a'kum, sambungan dari email sis maryam.....ada sesiapa boleh kasi dalil/hadith sikit pasal ni (2 gerhana sbg tanda2 besar) ?? ----------------------------------------------------------------------------------------------------- Kawan2 :
Ini saya dapat dari seorang rakan berkenaan e-mail pagi tadi yg bercerita tentang kelahiran Imam Mahadi (refer bottom). Terima kasih kepadanya kiranya betul apa yg diulas. Semoga menjadi ikhtibar kepada kita semua. Maklumat terperinci yg saya perolehi berhubung isu ini. Bukti atau tanda kemunculan orang besar Tuhan ini telah lama diwar-warkan cuma kebanyakan daripada kita yang tidak ambil pusing dan memperdulikannya.Malah sebilangan besar ulama' - ulama' yang berfahaman Wahabi ataupun yang mendapat didikan atau ilmu Islam daripada orang Barat menolaknya mentah-mentah kerana pada anggapan mereka ini semua adalah mitos ataupun dongengan semata-mata. Rujukan yang dipaparkan di dalam kenyataan yang diberikan bersumberkan daripada Syiah, Bahai , Saintis , dan lain-lain lagi . Bermakna daripada sudut untuk memahamkan kita semua adalah kurang bertepatan sebagaimana yang sepatutnya kita buat. Baiklah kita tidak usah ambil pusing hal orang yang tidak mempercayai dan meyakininya. Kita ambil jalan yang lebih positif iaitu menyambut kehadhiran orang besar Tuhan ini dengan membua persediaan awal. Sebagaimana Amerika dan Britain (Yahudi & Nasara) yang sedang menggila untuk mengganyang orang-orang yang dipanggil sebagai terrorist, hakikatnya mereka sudah tahu "Messiah" atau penyelamat ini sudah hampir tiba sangat, maka atas dasar itu mereka juga membuat persediaan sebagaimana lazim sepasang suami isteri menyambut kelahiran cahaya mata. Yahudi , Nasara , Bahai , Hindu , Syiah , Budha punya kepercayaan masing-masing tentang orang "Besar" mereka yang akan lahir. Tapi kita sebagai orang Islam yang cintakan kebenaran & keadilan pasti kita juga menantikan kelahiran orang "Besar" Tuhan yang telah dijanjikan. Sebagaimana isyarat yang telah diberitahu melalui lidah Rasul bahawa yang bakal lahir adalah Imam Mahadi yang mana ciri-cirinya diceritakan dengan sepenuhnya melalui kita "Mukasyafatul Kubra " ( Alamat Besar ) & Jamius Saghir karangan Al-Imam As-Sayuti pada kurun ke 700 hijriah dahulu. Bermula dengan namanya sebagaimana nama Nabi kita dan ber bin kan sebagaimana Nabi kita, terdapat tanda-tanda yang ada pada tubuh badannya yang ia adalah Imam Mahadi. Dan sebagaimana yang kita dah diberitahu bahawa saintis di Vienna pun sudah meramalkan daripada perkiraan mereka akan berlaku 2 gerhana di dalam bulan Ramadhan. Itu baru satu alamat besar , bagaimana pula dengan alamat-alamat yang lain yang sudah berlaku di hadapan mata kita. Cuma kerana kita ni dah pekat sangat sekularnya tak terasa oleh kita akan kejadian yang berlaku di hadapan mata kita sebagai peringatan daripada Tuhan bahawa "wakilnya" akan tiba tak lama lagi. Akan memerangi penzaliman , akan membawa cahaya, akan menegakkan keadilan dan melebarkan kasih-sayang kepada semua manusia. Amerika & Britain sudah menghidunya lama dahulu , namun kerana ada beberapa perkara yang di "rahsia" kan oleh Allah daripada musuh-musuhnya , maka mereka ini "Amerika & Britain" tercari-cari siapakah dia orang tersebut. Mereka tahu mereka tidak boleh menghalang apa yang telah ditentukan,tetapi mereka mahu melambat-lambatkannya . Sebab itu habis diredahnya negara-negara Islam yang dianggap sebagai tempat lahirnya orang besar Tuhan ini tetapi kerana Allah Maha Tinggi tipudayanya , apabila Saddam dianggap sebagai orang besar Tuhan itu , kerana cuba menyatukan negara-negara Arab dan menolak pengaruh Amerika dibawah naungan atau nama Pan-Arabia , hakikatnya Saddam hanyalah seorang yang berfahaman sosialis yang satu-satunya pemimpin Arab yang berani melawan Amerika secara terang-terangan. Namun anggapan mereka meleset sama sekali kerana Saddam bukanlah orangnya , maka sekarang mereka telah mula menoleh ke sebelah sini . Disakatnya Megawati untuk serang Aceh, maka melatahlah Megawati kerana takutkan Amerika. Ketahuilah , apabila musuh Tuhan ini Yahudi & Nasara nampak ada sahaja kumpulan atau jemaah Islam yang lain dari yang lain, yang tidak mengikut "sistem" mereka, maka itulah sasaran mereka seterusnya sehingga berlalulah tahun 1425 hijriah barulah mereka akan rasa "lega". Jemaah atau kumpulan yang mereka cari-cari ini ialah mereka yang cuba menghidupkan kaedah atau sistem sebagaimana pada zaman Rasul dan para sahabat. Ada ekonomi, ada kebudayaan, ada pendidikan, ada kesihatan, ada kebajikan, ada pembangunan, ada da'wah & tarbiah , pokoknya segala aspek kehidupan diasaskan daripada Al-Quran & Hadith , maka inilah yang paling ditakuti oleh mereka. Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ben Gurion b! ekas PM Israel yang terlibat di dalam perang dengan negara-negara Arab dahulu setelah Israel menakluki Baitul Muqaddis , " Aku tidak takutkan kabilah-kabilah Arab yang datang untuk berperang dengan kita , tetapi aku takutkan Muhammad,Muhammad , Muhammad yang kedua yang lahir selepas ini", bermakna beliautakut peribadi - peribadi yang menyerupai Nabi Muhammad yang bermula daripada seorang tetapi akhirnya 3/4 dunia terjelapak jatuh di tangan Islam. Ini yang mereka takutkan dan sedang mereka cari-cari. Namun perlu diketahui bahawa Imam Mahdi yang bakal lahir ini bukannya baru nak lahir macam bayi kecil. Dia sudah ada , cuma menanti masa untuk mengisytiharkan dirinya di atas mimbar di Masjidil Haram , setelah 2 orang khatib / Imam di Masjidil Haram terpaksa turun , samada mati dibunuh atau berdarah pada tubuh atau pakaian mereka , Allah jualah yang mengetahui , dan yang ketiga itulah dia Imam Mahdi. Dia mempunyai orang yang paling kanan yang kini sedang menyediakan tapak kepada sebuah empayar untuk diserahkan kepada Imam Mahdi, itulah dia Putera Bani Tamim yang merupakan salah seorang wazir-wazir kepada Imamul Mahdi. Maka Putera Bani Tamim ini juga ada> pembantu yang bernama Putera Bani Hasyim dan juga Harith Al-Harath yang akan menunjukkan jalan kepada Imamul Mahdi ketika beliau dikejar oleh puak-puak Wahabi. Inilah serba sedikit yang boleh dimaklumkan kerana keadaan sekarang ini adalah tegang sekali dan banyak mata-mata musuh yang sedang mengintai-intai disebelah sini antaranya Goh Chok Tong & Aroyo. Kedua-duanya adalah talibarut Yahudi & juga Nasara. Kalau kita kurang berhati-hati tak mustahil Malaysia akan jadi Iraq yang kedua. Pokoknya yang ingin disampaikan di sini persediaan kita sebagai umat Islam untuk menyambut kedatangan orang Besar Tuhan ini . Hanya "wait & see "sahajakah , atau buat tak tahu sahaja. Tepuk dada tanya iman di hati. Kalau kita masih lagi belum teruk dirosakkan oleh sekular dan fahaman-fahaman lain, InsyaAllah kita akan nampak jalannya, sekiranya tidak banyakkan bertaubat dengan Tuhan kerana khuatir hati kita telah menebal hijabnya dengan Tuhan. Ingatlah ketika lahirnya Imam Mahdi hanya ada 2 golongan ya'ani yang haq d an yang bathil. Yang haq itu adalah Imamul Mahdi & Para-para pembantunya,para-para Ikhwan, Para-para asoib & pembantu kepada asoib. Selebihnya adalah pengikut dajjal laknatullah. Kalau nak detailkan lagi takut tak ada ruang dan masa nak tulis. Cuma kalau nak tahu lebih lanjut lagi secara peribadi bolehlah e-mail kepada saya. Sekian Wabihi Wallahua'lam. --------------------------------------------------------------------- _______________________________________________ Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian. Alumni Sekolah Islam Hira' http://www.alumni-hira.org http://berita.alumni-hira.org
