Note: forwarded message attached.
       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.
--- Begin Message ---
        dear all, fyi  malaysiakini 3 mei 07 Ulu Yam Selangor
   
  laporan dari
  http://www.malaysiakini.com/news/66740
   
  Jais beri Marimuthu hak penjagaan anak-anaknya 
            Kuek Ser Kuang Keng
May 3, 07 12:03pm  Saiz Huruf:             Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) 
pagi ini bersetuju memberi seorang penoreh getah, P Marimuthu, hak penjagaan 
tujuh orang anaknya dan membesarkan mereka mengikut agama Hindu. 

Bagaimanapun, isterinya, Raimah Bibi Noordin, seorang Islam, tidak dibenarkan 
tinggal bersama suaminya itu yang beragama Hindu, dan akan terus ditempatkan di 
pusat pemulihan akidah Jais. 

Raimah, bagaimanapun, akan dibenarkan bertemu dengan anak-anaknya itu. 

Persetujuan itu dicapai antara Marimuthu dan Jais di Mahkamah Tinggi Shah Alam 
pagi ini. 

Sebelum itu, Marimuthu, 44, telah menarik balik permohonan Habeas Corpus untuk 
membebaskan isteri dan enam orang anaknya daripada pusat pemulihan akidah Jais 
itu. 
  Peguamnya, Karpal Singah memaklumkan kepada Hakim Su Geok Yiam bahawa 
permohonan habeas corpus itu ditarik balik kerana penyelesaian telah dicapai 
ekoran afidavit Raimah bahawa dia seorang Islam. 

Dalam afidavit tersebut, Raimah bersetuju anak-anaknya diserahkan kepada bapa 
mereka dan dibesarkan mengikut agama Hindu. Raimah hadir di mahkamah dan 
mengesahkan persetujuannya itu kepada hakim.

Dalam afidavitnya, Marimuthu berkata, beliau dan isterinya beragama Hindu, dan 
anak-anak mereka juga dibesarkan mengikut agama Hindu. 

Pada 2 April lalu, tujuh pegawai Jais datang ke rumah mereka di Kampung Baru 
Tambahan Ulu Yam. 

Mereka memberitahu Marimuthu bahawa isterinya yang dikahwininya sejak 27 tahun 
lalu, Raimah Bibi, adalah seorang Islam. 

Oleh itu, mereka memberitahu beliau bahawa isterinya berserta anak-anaknya – 
yang berusia empat hingga 12 tahun – mesti tempatkan di pusat pemulihan akidah 
Jais. 

Pada masa ini, anak lelaki sulung mereka tiada di rumah kerana tinggal bersama 
bapa saudaranya. 

Berkahwin di kuil

Marimuthu sebelum ini mendakwa, seorang ustaz telah memberitahunya supaya 
memeluk Islam atau akan didakwa kerana berkhalwat dengan Raimah, 40. 

Raimah, yang pulang membantunya menoreh getah dua hari kemudiannya, memberitahu 
Marimuthu bahawa Jais menempatkan mereka di Kampung Melayu Liga Emas dekat 
situ. 

Marimuthu juga tidak tahu sama ada isterinya mengamalkan ajaran Islam sebelum 
mereka berkahwin. Tetapi, katanya, selepas berkahwin, mereka berdua mengamalkan 
ajaran Hindu. 

“Kami melangsung perkahwinan di kuil mengikut upacara Hindu. Semua anak-anak 
kami dibesarkan mengikut ajaran Hindu,” katanya. 

Beliau berkata, Raimah, yang menjadi anak angkat sebuah keluarga India Muslim, 
tidak ingat ibu angkatanya tetapi berkata bapa angkatnya telah merestui 
perhubungan mereka. 
  Sementara itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang menyifatkan penyelesaian 
tersebut ‘bukanlah sesuatu yang menggembirakan kerana masih wujud banyak lagi 
isu-isu yang boleh menimbulkan masalah pada masa depan’. 

“Ia sesuatu yang menyedihkan dan tragis apabila pasangan yang hidup gembira 
selama 21 tahun dan dikurniakan tujuh orang anak, telah terpisah kerana faktor 
agama, sedangkan kehidupan keluarga dan kasih sayang sepatutnya menjadi perkara 
terpenting dalam semua agama,” tambahnya


       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

--- End Message ---
_______________________________________________
Hira mailing list
http://alumni-hira.org

Kirim email ke