Tangkap Rahim Noor tak gari ..... Malaysia Boleh!


Bekas pensyarah ditahan: Ketua Pemuda Keadilan Sabah, Dr Badrul Amin Baharom (tengah), bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), ditangkap di rumahnya di Taman Desa Jaya, kelmarin. - Gambar THE SUN.

KUALA LUMPUR -- Lima orang lagi dikehendaki polis bagi membantu siasatan berkaitan tunjuk perasaan para penyokong mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini Ahad lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, semalam.

Mereka ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Encik Ruslan Kassim; Naib Ketua Pemuda Keadilan, Encik Mustapha Kamil Ayub; Ketua Penerangan Keadilan Perak, Encik Hanafiah Man; anggota Keadilan, Encik Lokman Noor Adam; dan Encik N. Gopalakrishnan.

Menurut beliau, polis masih mencari mereka dan meminta mereka menyerah diri.

Kelmarin polis menahan Ketua Pemuda Keadilan, Encik Mohamed Ezam Mohamed Noor; Naib Presidennya, Encik Tian Chua; dan Ketua Pemuda Keadilan Sabah, Dr Badrul Amin Baharom.

Dr Badrul Amin merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Dr Badrul ditangkap di rumahnya di Taman Desa Jaya, Kepong, pada 6.15 pagi.

Empat aktivis pro-Datuk Seri Anwar -- bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar, Encik Azmin Ali, Encik Hishamuddin Rais, Pengarah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Suaram, Encik R. Sivarasa, dan anggota jawatankuasa PAS pusat, Dr Hatta Ramli -- ditangkap dua hari lalu. Mereka ditangkap atas sebab yang sama.

Dalam demonstrasi Ahad lalu, para penyokong Datuk Seri Anwar telah cuba menyampaikan memorandum meminta campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam isu dakwaan keracunan mantan timbalan perdana menteri Malaysia itu. -- Bernama.

khamis1-6.jpg

Kirim email ke