*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapat dari pandangan Muslimat Net.  Hebat juga
muslimat net ni ya.  Ingatkan asyik bersembang pasal
masak je memanjang, pasal bersolek, pasal fesyen.

boleh kira ilmiah jugalah pendangan di bawah ini. 
Syabas!  Kepada orang muslamt net yang ada kat sini,
polygyny tu ape?  poligami ke?



-----Original Message-----
From: SALWANI 
Sent: 25 September 1999 09:08
To: 'faridah
Cc: 'Mukminat Net'; '[EMAIL PROTECTED]'
Subject: RE: H-Muslimat-Net* FW: H-Net* Habis madu,
sepah dibuang -
Pandan gan sinis dalam kehidupan POLIGAMI.


Ternganga kak wani sekejap.  

tinggal serumah?  tak pe lagi.  Tinggal sebilik? 
Ish-ish-ish. tak de privacynya.  Sedangkan rasulullah
ada 9 isteri at the same timepun, koman-koman pun
rumah asing-asing. Itu menunjukkan the husband is
financially not ready for it.  bukan apa perasaan
isteri akan terguris bila suami berkahwin lain.  lebih
remuk bila merenyam depan kita.  hati mana yang tak
cemburu bila suami beromen depan kita ngan orang lain?
 hati batukah azz itu?  dia juga ada perasaan.
lebih-lebih lagi perasaan seorang wanita - sensitif. 
the husband should know.  janganlah buat rumah tu
macam harem pulak.  ini yang membuatkan polygyny
ditentang oleh kaum wanita.  lelaki tidak sepatutnya
bersikap bodoh-sombong begitu. ini memberikan bad
impression kepada polygyny dan Islam sendiri.

Polygyny is nothing wrong kalau diikuti dengan betul,
tapi bila penyelewengan begini, orang takut untuk
involve.  maka terjadilah isteri minta cerai
disebabkan suami nak jugak berkahwin satu lagi.  which
orang kata bergegar arasy bila isteri mintak cerai.
tapi contoh-contoh yang tidak baik dari amalan
berpoligyny menyebabkan orang takut.  dah tak kisah
dah
bergegar arasy asalkan tak dianiaya selepas suami
kahwin lagi.  dah lupa dah niat nak jadi isteri
solehah, asalkan jangan kena aniaya dan hidup
menderita
makan hati berulam jantung pisang macam
sipolan-sipolan.

Kengkadang kena fikir gak.  Kita ni bersyukur dapat
kahwin.  Muka tak lawapun ada gak orang nak kahwin
ngan kita.  Atau kita ni Alhamdulillah Allah bagi rupa
paras kita cantik, ramai orang tergila-gilakan kita. 
Dah anak tiga pun ada gak orang bagi notes 'I love
you'.  Jodoh, pertemuan, ajal, maut semuanya anugerah
Allah.  Allah tak bagi nyawa tak bernafaslah kita. 
Allah tak bagi jodoh, lawa macam manapun, baik
macamanapun tak kahwinlah kita.  Bukan sedikit orang
yang kita jumpa, baik, lawa tapi tak kahwin-kahwin. 
Jodoh yang ada sekarangpun selagi kita belum mati,
kita tak tahu jugak sampai kemana.  Nauzubillah,
mintak dijauhkan, tapi kalau Allah dah tulis, katakan
umur suami kita sampai sekian-sekian saja, tak berdaya
kita nak tolak ketentuan Allah.  Kalau Allah dah kata
selepas dari itu, setahun atau dua, Allah dah tulis
kita ni kahwin lagi dan jadi isteri nombor tiga, kita
tak dapat nak kata nehi he babuji.  

Bersangka baiklah dengan polygyny......



-----Original Message-----
From: faridah
Sent: 24 September 1999 19:18
To: SALWANI 
Cc: 'Mukminat Net'; '[EMAIL PROTECTED]'
Subject: RE: H-Muslimat-Net* FW: H-Net* Habis madu,
sepah dibuang -
Pandan gan sinis dalam kehi dupan POLIGAMI.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Terpanggil saya untuk menulis bab poligami....bukan
sebab diri terkena (minta dijauhkan sebab saya tak
tabah)..tapi mengenang kan kisah seorang saudara suami
saya..kisah benar ni.. Minggu yang sudah saya ke
majlis perkahwinan saudara suami saya, oleh kerana
kakak saya baru balik dari Aust pagi tu jadi kami
lambat sikit kekenduri tersebut lebih kurang pukul 
4.00petang.. ikutkan kalau pergi rumah sedara tak
boleh lambat nanti mak mertua saya bising....tapi apa
nak buat..walau bagaimanapun ada hikmah nya tu.....

Masa saya sedang berbual-bual dengan sedara mara, that
time jemputan dah tak ada sangat yang tinggal cuma
sedara-mara saja...tetiba ada seorang budak lelaki
menjerit pada kami..mama...mama..papa datang dengan
auntie June dan auntie..(lupa namanya)...kami semua
menoleh pada budak tu rupanya budak tu adalah anak Azz
(nenek Azz ni buyut (moyang) suami saya)...Azz pun
terus bangun pergi luar....saya ni bertanya pada
sedara( yang jadi best friend) saya..siapa tu? Rupanya

suami Azz tu yang datang bersama madunya dan bersama
bakal isteri ketiga nya...masaallah....tercopong saya
dengar sebab katanya suaminya akan kawin kali ketiga
sekiranya suami girl griendnya tu meninggal(?)...apa
ni? Hebat betul suaminya tu sebab berani bawa bakal
isteri ketiga kerumah sedara mak mertuanya...

Sedara saya tu kata....Azz dan June duduk serumah dan 
berkongsi bilik...terkedu saya mendengar..katanya si
suami menyediakan sebuah bilik khas.(.asalnya bilik
Azz) siapa punya turn that night dia masuk bilik tu
lah...kalau Azz punya turn dia akan masuk bilik
tu...begitu juga sebaliknya....perasaan?  Hanya Azz
dan June saja yang boleh menjawab....both wife ni
berkerja .

Pertanyaan saya
1)   Adil kah suami itu?
2)  Zalim kah dia?
3)   Anak-anak yang sedang membesar anak Azz 3, yang
sulung 7,yang kedua 5 yang ketiga 4.....June belum ada
anak.Bagaimana nak terangkan pada anak-anak keadaan 
tersebut..menurut kata Azz, June kalau nak bermanja
tak kira tempat...Azz dan anak-anak ada depan pun dia
tak kira. 
4)  Adakah dia disanjung kerana berjaya menawan hati 3
orang perempuan....

Entahlah wallahhualam.......

From:                   SALWANI 
> 
> 
> Kebanyakan lelaki teringin nak mengamalkan poligami.
Kebanyakan isteri pertama terlalu fobia dengan
perkataan poligami.  Kahwinlah dulu, masa tu kita akan
rasa takut pada perkataan bermadu.  Semasa masih anak
dara, kita masih tak terfikir dan tak ambil kisah
tentang perkara tu.
> 
> Cemburu.  Siapa yang tak cemburu kalau orang
tersayang juga menyayangi orang lain.  Pernah seorang
lelaki berkata kalau perempuan boleh kahwin dua, aku
rasa tak ada lelaki yang akan hidup lagi, semua lelaki
dah kena bunuh dek lalaki lain dek kerana cemburu.
> 
> Seperti yang kak wani katakan kaum lelaki ni
nafsunya terlalu kuat.  Kerana itu mereka sentiasa
terfikir untuk berkahwin lebih dari satu.  Tapi
kelemahan diri tidak ditilik terlebih dahulu sebelum
mengambil keputusan menyebabkan isteri pertama
tersiksa.
> 
> 1. Kelemahan dari segi perasaan.  Tak dapat
menyintai dua wanita secara adil.  Sama-sama sayang,
sama-sama rindu terhadap kedua-dua isteri. Sentiasa
teringat-ingat pada kedua-duanya.  Syarat ini sudah
mustahil untuk dipenuhi oleh kaum adam.  Adil dari
segi kasih-sayang
> 
> 2. Kelemahan syahwat.  Prestasi dah kurang, tapi
ingin menjaga ego untuk  menunjukkan kepada orang
ramai bahawa dia masih gagah.  Ramai orang  berkata
Life begin at 40.  Tapi sebenarnya kajian menunjukkan
prestasi  menurun bila berumur 40 tahun.  Perasaan
rendah diri mula timbul kerana  kelemahan tersebut. 
Tapi tak nak kalah.  Kena tunjuk hero jugak.
> 
> 3. Kelemahan pertimbangan.  Tidak dapat berfikir
secara rasional bila cuba  dipengaruhi terutama bila
digoda.  Mudah mengambil nasihat orang yang  banyak
memujuk dari orang yang dah tak kuasa nak bersuara. 
Bila isteri  muda kata, bang rumah ayang ni tak ada
fridge, belilah fridge baru.  biarlah yang besar
punya, tahan lama sikit.  tak nak yang macam rumah
kakak tu bila barang banyak sikit dah tak muat. cair!
sebab isteri tu senyum-senyum je bila meminta.
> 
> 4.  Kelamahan kewangan. tak tahu nak kata apa lagi. 
semua orang tahu kalau gaji kat KL ni setakat <1500.00
tok sah mimpi le nak kahwin dua. nanti kang miss soru
lak.
> 
> Walau bagaimanapun kak wani ingat pernah baca
tulisan seorang muslimat dari US(dah hilang urlnya)
yang pada awal suaminya menyatakan hasrat untuk
berpolygyny, dia merasa terlalu sedih dan depressed
(kerana cemburu?). Sehinggalah ketika suami berkahwin
untuk kali yang ketiga barulah dia dapat menerima
kenyataan tentang polygyny.  Tentang nothing harm
about it. Barulah dia kenal isteri kedua suaminya,
kemudian menyusul dia mengenali isteri ketiga
suaminya. dan sekarang she is not against polygyny.
> 
> pada pandangan kak wani, sebelum suami menyatakan
hasrat untuk berkahwin lagi, mulai dari sekarang, cuba
kita debatekan dengan diri kita dulu, adakah suami
kita mampu dan dapat menangani keempat-empat faktor
tersebut. Sediakan segala hujjah dengan suami kita. 
Kemudian bawa berbincang dengan dia. Tanya dia adakah
dia mampu dan sebagainya.  Benda ni bukan apa, saja
untuk prevent dia dari melakukan kesilapan. Sayang
suami bermakna kitapun kena berusaha untuk hindarkan
dia dari api neraka.  Kalau dia rasa dia mampu untuk
berlaku adil dari keempat-empat sudut tu, kita
berlapanglah dada mulai sekarang.  But frankly
speeking I've told my husband, dia akan menjadi orang
yang zalim kalau dia berkahwin satu lagi.  I've told
him I rasa dia tak mampu.  He agreed.  Tapi kita tak
tahu hati budi manusia.........
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> -----Original Message-----
> From: MD. KHALID, Zurim 
> Sent: 24 September 1999 09:35
> To: SALWANI 
> Subject: RE: H-Muslimat-Net* FW: H-Net* Habis madu,
sepah dibuang -
> Pandan gan sinis dalam kehi dupan POLIGAMI.
> 
> 
> kak wani, apa pendapat?
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke