|
Assalamu'alaikum warahmatullah
JPRA 2004 ingin menyeru kepada semua ahli Alumni
Hira' supaya membuat pencalonan dengan memilih 5 calon yang
difikirkan layak bagi menerajui Majlis Kerja Tertinggi Penggal
2004-2006.
Pencalonan
Peraturan :
1. Pencalonan akan bermula pada 8 Mac
2004 (Isnin) sehingga 21 Mac 2004 (Ahad)
2. Setiap ahli Alumni Hira' dibenar mencalonkan 5
orang sahaja.
3. Setiap ahli hanya dibenarkan membuat pencalonan
sekali sahaja.
4. Pencalonan yang telah dibuat boleh dibatalkan
atau dipinda dengan memaklumkan kepada JPRA 2004.
5. Kombinasi calon sebaik-baiknya 3 lelaki 2
perempuan atau 2 lelaki 3 perempuan.
6. Semua ahli alumni yang berdaftar layak
dicalonkan kecuali ahli alumni dari batch terbaru (SPM
2003) dan ahli JPRA 2004 seperti yang tertera di atas.
Cara pencalonan :
1. Pencalonan boleh dilakukan samada melalui laman
web jpra 2004 atau email.
2. Alamat laman web http://jpra2004.alumni-hira.org.
3. Pencalonan melalui email hendaklah dihantar ke
alamat [EMAIL PROTECTED]
4. Format pencalonan melalui email
:
- Nama
ahli yang mencalon :
- No Keahlian
atau No Kad Pengenalan :
-
Senarai 5 (lima) calon beserta batch atau no keahlian
:
5. Cara-cara lain akan dibenarkan dengan permohonan
dan keizinan khas dari JPRA 2004.
Pihak JPRA 2004 memohon maaf kerana website JPRA 2004 masih tidak dapat
digunakan lagi buat masa ini. InsyaAllah usaha-usaha sedang dilakukan bagi
mempercepatkan pembikinannya.
Maklumat berkenaan pilihanraya Alumni Hira' 2004 boleh juga diperolehi di
http://berita.alumni-hira.org
JPRA 2004 juga memohon kepada semua wakil-wakil batch yang dilantik bagi
AGM 2004 ini dan ahli-ahli alumni supaya segera mewar-warkan perkara ini kepada
semua.
Sekian terima kasih |
