Asalamu'alaikum warahmatullah
 
PILIHANRAYA ALUMNI HIRA' 2004
 
MAKLUMAN CALON-CALON MKT ALUMNI-HIRA 2004-2006
 
Berikut adalah senarai akhir calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya Alumni Hira' 2004 bagi pemilihan Majlis Kerja Tertinggi Alumni Hira sesi 2004-2006
 
1 Ahmad Zulhilmi B. Mohd Ziyadi 
2 Faizah Bt. Muhammad 
3 Imran B. Jamalul-Lail 
4 Mohd. Aizzat B. Mohd. Ghazali 
5 Muhammad Ameen B. Kamaruzaman 
6 Noor Habibah Bt. Rosli 
7 Nur Nuha Bt. Mohd. Yusuff 
8 Ruqaiyah Bt. Morhalim  
9 Siti Sarah Bt. Mohd Sufian 
10 Suhaila Bt. Amiruddin 
Keputusan Bantahan
Sebanyak empat bantahan telah diserahkan kepada JPRA. Tetapi hanya satu sahaja yang diterima bantahannya iaitu Nour El-Huda Abd Rahim.
 
Oleh itu Siti Sarah Mohd Sufian telah dinaikkan sebagai pengganti kerana berkedudukan ke - 11 pada senarai asal calon terbanyak menerima pencalonan.
 
 
Pembuangan undi
1. Hari pembuangan undi adalah pada Hari Mesyuarat Agung Alumni Hira'
2. Hanya senarai akhir 10 calon yang dikeluarkan oleh JPRA 2004 layak untuk diundi pada hari pembuangan undi
3. Ketidakhadiran calon pada hari pembuangan undi tidak membatalkan kelayakannya untuk diundi.
4. Hanya 5 orang calon sahaja akan diundi semasa pembuangan undi.
5. Prosedur penuh pembuangan undi akan dimaklumkan oleh JPRA selewat-lewatnya sebelum pembuangan undi dilakukan.

Makluman Keputusan
1. Keputusan pembuangan undi akan dimaklumkan sejurus selepas pengiraan selesai dilakukan selewat-lewatnya sebelum Mesyuarat Agung Alumni Hira' berakhir.
2. Lima (5) calon yang mendapat undian tertinggi akan menganggotai Majlis Kerja Tertinggi Alumni Hira' bagi penggal 2004-2006.
3. Keputusan adalah muktamad.
Ahli Yang Layak Membuang Undi
1. Ahli lama yang telah mendapat no keahlian :
- Nama mereka akan disahkan melalui database
 
2. Belum berdaftar atau tidak mendapat no. keahlian. :
- Nama mereka akan disahkan melalui pendaftaran pada hari AGM nanti. Satu senarai nama tambahan akan dikeluarkan.
 
JPRA mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon yang terpilih. Kepada semua ahli Alumni Hira' sila hadirkan diri anda untuk menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah. Undi anda menentukan masa depan Alumni Hira'
 
 
Wassalam
 
JPRA 2004
 
 
 

Kirim email ke