*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Assalamualaikum w.b.t.

Sejak kebelakangan ini saya dapati ada beberapa postings yang seolah-olah 
advocate keganasan sebagai satu cara untuk melakukan perubahan. Soal 
selempang merah, dll ditimbulkan bagi menaikkan semangat pembaca untuk 
merangsang pertentangan bersenjata.

Saya berharap tidak ada sesiapa yang memberikan perhatian kepada provokasi 
sedemikian. Saya percaya tidak ada rakyat Malaysia yang inginkan keganasan 
dan pertumpahan darah.

Yang kita bicarakan selama ini ialah satu perubahan yang menguntungkan semua 
rakyat Malaysia, tanpa mengira agama dan bangsa. Yang kita ingin tentukan 
ialah satu masa depan yang lebih gemilang untuk umat Islam dan warga 
Malaysia.

Saya meminta agar tidak ada sesiapa yang melakukan provokasi dengan 
memasukkan posting yang bercanggah dengan semangat untuk melakukan perubahan 
secara baik dan berhemah.

Oleh itu, marilah kita juruskan kembali perbincangan kita kepada APAkah 
perubahan yang kita inginkan, dan BAGAIMANAkah cara yang terbaik untuk 
melakukan perubahan tersebut dalam suasana sebuah negara demokratik yang 
mengizinkan pertembungan fikiran dan idealisme secara terhormat dan 
bermaruah.

Sekian, terima kasih.










______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Norizan Bin Sharif" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke