*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
H Rahman wrote:

"Saya ada sedikit kemusykilan berkenaan tulisan saudara ini; kata Ustaz 
saya,
kerana terlalu taksub dengan fahaman wahdatul wujud dan ittihad, ada orang
Sufi/Tariqat/Tasauf/Falsafah ini sampai ke tahap mengagongkan FIRAUN lebih
dari Nabi Musa.".
p/s : Zakki

Maaf walaupun saya tidak diminta beri pendapat , namun kalau tak berkenan 
sila delete sahaja.
My understanding is :-

Merujuk kpd statement ustaz saudara, jelas menunjukkan golongan SUFI 
tersebut adalah sesat dan lebih baik kita label mereka sebagai pengamal 
AJARAN SESAT, namun mereka claim sahaja mereka ni orang 
Sufi/Tariqat/Tasauf/Falsafah. Saya lebih suka sekiranya ustaz saudara 
menggunakan perkataan : "Ada golongan yang mengaku meraka orang Sufi / 
Tariqat /Tasauf / Falsafah ....".

Kesimpulannya, konsep Wahdatul Wujud tu bukan utk diperdebatkan kepada yang 
bukan ahlinya. Umpama percakapan Ulamak Sufi & Ulamak Feqh adalah seperti 
percakapan Ayam & Itik - masing2 ada limitation utk memahaminya. Dan perkara 
ini tidak akan kemana selain drp kekeliruan & keserabutan didalam kepala 
kita. Setiap ustaz tu kebanyakan mereka mempunyai specialist tesendiri spt 
mahir dlm Ilmu Usuluddin, Ilmu Fekah & Ilmu Tasauf.

Untuk menyenangkan saudara, contohnya si-A pakar dlm Biologi dan si-B pakar 
dlm Kimia. Kalau kita tanya si-A tentang perkara2 kimia, lingkup kita 
dibuatnya dan begitu juga jika kita tanya si-B tentang ilmu biologi, nescaya 
kita akan lingkup jugak. Sedangkan masa kat sekolah dulu kita pun pernah 
menagaji Kimia & Biologi tetapi sekadar general knowledge sahaja. JADI 
hendaklah kita bertanya pada Ahlinya barulah kita mendapat jawapan yang kita 
yakini kebenarannya.

Dalam hal saudara nak bertanyapun begitu jugak, jika ustaz saudara specilist 
dalam Ilmu fekah, nescaya saudara tidak akan kecewa dan penuh yakin dgn 
kewibawaannya TETAPI bilamana saudara tanya soalan berbentuk USULUDDIN yang 
agak rumit spt perihal Qadim Muqayyad ke, Tanjizi Qadim ke, Tanjizi Hadis ke 
, dan compare jawapannya dgn Ust Usuluddin , nescaya saudara akan dapati 
perbezaanya yang amat ketara. Unless ustaz saudara tu specilist dlm semua 
bidang merangkumi TAUHID, FEQAH & TASSAUF (Wallahu'aklam). Namun kebanyakkan 
kita/ustaz pun ada basic knowledge tentang TAUHID, FEQAH & TASSAUF tetapi 
itu tidak bermakna kita dapat menguasai dengan sempurna kesemua Ilmu2 
diatas.

Utk pengetahuan saudara, hanya segelintir ulamak sahaja yang dapat menguasai 
dengan mendalam kesemua Ilmu diatas contohnya Imam Ghazali rh. TG Nik Abdul 
Azizpun lantik pakar2 perundangan utk buat Qanun Syariah ii Kelantan 
sedangkan kalau kita tengok dengan mata zahir, ternyata dia adalah Ulamak, 
Umarak namun sikap tawaduknya menjadi contoh kepada kita kerana tidak ada 
manusia yang sesempurna Nabi Muhammad dan diikuti pulak oleh Khalifah 
Arrasyidin (ada yang memasukkan jugak Umar bin Abdul Aziz). Seperkara lagi, 
sehebat Imam Malik pun diceritakan banyak menjawab ‘wallhuaklam’  daripada 
memberi jawapan kpd soalan-soalan fekah sedangkan dia adalah Ahlinya dan 
guru kpd Imam Mazhab kita Imam Syafie rh.

Ini kerana ada dikalangan kita/ustaz – pantang ditanya soalan, pasti 
dijawabnya sedangkan apa yang dijawabnya tidak berdasarkan kpd pendapat 
sahabat, tabien,  tabie’ tabien, Imam-imam besar, ulamak-ulamak muktabar 
tetapi sebaliknya menafsirkan hadis/Quran berdasarkan ilmu yang tak 
seberapa. Bukanlah maksud saya mengecilkan ilmu ustaz saudara (tiada niat 
dihati) tetapi saya tujukan statement saya ini secara umum kerana inilah 
realiti ulamak mutaakhir. Saya pun pernah berdepan dgn Ustaz yang mencela 
orang Sufi , ada yang memuji dan ada yang tak berpihak kpd mana-mana pihak 
namun yang pentingnya saya mengambil Ilmunya yang bersesuaian dengan 
specialistnya sahaja dan menganggap apa yang di perkatakan olehnya pada 
perkara diluar bidang ilmunya sebagai “sembang kosong”…


Nasihat saya, bertanyalah pada Ahlinya. Carilah & berusahalah mencari guru 
nescaya saudara tidak akan kecewa. Imam-imam 4 Mazhab pun merantau rata-rata 
cari guru, inikan kita terus bertaqlid pada seorang dua ustaz sahaja - 
UNFARE WHAT !!!. Fikirkan lah ...

Takbir 3x


>From: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Wahdatul Wujud - t/kasih
>Date: Thu, 23 Sep 1999 09:18:53 GMT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>[EMAIL PROTECTED] wrote:
>
>Apabila seseorang sufi itu terdapat fana kerana ia tersyuhud kepada salah
>satu daripada 4 perkara (iaitu Af'al Allah, Asma' Allah, Sifat Allah dan 
>Zat
>allah), sudah tentu ia tiada dapat menyedari diri sendiri dan juga makhluk
>sekeliling, maka di waktu kerapkali terlatah (syataha) di mulutnya dengan
>perkataan-perkataan "ittihad" umpamanya:
>
>"Tiada dalam jubah ku melainkan Allah"
>"Akulah Tuhan yang sebenar"
>"Akulah Tuhan yang ku cintai dan Tuhan yang aku cintai ialah aku"
>dan lain-lain lagi.
>[deleted]
>
>--------------------
>Salam~
>
>Terimakasih saudara Zakki di atas penjelasan ikhlas saudara; kepada
>kawan-kawan ibnu Muhajir pula, jika sekiranya beliau sudah pulang ke
>pejabat, minta tolong sampaikan permintaan kalau boleh dapatkan sedikit
>komen daripada beliau.
>
>Saudara Zakki,
>Saya ada sedikit kemusykilan berkenaan tulisan saudara ini; kata Ustaz 
>saya,
>kerana terlalu taksub dengan fahaman wahdatul wujud dan ittihad, ada orang
>Sufi/Tariqat/Tasauf/Falsafah ini sampai ke tahap mengagongkan FIRAUN lebih
>dari Nabi Musa.
>
>Kata mereka: FIRAUN lebih tinggi makamnya daripada Nabi Musa kerana Firaun
>sudah mencapai satu makam di mana beliau merasakan zatnya sudah bersatu
>dengan zat Allah, lantas beliau mengaku dan mendakwa bahawa beliau adalah
>Tuhan yang wajib disembah, sedangkan Nabi Musa tak pernah mencapai tahap
>tersebut.
>
>Apa komen saudara?
>
>(Saya bukan nak berdebat, cuma nak minta komen ikhlas drpd saudara)
>
>Sekian
>
>______________________________________________________
>Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Faqir Fillah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke