|
Assalamu'alaikum...
Ikhwah dan akhawat yg dikasihi..
Sedikit teguran kepada bahan2/email yang di forward
kan ke ML kita nie...
Kepada pengirim :-
1. Pastikan ianya sesuai dengan tuntutan dan ajaran
agama kita Islam.
- Sebab ada sesetengah email tuh kelihatan OK tp
sebenarnya ada beberapa fakta/info yang agak bertentangan dengan prinsip kita
sebagai seorang muslim. Sebab kalau nak dapat perkara2 nie kita leh dpt dgn
mudah melalui media masa (ghazwul fikri)... jadi diharap di sini kita kurang kan
laaa... atau pun pastikan ianya di tapis dulu...
2. Pastikan kesahihan maklumat yang hendak di
forward...
- Email yg kita forward tuh boleh jadi serampang 2
mata.. kalau ianya baik, benar dan sahih... insyaAllah kita dapat pahalanya...
tp kalau sebaliknya...... (tau sendiri)
3. Jika rasa nak jg forward email yg rasa macam ok
tapi kurang pasti kesahihan dan ok tak oknya..;)... harap tulis di bahagian atas
email tuh apa-apa kenyataan yang meminta kepada pembaca menilai email
tersebut... seperti "email di bawah diterima daripada rakan baik saya... sila
baca dan nilai sendiri.. jika terdapat sebarang kesilapan sila
maklumkan"
Kepada pembaca :
1. Bukala mailbox tuh... nie ada yang berbulan2 x
buka sampai penuh... ;)
2. Pastikan anda tidak menerima bulat2
sebarang email terutamanya yang diforward... Jadilah seorang yang
kritis...
- Jika rasa ada yang x betul bagi la tau.. jgn dok
senyap jer... Paling kurang kalau x tau maklumat yang betul utk diperbetulkan...
maklumkan bahawa kandungan email tersebut ada yg x kena supaya dapat
diperhatikan oleh penerima yang lain...
3. Anda merupakan peng 'forward' email yg
berpotensi :) jd berhati2 sebelum tekan butang send
Jadi 3 nasihat utk pengirim (fwd) email dan 3
utk pembaca. Yang baik itu datangnya drpd Allah swt dan segala kekurangan itu
datangnya daripada diri ana sendiri.. Wallahu a'lam bissawob!
Akhukum,
M. Ameen (Kota Bharu)
|
- [Alumni Hira] why worry..i got the right version sarah seth
- M. Ameen
