Note: forwarded message attached.
 
khusus buat ahli alumni yg sedang deras bernikah  moga sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengajaran dlm melayari bahtera rumah tangga bersama...mabrukk!!! keluarga yg terbina dari asas2 iman yg kukuh akan banyak mencorak dan mewarnai akhlak dan syahsiah anak2..."anak2 ibarat kain putih, ibu dan bapanya lah yg akan mencorakkan mereka." bukankah air sungai yg jernih mengalir dari hulunya yg suci bersih?


Do you Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - File online by April 15th
--- Begin Message ---
Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Aisyah

Muhammad Isa al-Jambuli

SAIYIDATUNA 'Aisyah r.'a meriwayatkan : Rasulullah s.a.w (mafhumnya), "Hai
Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingati
wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama
engkau mengingati wasiatku ini..."

Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai,
Aisyah, pilaharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar
daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.
Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a)   tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) -
apabila dibalakan tidak             bersabar;

(b)   tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya - apabila dikurniakan
nikmat dan rahmat tidak             bersyukur;

(c)   mengkufurkan nikmat;

(d)   membanyakkan kata-kata yang sia-sia;

Wahai, Aisyah, ketahuilah :

(a)   bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang
diberikan oleh suaminya akan  digugurkan oleh Allah Taala amalannya;

(b)   bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada
hari kiamat, Allah            menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan
dibelitkan di tengkuknya;

(c)   bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan
buruk terhadap suaminya),     Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya
pada hari kiamat;

(d)   bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suami- nya (yang harus /
halal) di tempat tidur atau   menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti
suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam,
matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka;

(e)   bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya
tetapi tidak untuk suaminya,  akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya;

(f)   bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar
mukanya atau            mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan
ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut dan
tiada harapan mendapat kebajikan syufaat daripada sesiapa pun;

(g)   bahawa wanita yang berzina akan diderakan di hadapan segala makhluk
di hadapan neraka pada hari   kiamat - tiap-tiap perbuatan zina dengan
depalan puluh cemeti daripada api;

(h)   bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahla seperti
berpuasa pada siang harinya dan     mengerjakan qiamul-lail pada malamnya
serta pahala berjuang fi sabilillah;

(i)   bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang
dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga
pahalanya setiap kali menyusukan anaknya;

(j)   bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti
suaminya, maka samalah dengan       titik-titik darah dalam perjuangan fi
sabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat
kepada Allah).

Wallahu a'lam.


"Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini kami & kamu mengikuti jejak langkah
kami & kamu bersama kami di atas jalan Islam yg murni ini, kamu tinggalkan
segala fikrah kecuali fikrah Islam & kamu wakafkan segala tenaga & usaha
kamu utk 'aqidah yg kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan
kebaikan utkmu di dunia dan di akhirat. Allah akan membuktikan kepadamu apa
yang telah dibuktikan kpd generasi Islam yg pertama dahulu. Setiap org yg
bekerja dgn penuh ikhlas &; setia dlm medan da'wah ini akan mendapati
sesuatu yg mengisi hemah & cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yg
mengisi segala daya & tenaga yg ada pdnya. Tetapi sekiranya kamu enggan &
memilih sikap serba salah & tidak jelas, terumbang-ambing di antara seruan2
& kefahaman yg mengecewakan & menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam
& tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan
sama ada sedikit ataupun ramai sebagaimana firman Allah dlm Surah
Ali-Imran:126, "Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah yg Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.























--- End Message ---

Kirim email ke