya
dari Allah, dan yang kedua; jika mata hati kita telahpun buta. (yang ketiga
carik sendiri ye)

Ada lagi yang nak cakap mengenai cahaya ni, tapi lain kali lah ye. Kesian
sahabat-sahabat semua kena baca email yang panjang (tapi tak lebar ni). Moga
Allah berikan kita kekuatan untuk memperolehi cahaya yang sebenar-benarnya
dan mata hati yang bersih dan terang. Allahumma ameen.

Sila beri tunjuk ajar. Allahu a'lam. Allahummaghfirli.

p/s: minta maaf zahir batin. ukhti sarah jangan marah, email ini bukan
ditujukan kepada ukhti sarah (^.^) ; tetapi ditujukan kepada semuaaa
teman-teman i/Allah.

* me - the insignificant dust, how could it ever become like the stars?


----- Original Message -----
From: sarah seth
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Thursday, May 29, 2003 7:36 PM
Subject: Re: [Alumni Hira] berjabat tangan & mewarna rambut!


as-kum
hmm...actually memang ler..kalau dah jumper org tu second or third time
okay..dia maybe faham..tapi cam kak faizah kater..ada gak org yang buat2 tak
faham..susah gak kan?
ana pun tak tahu lah...pastu,kalau kiter jd cam vice presiden ker..cam
menteri ker..
sure kene salam banyak org..kesian diorang..hehe sape suh jadi
menteri..macam adik bibah kiter kata..wat per keje ngan non-muslim kan?tapi
kalau kiter tak keje ngan non-muslim..camner kiter nak curi ilmu dan
experience diorang? serupe lah kalau kiter kata..yang hang gi blaja kat
negara org putih tu wat per? (sure lebih terdedah kepada kejadian
salam-menyalam...friendly hug/kiss, etc) hehe
itu yang ana tanyer..hopefully ada yg leh kupas dengan hujjah2 yg best dan
meyakinkan..(bukannyer nak menghalalkan kes salam-menyalam ni..cume biler
nak terbuat tu..terpk2 lah..betul ke aku ni..isk2 tapi hopefully dijauhkan
lah..)pastu nak gak tahu JIKA ADA...keringanan dalam bab ni...itu sahaja...
belum lagi ana tanyer bab2 entertain client..bukan entertain pegi kelab
malam ke ape..cam g main golf..(ei tak sesuai nyer..) tapi biler kite dalam
corporate world..ade dua pilihan jer..tuk entertain client (kalau tak silap
ana la..) golf or night club..? so kalau ikut nak pilih tu..ape org kata tu?
pilih yg mudaratnyer kurang?ha lebih kurang gitulah..
wat i'm trying to do is ..i'm trying to share working environments ngan
korang..maybe some of u tak pernah dengar pun kes2 camni..atau selama ni dok
kutuk.."Datuk2 ni memang suker membazirkan duit negara..pergi main golf
sana -sini" but then the act is better than to entertain the clients at the
nite club...
so? pk dulu sebelum cakap..tak semua kedaan/situasi dalam hidup kiter atau
dalam hidup org lain memberikan kite peluang tuk mengamal kan islam secara
penuh.. sebab tu dalam islam ada hukum Fiqh..betul ker? yg berubah ikut
keadaan kiter..masa musafir,sakit etc..lepas itu kite kene fikirkan
kemaslahatan/keutamaan dalam setiap situasi..ana tak le reti sangat..tp tuk
korang yg ngaji bab2 agama ni..ana utara kan situasi..probably u guys can
come out with something that is very usefull to us..oops to me..yang jahil
ini...(ceh..ayat taubat...)
okes? so there r time when u have to do it..rite?


lg satu citer..ana baru jer balik..ada satu talk pasal ACCA..camner dak
engine leh jadi Chartered Accountant..oke ka? ni kire berubah bidang la ni..
so ana pun tanyer la..my background is EE..so leh ker wat CA..pastu depa pun
jawab..hang boleh jadi CA..tapi hang wat ler ACCA..bukan MICPA..pasal MICPA
ni kene org yang basic dia Acc gak..(MICPA,ACCA cam A-level ngan IB..jenis2
kelulusan..betulkan?)
pastu i tanyer la..ade ke org dah pernah buat? dia pun kate..ada..budak from
social science, art pun ade yg dah wat paper ni..cume kene attached ngan
auditing firm selama 3 years (at least..kalau tak fail lah..pasal ade org yg
amik 2,3..4 kali pun ade..)
wat auditing task ..pastu 5 days a weeek kerje..sabtu.. ahad kelas ACCA
kiter..pendek kata..selama 3 years tu takde cuti la gamak nyer...itu lah
challenge nyer..
pastu dak engine nih kene amik 14 papers within 3 years..hah tak ker susah
namanyer tu? budak Acc kene amik 5 papers jer tak silap..siap boleh pilih2
lagi paper ape yg nak diambil..tapi tuk dak engine..kene amik sumer..(tak
per..dak engine kan macho..)
talk yg dibuat di klcc tu..di anjurkan leh Petronas tuk petronas
scholar..dan disampaikan oleh Price waterhouse C..... atau PWC ( C tuk ape
yer?) and Earnst& Young (EY) ...pasal depa (Petronas) kata.. kat malaysia ni
sket gak ah CA..tapi engineeers dah melambak..tu yg dia try to convert us to
CA..but not everyone..they will go through our CV and select the best to be
attached with PWC and EY..okes?
saje je nak share..tuk sape2 yang "ana tak suka jadi engineer ni..tapi dah
JPA taja bab ni..ana ngaji je lah.." so u guys still have the chance to
change ur career...as long as u have the courage, interest, will and bla bla
bla..
till then..
-kakak kpd bibah-
sarah seth
batch4
ex-hira' (1988-1992)



Do you Yahoo!?
Free online calendar with sync to Outlook(TM).

_______________________________________________

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org


Do you Yahoo!?
Free online calendar with sync to Outlook(TM).

Kirim email ke