-Assalamu'alaikum....
sekadar penghibur lara, pengurang kecewa, pembuah
ketawa.....

Di sini orang bertanya 
Di sana orang menyoal 
Tak kira teman mahu kenalan 
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan 
Begitulah nasib orang bujang 
Tak kira lelaki mahupun perempuan 

Bila nak kawin??? 
Keluarga pun dah mula risau 
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak 
Si dara. ayah takut bergelar andalusia 

Bila nak kawin??? 
Jiran turut sama menumpang tanya 
Bila dijawab jodoh belum ada 
Kata mereka, kita kenalah usaha 
Mandi bunga salah satu caranya 
Tak pun mandi ais boleh dicuba(he..he..ni cadangan
pelik kawan saya) 

Bila nak kawin??? 
Aduuuhh.aku disoal lagi 
Kawin??? Nak kawin dengan sapa? 
Calon pun takde. 
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya 
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata 

Bila nak kawin??? 
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa) 
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam

Atau semudah membeli VCD cetak rompak 
Atau sesenang memakan twisties.. 

Bila nak kawin??? 
Aaahhh.sungguh aku bosan 
Banyak yang lain boleh jadi persoalan 
Kenapa asyik itu yang dihadapkan 
Apa kita nak heran 
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan. 

Bila nak kawin??? 
Pada yang masih bujang 
Biarkanlah mereka terus bertanya 
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya
sampai bebila..) 
Kalau ada jodoh. 
Insya-Allah takkan ke mana. 

Bila nak kawin??? 
Pada yang asyik menanya 
Usah dirisaukan jodoh orang 
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang 
Lain orang lain rezekinya 
Syukurlah dengan apa yang kita ada." 

__________________________________
Do you Yahoo!?
SBC Yahoo! DSL - Now only $29.95 per month!
http://sbc.yahoo.com
_______________________________________________

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar 
Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org

Kirim email ke