Assalamualaikum,
Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam
samada
melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan 'AKUM'.
Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam solawat kepada Nabi dengan
hanya
menulis 'S.A.W' dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis 'S.W.T'
maka
kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci
iaitu
Assalamualaikum diringkaskan menjadi 'AKUM'.
Dalam hukum feqah, tulisan yang tertera 'Assalamualaikum' adalah wajib
dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms
kerana
ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab. Manakala
tulisan
'AKUM' tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa..
Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan
keaslian salam
pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi AKUM.
Sekian, terima kasih
Do you Yahoo!?
Exclusive Video Premiere - Britney Spears
