Note: forwarded message attached.
 
---------------------------------
Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives. Check it out.
--- Begin Message ---

Note: forwarded message attached.
 
---------------------------------
Now that's room service! Choose from over 150,000 hotels 
in 45,000 destinations on Yahoo! Travel to find your fit.
--- Begin Message ---



From: <[EMAIL PROTECTED]>
To: hafiz wahab <[EMAIL PROTECTED]>, sarah siti <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], mulan ahmad <[EMAIL PROTECTED]>, nor asmah <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
Subject: Fwd: FW:  "10 AMALAN YANG TERBALIK"
Date: Thu, 5 Apr 2007 20:49:05 -0700 (PDT)



Note: forwarded message attached.

---------------------------------
Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives. Check it out.

_________________________________________________________________
Get your ringtones, operator logos and picture messages from MSN Mobile. http://msn.smsfactory.no/
--- Begin Message ---
 
 
"10 AMALAN YANG TERBALIK"
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang
dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam? 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik
kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah
ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa
riak. 

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di
bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan
kita? 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? 
Atau kita mempunyai tujuan lain. ?? 
 
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.
Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan
tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu
pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00
sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik
amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca
Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan,
tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah
peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta
tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan
rumahtangga kurang bahagia. 
11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk
jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut
tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah
sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??..... 
 
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup
kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah
mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang
menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah
dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
 
  _____  

Internal Virus Database is out-of-date.
Checked by AVG Free Edition.
Version: 7.5.446 / Virus Database: 268.18.3/696 - Release Date:
21/Feb/07 3:19 PM

--- End Message ---

--- End Message ---

--- End Message ---
_______________________________________________
Hira mailing list
http://alumni-hira.org

Kirim email ke