>okla memandang merdeka ke-50 kita akan hampir tiba, disini saya ada
>terjumpa satu artikel pasal sejarah proton , titik peluh anak bangsa
>kita melayu terutamanya dalam membangun kereta nasional kita, we
>should give credit to them and not condemn them. Bukan senang nak
>buat kereta , naza and perodua tu is actually 100% foreign just
>tukar batch je...read on
>
>askum, ni ada sorang hamba Allah yg nak menjawab persoalan2 yg
>dilontarkan
>terhadap proton, up to u to believe it or not...
>
>
>
>Assalamualaikum,
>
>Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation.
>Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut
>yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita.
>Kita
>bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang
>telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam
>yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.
>
>"Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan
>perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan
>beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia
>adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk
>di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..
>manakala kontena lain adalah pintu, body dan
>sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga."
>
>Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan
>ternampak lah satu tanda... Kilang Enjin Proton. Tanda
>tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita
>jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang
>dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block.
>Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2
>dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan
>2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6
>proton buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya
>kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu
>dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat
>pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah
>4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So
>untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar.
>Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy... 100%
>body dibuat di Malaysia.
>
>"Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak
>keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu
>menggunakan enjin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
>diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini
>dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih
>belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar
>hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia
>yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah
>berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya
>kenderaan negara sebenarnya."
>
>Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta
>Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita
>gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja
>kita buat enjin di Malaysia walaupun design original
>dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin
>terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di
>Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi
>terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan
>sedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin
>dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin
>ni amat besar. Nak dapat return pun bukannya sekejap.
>Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan
>keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak
>mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak
>tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin
>sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah masalah
>orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara
>sendiri.
>
>"Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi
>sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20
>tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari
>rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah
>melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak
>mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi
>lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada
>sekarang ni untuk masa akan datang."
>
>Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka
>adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama
>dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka
>turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang
>Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut
>ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin
>habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea
>kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula
>menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak
>caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak
>mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun
>dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang
>teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu
>kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design
>sesuatu yang lebih baik... laju je dia orang hantar
>balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun
>mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama
>diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang
>dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke
>Malaysia.
>
>Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest
>dia orang.... Sebab Perodua tu 100% milik
>Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang
>kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia.
>
>"Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang
>proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan
>Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar
>lambang je.."
>
>Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang
>banyak ditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang pada mulanya kita
>belajar... selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang
>yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.
>
>Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
>sikit.
>
>Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design
>kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa
>setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan
>khidmat penasihat dari UK.
>
>Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer
>Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta
>baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2
>tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.
>Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan
>dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya
>Proton Wira-Mitsubishi Lancer.
>
>Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat
>kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan
>Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda
>323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila
>orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysia
>sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa
>bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea.
>Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk
>Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling
>mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok
>dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia
>depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa
>bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok
>dashboard mitsubishi lancer... hampir samakan. Itu
>mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita
>bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran
>macam itu.
>
>Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya
>murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang
>dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana....
>Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang
>kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di
>Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan
>bahagian dalaman.
>
>Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah
>keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari
>atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.
>
>Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan
>kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign
>orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita
>memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah
>dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak
>cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti
>menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari
>luar memang membuka mata kita... kita adalah setaraf
>dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni
>memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.
>
>Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari
>luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin
>ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign
>sendiri.
>
>Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja
>kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin
>bersaiz kecil. Well.... Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila
>mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh
>mereka
>yang tidak bertanggung jawab.Contohnya... Savvy adalah Tiara dan
>menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan
>Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu
>bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High
>Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada
>terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well...
>kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident.
>Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang
>accident tu... In fact. Kukuh. Saudara saudari... Bila
>kita design kereta ni.. yang paling penting adalah
>keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk
>crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya
>hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan
>kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk
>Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata
>Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang
>bercakap tu... adakah mereka pernah memandu Savvy.
>Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.
>
>Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita
>sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta
>untuk company lain dan ada membuat part untuk company
>lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk
>motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita
>tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita.
>Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta
>mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di
>proton. Kalau Proton tak elok... masakan mereka
>mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka
>
>"Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh
>proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini.
>Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh
>proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan
>nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba
>mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat
>injin tapi gagal mendapatkan resepinya."
>
>Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang
>terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk
>membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar
>kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi
>dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi
>specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah.
>Transmition yang paling susah. Untuk info lah... kami
>masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition
>sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.
>
>"Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak
>mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya?
>Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini
>sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan
>bagi membolehkan impian ini tercapai."
>
>Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana
>menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan
>dapat
>dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan
>bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya
>adalah OSA)
>
>Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada
>mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta
>bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D,
>Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi kita
>pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai
>jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D
>Perodua...bekas Proton, Head of Styling...bekas
>Proton, Head of Planning...bekas Proton, Head of
>Production...bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas
>dekat Naza), Head of Engineering Services...bekas
>Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari
>proton. We trained them... orang lain ambil cara
>senang je.
>
>Naza pulak.. Head of R&D....bekas Proton. Head of Production...bekas
>Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan... Head dia pun
>bekas
>proton, Inokom... head dia pun bekas proton. Itu kira head
>je...bukan lagi kira engineer dan designer. So it
>meets its objective untuk memajukan orang-orang kita.
>Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal
>kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan
>Proton. So... orang Proton tak bagus?
>
>Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil
>oleh consultant luar negara... dari America, Eropah
>sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi
>pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat
>tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di
>peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari
>syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik
>bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak
>anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau...?
>
>"Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah
>yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya
>sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata..
>berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun
>nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak
>lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan
>sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata..
>kalau dah tak boleh tutup aja..."
>
>Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada
>tanggung jawab kepada negara. Senang aja... buang
>sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa
>akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton
>untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton
>untuk negara... berapa banyak kaki tangan Proton...
>8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara
>lansung untuk membuat part Proton...100,000 orang.
>Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak
>syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh
>membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.
>Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak
>wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan,
>honda? 0... Kosong.
>
>Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara
>baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga
>mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak
>serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti
>import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak
>check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan
>harga kereta proton di kawasan bebas cukai.
>
>Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat
>kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita
>tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak
>AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena
>tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk
>ke Malaysia... harga yang di declare adalah RM8000.
>Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling
>murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni
>adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan
>dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga
>kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan
>rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.
>
>Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan
>perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta
>melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh
>mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan
>bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi
>sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan
>timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu
>dengannya.
>
>Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar
>kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect
>industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah
>yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni.
>Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar
>barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan
>sendiri. Saya ambil contoh... Thailand membuka pintu
>mereka untuk industri automotif... tapi ada syarat.
>Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export
>keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya.
>Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana.
>Nak cari kereta yang bukan dari Korea...susah.
>Sebabnya...
>
>1. memang mereka patriotik.
>2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka
>akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
>tentu banyak duit.
>
>Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir
>80 tahun dulu... nak naik bukit pun boleh undur (baca
>sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan
>tetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada.
>
>Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara
>bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The
>more people buy, the cheaper things can be. Economic
>of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost
>pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik
>kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik
>modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi
>mahal... tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau
>kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita
>nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea
>mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap
>ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini
>industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat
>plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini
>kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi banyak kita
>jual, lagi murah kita boleh jual... lagi banyak duit,
>lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap
>test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan
>wang yang banyak.
>
>Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh
>dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join
>ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?
>
>Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna
>euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa
>akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP
>keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi
>rakan teknikal memang agak sukar.
>
>Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat
>dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu
>kita jangan dengar saja orang cakap.
>
>Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan
>timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara
>kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah
>melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara
>kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab
>menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara
>Asean yg berkaitan.
>
>Memang kita akan kena penalti sebab ada
>perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu
>aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain
>boleh ada polisi dia orang yang membantu industri
>kereta mereka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP
>China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia
>(kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih
>lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana.
>Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba
>pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.
>India... nak masuk kesana kena letak deposit USD200
>Million. Belum lagi nak set up kilang dan
>infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita nak
>jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli
>walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik
>diaorang. Kita... apa yang nama lain selain dari
>barang sendiri mesti bagus punya.
>
>Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German....
>Bukan tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta
>German
>untuk kereta buatan Malaysia.
>
>Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar
>bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua
>yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design
>bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta
>nasional... Proton sekurang-kurangnya telah mendidik
>ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai
>hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil
>untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu
>kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil
>oleh Petronas. Bukan sorang.... Kesemuanya. Nak kerja
>dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class upper.
>1st class berlambak. Selepas berpengalaman... Perodua,
>Naza ambil.
>
>Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal
>proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang
>kami beri untuk memajukan negara dalam bidang
>teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam
>bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran
>anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak
>belajar... sampai bila kita tidak akan tahu. Dan
>sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.
>
>Tapi bab support selepas jualan.... saya sendiri pun
>tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena....
>Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan
>part tiruan atau lama. Yang kena komplen... proton.
>Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000
>unit Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah
>sebelah Myvi dan Savvy... check performance dia. Then
>baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap
>je... test sendiri. Baru tau.
>
>Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual....
>Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas
>nak tukar gear... swith to auto. Nak main
>ciluk-ciluk... switch to manual. Errr.. siapa kata
>kita guna tecnology 70an?.....
>
>Berfikirla
>
>_________________________________________________________________
>Find singles online in your area with MSN Dating and Match.com!
>http://cp.intl.match.com/eng/msn/msnmy/wbc/wbc.html
>



PC Magazine’s 2007 editors’ choice for best Web mail—award-winning Windows Live Hotmail.
_______________________________________________
Hira mailing list
http://alumni-hira.org

Kirim email ke