*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesekali balik ke rumah mertua, banyak juga majallah
yang anak-anak saudara lambakkan atas meja.  Kalau dah
tak ada apa lagi yang nak dibuat, belek jugak majallah
tu.  Tengok sekejap rasa tak larat, geli geleman
melihatkan telatah artis-artis bergambar
berpeluk-pelukan.  yang artis perempuan menyelit celah
kangkang artis lelaki. mereka kata tak ada apa, itu
bergambar saja, apa salahnya. MELOYAKAN!  Jengoklah
majalah Mangga, URTV, HAi.  Ish, ini majalah yang
anak-anak kita tengok?  yak!  Kita tak kenal pun
artis-artis tu, tapi dah majalah kata artis, maka kita
kata artislah.  Bagi para remaja, artis-artis adalah
pujaan mereka.  Bila artis buat macam tu, mereka akan
fikir, that is something OK.  No harm doing it.  Lets
be like them, lets dress like them and lets do what
they do.

terfikir, patutlah dulu heboh orang dok kata Siti
Nurhaliza tak nak bergambar dengan artis lelaki. 
Kalau macam tu gaya posing yang pihak majalah nak,
saya rasa ramai artis patut ikut cara siti nurhaliza. 
tak luakpun kalau buat tegas macam tu.  orang lagi
suka.  tengok siapa artis yang paling popular
sekarang. orang sayang bukan sebab lawa, tapi orang
hormat.  tak payah gedik, asal suara sedap, tetap ada
peminat.  sampai PM pun tahu nilai yang ada pada siti
nurhaliza.  sampai pak ku hamid kita ajak boikot siti
nurhaliza sebab dok ikut sangat PM tuh.  yang gedik
tu, pasai bakat tak seberapa, tapi nak jugak famous,
kenalah gedik sikit.

tapi dari dok biarkan anak-anak kita dengar lagu-lagu
pop tu, apalah salahnya kita ajar anak-anak kita
zikir-zikir yang dialunkan dengan lagu seperti zikir
orang Arqam dok ajar tu iaitu doa taubat dan zikir
sebelum azan.  kalau nak dengar dan mak-pak pun nak
belajar, carilah kaset Arqam lama-lama atau carilah
kaset Ustaz BAdrul Amin.  Rasa-rasanya Hassan Ali ada
juga buat kaset Zikir Munajat.  Masih ramai lagi
peniaga yang simpan kaset nasyid lama-lama seperti
kaset Kumpulan Zikr(sekarang Raihan), Nada
Murni(sekarang Hijaz).  Saya paling suka kaset Syahdu
dan Al-Wadi. Al-Wadi adalah kumpulan pelajar dari
Al-Azhar, Mesir.





--- Concorde <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Buku bidas eksploit wanita di media
> KUALA LUMPUR -- Penggunaan gambar wanita seksi
> sebagai bahan untuk mengiklankan sesuatu barangan
> adalah salah satu cara paling berkesan, justeru itu
> kebanyakan media massa masa kini sanggup mengambil
> kesempatan sehingga melampaui batasan untuk menarik
> pembaca atau penonton dan sekaligus mengaut
> keuntungan. 
> 
> Sejak kebelakangan ini, banyak sekali muncul majalah
> yang memuatkan makalah-makalah berunsur seks yang
> merendahkan maruah wanita. Sesetengah akhbar pula
> sering memuatkan gambar-gambar wanita berpakaian
> secebis dalam gaya mengghairahkan. 
> 
> Satu kajian rambang baru-baru ini mendapati sebuah
> majalah popular berbahasa Melayu dan Inggeris
> menyiarkan banyak sekali gambar dan rencana yang ada
> unsur-unsur mengeksploitasikan wanita, termasuk yang
> bertajuk Adakah wanita melancap dan Bilakah anda
> kehilangan dara?. 
> 
> Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam bukunya
> Pencabulan Wanita Menerusi Media membidas gambaran
> negatif dalam iklan, buku, novel, kartun, majalah
> dan akhbar. 
> 
> Buku itu mendedahkan penemuan yang memeranjatkan
> dalam soal gambaran negatif ke atas wanita sehingga
> sesetengahnya dilayan seperti bahan komoditi. 
> 
> Majalah-majalah Melayu yang popular kini semakin
> berani menyiarkan gambar-gambar wanita separuh
> telanjang, atau yang hanya memakai bikini manakala
> sesetengahnya dalam aksi yang memberahikan. 
> 
> Iklan mengatasi senarai dengan banyak sekali
> penggunaan model beraksi menggiurkan. Penyanyi
> wanita pula tanpa segan-silu mendedahkan tubuh badan
> mereka untuk tontonan semua. 
> 
> Model-model yang berpendapatan amat lumayan itu,
> sama ada Islam atau bukan Islam, sanggup mempamerkan
> tubuh badan masing-masing menerusi ruang penuh muka
> yang pasti memikat dan membangkitkan nafsu lelaki. 
> 
> Walaupun belum ada kajian terperinci dijalankan ke
> atas kesan gambar-gambar atau makalah seperti itu ke
> atas kaum lelaki, akhbar-akhbar sering kali
> menyiarkan cerita tentang berlakunya banyak kes
> pencabulan maruah atau rogol akibat rangsangan
> daripada makalah atau gambar yang disiarkan oleh
> akhbar atau majalah berunsur seks. 
> 
> Yang anehnya, sesetengah daripada majalah itu
> diterajui oleh kaum wanita. 
> 
> Majalah-majalah itu kini bukan lagi menyiarkan
> gambar atau makalah seumpama itu secara berkala,
> tetapi sudah semacam menjadi budaya yang jika tidak
> dibendung segera, boleh meninggalkan kesan buruk ke
> atas masyarakat. 
> 
> Majalah-majalah itu boleh didapati dengan mudah di
> kedai-kedai buku, dan walaupun ia kononnya untuk
> pembaca berumur 18 tahun ke atas, tiada sesiapa
> boleh mencegah remaja bawah umur daripada membeli
> dan membacanya. 
> 
> Anehnya, sesetengah akhbar juga terikut-ikut dengan
> menyiarkan semuka penuh muka surat dalaman
> memaparkan pelakon atau penyanyi yang berpakaian
> mendedahkan. 
> 
> Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Dr Siti
> Hasmah Mohd Ali, pernah berkata dalam satu
> persidangan wanita bahawa golongan itu patut bersatu
> dan berjuang mempertahankan hak mereka. Beliau
> bersetuju dengan perisytiharan Beijing bahawa
> masanya sudah tiba bagi kaum wanita bangkit menegak
> kan hak mereka. 
> 
> Pegawai Media CAP, Cik Mary Assunta, berkata buku
> CAP -- Pencabulan Wanita Menerusi Media -- mula
> mendedahkan gambaran negatif terhadap wanita sejak
> awal 1980-an lagi. Bagaimanapun, situasi itu semakin
> hari semakin buruk kerana pihak media, khususnya
> pengiklan, kini semakin berani. 
> 
> "Lelaki, wanita dan media tahu bahawa seks ada
> nilainya dan matlamat akhir sesebuah media ialah
> keuntungan, jadi mereka sanggup menggunakan seks
> untuk meningkatkan pengedaran selagi mereka boleh
> terlepas daripada sebarang tindakan. Mereka dapat
> melepaskan diri kerana tiada undang-undang negara
> ini yang mencegah pengiklanan berunsur seks atau
> gambaran buruk tentang wanita. 
> 
> "Kod Etika Pengamalan Pengiklanan hanya mempunyai
> satu prinsip umum yang mengatakan bahawa semua iklan
> mestilah sopan, manakala Kementerian Dalam Negeri
> mempunyai satu senarai garis panduan yang
> membabitkan semua media cetak. Masalahnya, kedua-dua
> garis panduan itu adalah terlalu kabur tanpa satu
> definisi khusus berhubung 'kesopanan'. Jadi, ia
> terdedah kepada pelbagai tafsiran," kata Cik
> Assunta. 
> 
> Menurutnya, walaupun ada rungutan daripada anggota
> masyarakat berhubung perbuatan mengeksploitasi
> wanita, media dan pengiklan menggunakan
> gambar-gambar lucah wanita sentiasa dapat melepaskan
> diri. 
> 
> Beliau berpendapat seseorang tidak seharusnya
> menyalahkan bulat-bulat para model yang memperagakan
> tubuh badan secara memberahikan itu. 
> 
> "Mereka sekadar model yang menurut arahan pereka
> fesyen, pereka set, jurufoto dan sebagainya. Yang
> wajar dipersalahkan ialah pengiklan yang
> mengkonsepsikan iklan yang tidak sopan, jabatan
> pemasaran sesebuah syarikat media yang menerima
> iklan seumpama itu, akhbar dan majalah yang begitu
> senang menyiarkan iklan itu dan akhirnya pihak
> berkuasa sendiri yang membiarkan perkembangan itu
> berlarutan," katanya. 
> 
> Warga Malaysia yang peka seperti Cik Assunta
> berpendapat budaya tidak sihat itu terus subur
> kerana tiadanya keinginan politik yang tinggi untuk
> membendungnya. 
> 
> Bagi berhadapan dengan suasana itu, anggota
> masyarakat, khususnya wanita, harus bangkit tegas
> membantah pencabulan maruah mereka itu. -- Bernama. 
> 
> 
> 
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke