kepada semua yang sudah daftar mengundi.. jemput2 lah mengundi.. kepada sesiapa yang tak mampu mengundi.. jemput2lah berkempen.. kepada semua.. jemputlah pergi agm (walaupun saya tak pernah pergi.. ;p) kepada semua.. jemputlah jalankan kewajipan kita. (21/03/04) & (28/03/04) saper2 yang ada kenduri masa aritu.. boleh ker kiter guna undi pos??? -----Original Message----- MENGUNDI SERUPA DENGAN MEMBERI KESAKSIAN Pandangan Sheikh Yusof al-Qardawi Mengenai Undi Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud, "Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah." Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud, "Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil." "Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya." (al-Baqarah: 283) [Dipetik daripada tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi berjudul "Fiqh Daulah"] |
**Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA.Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati.**
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - More reliable, more storage, less spam
