*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Return-Path: <[EMAIL PROTECTED]>
>From: [EMAIL PROTECTED]
>X-Sender: [EMAIL PROTECTED]
>Date: Mon, 27 Sep 1999 14:03:40 +0800
>To: [EMAIL PROTECTED]
>
>ANDA TERTIPU
>============
>
>Apakah tujuan hidup ini sebenarnya? dan apakah cita2 anda.
>
>Allah swt telah berfirman bahawa:
>Tidak aku jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat 
>kepada Ku.
>
>Tujuan hidup kita sebenarnya adalah untuk melakukan apa sahaja perkara
>asal saja perkara itu tidak bertentangan dengan kehendak Allah. 
>Iaitu melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
>
>Cita2 apakah yang paling tinggi.
>Anda bercita2 mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi didunia
>atau
>pangkat anda tidak tinggi tapi wang yang ada banyak dan cukup atau
>melebihi untuk anda dan keluarga 
>atau
>hidup kekal abadi di dalam syurga yang nikmatnya tidak pernah 
>dilihat oleh mata dan tidak pernah di dengar oleh telinga dan 
>hidup kekal terus dengan nikmat yang diberikan Allah 100%.
>
>Justeru itu,
>apa yang jelas ialah cita2 yang pertama dan kedua inilah yang 
>direbut2 oleh kebanyakan manusia termasuklah orang Islam sendiri.
>Sedangkan saham atau tindakan mereka untuk menempatkan diri mereka
>ke dalam syurga begitu diremehkan atau ala kadar sahaja. Adakalanya
>mereka tidak mengindahkan langsung, menentang atau membenci terhadap usaha2
>ke arah jalan untuk menegak Islam di bumi ini.
>
>Sedangkan syarat untuk mendapat kedudukan kita kekal di syurga itu
>adalah dengan bersama menegak atau memakmurkan agama Allah itu.
>
>Inilah yang dikatakan manusia ditipu oleh syaitan dan iblis sebagaimana
>permintaannya kepada Allah,supaya memberi ia tempoh
>untuk menyesatkan anak cucu Adam. 
>
>Dan mereka yang benar2 sedar tentang perkara prinsip ini atau ingat
>dalam erti sebenar tujuan hidup ini adalah sangat sedikit.
>
>Semoga kita sama-sama menginsaf diri kita sebelum terlewat, kerana
>syurga yang dijanjikan Allah itu sangat-sangat mahal dan sedangkan
>iblis dan syaitan pula setiap saat menghasut hati2 kita supaya lalai
>dalam mengerjakan amal-amal yang soleh dan sibukkan diri untuk mengejar
>habuan dunia yang jangka pendek ini. 
>
>Ditakdirkan tengah2 kita mengumpul2kan harta dan kedudukan, ajalpun
>sampai, pada masa itulah nanti kita akan berkata, alangkah baiknya
>aku sempat mendermakan sebahagian besar harta ku untuk akhiratku,
>alangkah baiknya dulu aku sempat belajar ilmu akhirat dengan sepenuhnya. Di
>sinilah penyesalan yang tidak berguna lagi, kerana tuhan tidak akan
>mengembalikan kita ke dunia lagi, setakat mana
>yang kita buat untuk amal akhirat itulah yang akan dibawa.
>
>Sekian, semoga sama2 kita menginsafi perkara yang paling
>prinsip ini.
>
>
>
>
>
>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: noor <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke