Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
 
Perkara : Pengumuman Khas Jawatankuasa Pilihanraya Alumni Hira' (JPRA) 2004
 
Muqaddimah
Jawatankuasa Pilihanraya Alumni Hira' (JPRA) adalah sebuah badan khas yang dilantik oleh MKT Alumni Hira' bagi mengendalikan proses pilihanraya Alumni Hira'. Pilihanraya kali ini adalah bertujuan memilih 5 orang yang akan menganggotai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi penggal 2004 - 2006.
 
Tujuan
1. Jawatankuasa Piliharaya Alumni Hira' 2004 (JPRA 2004) ditubuhkan bagi mengendalikan proses pemilihan MKT bagi penggal 2004-2006 Alumni Hira'.
2. Menentukan prosedur dan peraturan yang patut dipatuhi oleh setiap ahli yang ingin mencalon, dicalon dan membuang undi.
3. Mengendalikan proses pembuangan undi pada hari yang ditentukan.
4. Memastikan proses pilihanraya dijalankan secara telus, adil dan saksama.
5. Menjadi tempat rujukan dalam apa jua persoalan berkaitan pilihanraya Alumni Hira'
 
Ahli JPRA 2004
1. Md. Saiful Jamsyir Md. Hakim - pengerusi
2. Ubaida Othman - ahli
3. Ahmad Zuwairi Che Ramli - ahli
4. Aishah Mohamad Amin - ahli
 
Proses pilihanraya Alumni Hira' 2004 adalah seperti berikut :
1. Pencalonan
2. Senarai awal 10 calon mendapat pencalonan tertinggi
3. Rayuan dan bantahan pencalonan.
4. Senarai akhir 10 calon yang layak diundi pada hari pembuangan undi.
5. Kempen
6. Pembuangan undi.
7. Makluman keputusan.
 
A. Pencalonan
 
Peraturan :
1. Pencalonan akan bermula pada 8 Mac 2004 (Isnin) sehingga  21 Mac 2004 (Ahad)
2. Setiap ahli Alumni Hira' dibenar mencalonkan 5 orang sahaja.
3. Setiap ahli hanya dibenarkan membuat pencalonan sekali sahaja.
4. Pencalonan yang telah dibuat boleh dibatalkan atau dipinda dengan memaklumkan kepada JPRA 2004.
5. Kombinasi calon sebaik-baiknya 3 lelaki 2 perempuan atau 2 lelaki 3 perempuan.
6. Semua ahli alumni yang berdaftar layak dicalonkan kecuali ahli alumni dari batch terbaru (SPM 2003) dan ahli JPRA 2004 seperti yang tertera di atas.
 
Cara pencalonan :
1. Pencalonan boleh dilakukan samada melalui laman web jpra 2004 atau email.
2. Alamat laman web http://jpra2004.alumni-hira.org.
3. Pencalonan melalui email hendaklah dihantar ke alamat [EMAIL PROTECTED]
4. Format pencalonan melalui email :
        - Nama ahli yang mencalon :
        - No Keahlian atau No Kad Pengenalan :
 
        - Senarai 5 (lima) calon beserta batch atau no keahlian :
 
5. Cara-cara lain akan dibenarkan dengan permohonan dan keizinan khas dari JPRA 2004.
 
B. Penyenaraian awal 10 calon tertinggi
1. 10 nama calon yang mendapat pencalonan tertinggi akan diumumkan di media rasmi persatuan (Mailing List dan website http://berita.alumni-hira.org) pada 22 Mac 2004.
2. Kesemua 10 calon ini akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak JPRA 2004.
 
C. Bantahan dan Rayuan
1. Mana-mana 10 calon tertinggi yang hendak menarik diri hendaklah mengemukakan alasan rasmi untuk dipertimbangkan oleh JPRA 2004.
2. Mana-mana ahli yang ingin membantah mana-mana 10 calon tertinggi boleh membuat bantahan rasmi kepada JPRA 2004 beserta bayaran RM10.
3. Mana-mana calon yang gagal untuk terpilih sebagai 10 calon tertinggi juga boleh membuat rayuan rasmi kepada JPRA 2004 beserta bayaran RM10.
4. Kesemua bantahan dan rayuan hendaklah sampai kepada JPRA 2004 selewat-lewatnya pada jam 5 petang 24 Mac 2004 (Rabu).
5. Segala keputusan JPRA 2004 adalah muktamad.
 
D. Senarai akhir 10 calon yang layak diundi
1. Senarai 10 calon akan diumumkan melalui media rasmi persatuan pada 25 Mac 2004 (Khamis).
 
E. Kempen
1. Kempen boleh dilakukan bermula tarikh pencalonan sehingga sebelum proses pembuangan undi bermula.
2. Kempen hendaklah dilakukan dengan mematuhi adab-adab Islam.
3. Sebarang kempen yang didapati melanggar tatasusila dan adab-adab Islam akan diambil tindakan tatatertib.
 
F. Pembuangan undi
1. Hari pembuangan undi adalah pada Hari Mesyuarat Agung Alumni Hira'
2. Hanya senarai akhir 10 calon yang dikeluarkan oleh JPRA 2004 layak untuk diundi pada hari pembuangan undi
3. Ketidakhadiran calon pada hari pembuangan undi tidak membatalkan kelayakannya untuk diundi.
3. Hanya 5 orang calon sahaja akan diundi semasa pembuangan undi.
4. Prosedur penuh pembuangan undi akan dimaklumkan oleh JPRA selewat-lewatnya sebelum pembuangan undi dilakukan.
 
F. Makluman Keputusan
1. Keputusan pembuangan undi akan dimaklumkan sejurus selepas pengiraan selesai dilakukan selewat-lewatnya sebelum Mesyuarat Agung Alumni Hira' berakhir.
3. Lima (5) calon yang mendapat undian tertinggi akan menganggotai Majlis Kerja Tertinggi Alumni Hira' bagi penggal 2004-2006.
2. Keputusan adalah muktamad.
 
 
Perhatian :
1. Laman Web JPRA masih di dalam pembinaan.
2. Pengundian melalui SMS hanya akan diberikan dengan permohonan dan izin khas terutama kepada mereka yang tidak dapat hadir pada hari pengundian kerana berada di luar Lembah Klang atau luarnegara.
3. Senarai penuh ahli untuk rujukan boleh diperolehi di Laman Web JPRA 2004.
 
Segala yang tertera adalah diterima pakai sehingga dipinda oleh JPRA 2004. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa di media rasmi persatuan.
 
Segala kemusykilan dan pertanyaan sila emailkan ke [EMAIL PROTECTED]
 
 
Bagi pihak,
 
MD. SAIFUL JAMSYIR B. MD. HAKIM
Pengerusi JPRA 2004

Kirim email ke