Assalaamu'alaikum warahmatulLahi wabarakaatuh

AlhamduliLlah, syukur tak terhingga kita panjatkan, masih ada nafas untuk bertemu..semoga antum, ikhwah akhawat fiLlah sentiasa dinaungi kasih-sayang dan petunjuk dariNya, ameen.

201203 Program Alumni bersama Batch 9

Program ini bertujuan mewujudkan landasan hubungan antara Alumni dengan ikhwah akhawat batch 9. AlhamduliLlah lebih kurang 30 org hadir utk program ringkas ini yang diadakan di Masjid Negeri Shah Alam. Di bawah kendalian Akh Radzlan dan AJK Alumni lain (ukht Faizah,Aisyah,Nurulhuda dan akh Radziq),sesi taaruf,games,pengenalan alumni dan perkongsian pengalaman telah diadakan. JazakumuLlahu khairan kathira pada akh Hafez & Rizuddin,serta ukht Huda,Nuha and Sri Wahyu untuk input yang bermanfaat dan bersemangat(tentang kehidupan dan Alumni).

Kepada ikhwah akhawat Batch 9, selamat datang kami ucapkan, moga dapat sama-sama meneruskan kesinambungan tarbiyyah rabbani.  

201203 Majlis Raya Alumni

Selepas Zohor, ajk bersiap sedia menyedia dan mengatur hidangan untuk majlis raya, dengan bantuan batch 9. lama juga menunggu untuk makan, perut dah lapar sangat, pagi makan roti canai sekeping je, mana cukup? ;) Lebih kurang jam 3.00pm baru dapat makan betul-betul, masa tu dah ada yang balik, sebab nak ke open house lain pula.Walaupun kehadiran tak ramai, tapi alhamduliLlah, meriah juga,masa inilah nak bertukar-tukar cerita tentang perkembangan batch masing-masing,disusuli pula dengan makluman jemputan-jemputan lain.

211203 Selamat Pengantin Baru!

BarakaLlahu lakuma wa jama'a bainakuma fi khair buat ikhwah akhawat yang meraikan hari menjadi pengantin baru, mahupun mengadakan majlis kesyukuran atas pernikahan yang telah termeterai.

Batch 1 : Nurul Iman Dzulkefly

Batch 2: Naimah Zaini, Refaat Mohd Rosli

Batch 3: Hanif Abd Fatah

Batch 4: Fadilah Shamsudin

Ada yang tertinggal? sila maklumkan ke ml ini :)

Moga tautan-tautan ukhuwwah yang dibina, walau sepintas lalu, walau sekejap cuma..lestari selamanya dipupuk dengan keikhlasan dan akhlaq islamiyyah yang hakiki, ameen. ALlahua'lam.

Wassalam.

-Hafsa Mahmud- Timbalan Presiden Alumni Hira' 2002-2004



MSN 8 helps ELIMINATE E-MAIL VIRUSES. Get 2 months FREE*. _______________________________________________ Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian. Alumni Sekolah Islam Hira' http://www.alumni-hira.org http://berita.alumni-hira.org

Kirim email ke