Pengenalan 
Cuti sekolah sudah hampir tiba! Bagaimana anak-anak anda menghabiskan masa kali 
ini? 


Kem Anak Soleh adalah satu kem 5 hari yang diadakan secara dua sesi iaitu pada 
minggu pertama dan minggu kedua cuti sekolah kali ini. Kem ini dirangka dengan 
tujuan: 

· membantu anak-anak kecil memperbagus bacaan al-Quran. 
· memberikan pendedahan praktikal Solat, Sirah Nabi dan Akhlaq Muslim. 

Selain itu,banyak aktiviti menarik menanti anak-anak anda! 
 
Anjuran 
ALUMNI HIRA'
 
Pengisian Program   
o       Slot 1: Cinta Allah (Jam 9pg – 9.15pg)
Slot bertasbih, bertahmid dan berzikir memuji Allah dalam bentuk nasyid.
o       Slot 2 : Cinta Quran (Jam 9.15pg – 10.45pg )
Di dalam slot ini, kesemua 36 peserta akan dibahagikan secara sama rata kepada 
sekurang-kurangnya 4 kumpulan kecil. Kesemua peserta akan berpeluang 
memperdengarkan bacaan al-Quran atau Muqaddam, bergantung kepada keupayaan 
pelajar. 
Fasilitator akan memberikan tunjuk ajar bersesuaian dengan tahap kelancaran 
atau keupayaan setiap peserta. Fasi juga akan memberikan tips-tips agar lebih 
mesra dan lancar dengan al Quran!  
o       Slot 3: Cinta Islam   (Jam 10.45 pg – 12 tgh)
a.                     Mari Bersolat!*
b.                     Akhlaq Muslim*
c.                     Sirah Nabi dan sahabat.*
 * mengikut modul yang disusun khas 
 
Tempoh Program 
Kem akan diadakan pada siang hari sahaja dari jam 9 Pagi hingga 12 tengahari 
pada hari snin hingga Jumaat sepanjang cuti penggal dan dibahagikan kepada 2 
kumpulan: 
Kumpulan 1 
28 Mei – 1 Jun  
Kumpulan 2 
4 Jun – 8 Jun 
 
Penyertaan 
Penyertaan dibuka kepada semua pelajar sekolah rendah berumur 7 – 9 tahun 
(Tahap 1) dan 10 – 12 tahun (Tahap 2). 
 

PENYERTAAN TERHAD!
Tahap 1 : 18 orang setiap surau
Tahap 2 : 18 orang setiap surau 

Kami menawarkan seorang fasilitator bagi setiap 9 orang peserta bagi memastikan 
anak-anak anda mendapat perhatian dan didikan yang sewajarnya. 
 
Tenaga Pengajar 
Sekurang-kurangnya seorang Al-Hafiz graduan Maahad Tahfiz Hira' akan mengawasi 
perjalanan dan kelancaran program di setiap lokasi. Lain- lain tenaga pengajar 
adalah graduan Institusi Pendidikan Hira'. 
 
Pelaburan Anda 
Dengan hanya RM40 seorang, kami menawarkan program selama 15 jam khas untuk 
anak anda. 
 
Lokasi 
Kem Anak Soleh ini akan diadakan di tempat-tempat berikut: 
·         Surau At Taqwa Seksyen 7, Shah Alam 
·         Surau Al Mawaddah Seksyen 7, Shah Alam 
·         Surau Al Ittihadiah Seksyen 9, Shah Alam 
·         Surau Nahdhah Al Islam Seksyen 18, Shah Alam 
·         Masjid Al Huda Seksyen 19, Shah Alam 
·         Masjid Proton Seksyen 27 , Shah Alam 
Para peserta dikehendaki memilih salah satu lokasi!! Cepat! TEMPAT TERHAD!!
  
Hubungi kami di talian: 
019 – 376 7813 (Saudara Syahmi) 
016 – 971 4603 (Saudara Umar) 
019 – 227 8540 (Saudari Zahrah )
 
sebelum 25 Mei 2006! 
 


p/s: please forward. TQ!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 
_______________________________________________
Hira mailing list
http://alumni-hira.org

Kirim email ke