*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM Sahabat ku saudara/i yang dikasihi, disayangi, diingati dan 
dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.

Izinkan saya membicarakan perihal "Mansur Al-Hallaj : Pendekatan, Kefahaman 
Dan Sejarah", dengan niat dan harapan untuk sama-sama kita berkongsi ilmu 
dan maklumat yang sedikit ini, untuk dihayati dan seterusnya jika mempunyai 
daya dan upaya ianya diamalkan.

InsyaAllah, setiap kebenaran itu akan hadir juga pada hati dan nurani kita 
masing-masing.

Hanya Allah sahaja yang menentukan masa dan ketikanya yang sesuai.

Setiap kebaikan yang diperolehi, jadikanlah ianya suatu i'tibar untuk 
bekalan kehidupan seterusnya.

Amin!


- Mansur Al-Hallaj : Pendekatan,Kefahaman Dan Sejarah -


MUNGKIN ada di antara kita yang masih tertanya-tanya : "Kalau begitu mengapa 
pula Al-Hallaj telah dijatuhkan hukuman mati???

Barangsiapa mengenal sejarah Islam, pasti mengenal kata-kata "Ana Al-Haq". 
Kata-kata ini sendiri, sebenarnya sudah menggoda keawaman, apalagi kesolehan 
seorang Muslim.

Terlebih lagi ketika ia terkait pada riwayat dan kisah-kisah Mansur 
Al-Hallaj seorang Sufi besar.

Pada abad ke-14 ahli Sufi terkenal Al-Hallaj, iaitu Abu al-Mughith al-Husain 
ibn Mansur al-Hallaj, lahir pada 858 Masihi di Tur, Iran dan meninggal dunia 
(mati dipancung) di tiang gantungan pada 26 Mac 922 di Baghdad, di tepi 
sungai Euphrat, tempat mengalir bukan hanya sebahagian peradaban Islam, 
tetapi juga sebahagian peradaban dunia kita ini. Dibunuh kerana dituduh 
murtad dan kafir.

Dia pada mulanya mendapat pengiktirafan daripada Ulama' sezamannya. Ini 
kerana beliau seorang pengibadat yang sangat handal. Beliau seorang yang 
kuat sembahyang (solat) dan sentiasa berpuasa setiap masa.

Tetapi apabila beliau mendakwa bahawa dirinya adalah hak, beliau dipandang 
serong dan kafir oleh beberapa ramai Ulama'.

Beliau berkata : "Saya adalah hak", di mana di dalam bahasa Arab disebut 
"Ana Al-Haq" atau disebut dalam bahasa Inggeris "I am the truth". Ungkapan 
itu ditafsirkan bahawa beliau menganggap zat Allah berada dalam diri.

Dengan berfalsafah sebegitu rupa, Al-Hallaj dipenjara dan disebat. Beliau 
kemudian disalib selepas dipotong tangan dan kakinya. Malah mayat beliau 
dibakar dan abunya dihanyutkan ke sungai Dajlah. Sedang kepalanya dibawa ke 
Khurasan untuk selanjutnya dipersaksikan oleh ummat, Islam dan sejarahnya.

Begitulah kekuasaan, masa itu, dinasti Abbasiah memuas dirinya dengan 
kematian Mansur Al-Hallaj.

Seorang lagi Sufi besar iaitu Syeikh Al-Syibli berkata bahawa meskipun 
beliau sendiri dan Abu al-Mughith al-Husain mengeluarkan kata-kata yang sama 
(Ana Al-Haq), tetapi beliau dibiarkan begitu sahaja kerana orang 
menyangkanya gila, tetapi Abu al-Mughith al-Husain disalib kerana orang 
menganggap dia bukan gila dan bijak pula.

Mansur Al-Hallaj, menerima pendidikan dan asuhan pertamanya daripada 'Alim 
Sahal Ibn 'Abdullah seorang Sufi besar yang terkenal.

Sesudah menguasai berbagai cabang pengajaran, yang religius dan intelektual, 
ia mengembalikan perhatiannya kepada Sufisme. Di sinilah ia menerima 
pengolahan rohaniah Syeikh Abul Hussain Al-Nuri, Syeikh Junaid Al-Baghdadi 
dan Syeikh Umar Ibn Uthman.

Dan adalah dari gurunya yang terakhir, Al-Hallaj yang tersohor itu menerima 
suatu alamat yang semakin berkembang sedemikian kuat dalam dirinya, sehingga 
ia mulai dengan gelap mata mengucapkan hal-hal yang memperkosa 
perintah-perintah syariat. Gurunya telah beberapa kali melarang Al-Hallaj 
mengucap ucapan-ucapan yang bertentangan dengan syariat itu, tetapi sia-sia; 
sehingga Al-Hallaj akhirnya diperintahkan meninggalkan perguruannya itu.

Begitulah Al-Hallaj meninggalkan Basra dan kembali ke Baghdad, masuk kembali 
ke perguruan (khanqah) Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Tetapi juga di sini 
Al-Hallaj mulai lagi mengucapkan ucapan-ucapannya yang mengungkapkan rahsia 
Ketuhanan walaupun ia telah dilarang gurunya.

Pada suatu hari Syeikh Junaid berkata, "Hei, Mansur, tidak lama lagi, suatu 
titik dari sebilah papan akan diwarnai oleh darahmu!" "Benar", kata 
Al-Hallaj, "Tetapi dalam hal yang demikian, engkau juga akan melemparkan 
pakaian Kesufianmu dan mengenakan pakaian Maulwi - Ana Al-Haq". Kedua 
ramalan itu secara harafiah menjadi kenyataan.

Pada suatu hari Al-Hallaj benar-benar dirangsang oleh api cinta Ilahiahnya 
dan ia kembali meneriakkan "Ana Al-Haq". Dan begitulah ia terus, sering 
tanpa henti. Gurunya, Syeikh Junaid dan teman-temannya seperti Syeikh 
Al-Syibli dan lain-lainnya menasihati Al-Hallaj agar menahan hati, namun 
tetap tidak mempan. Al-Hallaj terus saja dengan seruan-seruannya "Ana 
Al-Haq" pada waktu-waktu istirehat. Lalu bangkitlah kaum Ulama' syariat 
melawan Al-Hallaj dengan mendapat dukungan dari Hamid Ibn Abbas, Perdana 
Menteri (PM) wilayah Baghdad dan akhirnya malah mengeluarkan "Fatwa Kufur", 
menyatakan bahawa Al-Hallaj secara hukum dapat dihukum mati.

Ketika keadaan yang sebenarnya itu akhirnya diajukan untuk mendapat 
persetujuan Khalifah Muqtadir-Billah, beliau menolak memberikan 
persetujuannya. Kecuali, kalau Fatwa itu ditandatangani oleh Syeikh Junaid 
Al-Baghdadi. Fatwa itu kemudiannya enam kali dikirim kepada Syeikh Junaid, 
tetapi kembali tanpa tandatangannya. Khalifah, untuk ke tujuh kalinya 
mengirimkan Fatwa itu disertai permintaan khusus agar ia menjawab "ya" atau 
"tidak". Menghadapi hal itu, guru yang besar itu membuang pakaian 
Kesufiannya, dan mengenakan jubah ke-Ulama'-annya ia menulis pada surat 
jawabannya :

"Menurut hukum syariat, Al-Hallaj dapat dijatuhi hukuman mati; tetapi 
menurut ajaran-ajaran rahsia kebenaran, Tuhan adalah maha tahu!".

[Irshadat : Syeikh Muhammad Ibrahim, Iran - Mempunyai nama jolokan, 
"Gazur-i-Ilahi" (the washerman of God - tukang cuci Tuhan)]


Diceritakan bahawa Al-Hallaj sebelum disalib, beliau bersembahyang (solat) 
dan berdoa dengan berkata :

"Mereka adalah hamba yang berhimpun, sangat dahaga untuk membunuh ku kerana 
agama Kau, dan untuk mendapatkan keredaan Kau, maka ampunkan mereka wahai 
Tuhan ku, dan memberi rahmat kepada mereka, kerana jika Kau membuka kepada 
mereka seperti Kau membuka kepada ku, mereka tidak akan melakukan seperti 
yang mereka sedang lakukan sekarang, dan jika Kau tutup pada ku seperti Kau 
tutup pada mereka, aku tidak akan menghadapi malapetaka ini, baiklah apa 
yang Kau lakukan dan baiklah apa yang Kau mahukan."

Begitulah berakhirnya hidup Al-Hallaj dan beberapa Ulama' dan ahli Sufi lain 
yang hidup dalam abad ke-8 sehingga ke abad ke-14.

Tentang kes Al-Hallaj ini bukanlah menjadi rahsia lagi. Kisahnya telah 
diketahui umum. Ia mempunyai kekuatan dan daya tarikan yang menjadi tumpuan 
orang ramai di mana-mana ia berada. Seperti ahli-ahli Sufi yang lain beliau 
mengasihi keluarga Rasulullah SAW. Pada ketika itu keluarga Rasulullah SAW, 
bercita-cita untuk mengambil semula kuasa pemerintahan. Golongan Bani Abbas 
sudah pasti tidak merasa senang terhadap setiap tokoh seperti yang ada pada 
Al-Hallaj yang memberi sokongan dan simpati sepenuhnya kepada keluarga 
Rasulullah SAW. Oleh kerana di'ayah beliau begitu kuat tersebar luas, maka 
demi untuk menjaga "keamanan atau keselamatan negara" seperti yang selalunya 
dijadikan alasan oleh setiap yang tamakkan kuasa pastilah diambil tindakan 
segera.

Ramai Ulama' dituduh murtad apabila tidak sehaluan!

Kes Al-Hallaj yang menerima hukuman bunuh bukan sekali-kali bersebabkan 
kerana isu agama tetapi semata-mata kerana politik. Memang menjadi perkara 
yang amat mudah bagi pihak yang berkuasa secara kuku besi untuk 
memutarbelitkan kenyataan dan kedudukan kes yang sebenar, membawakannya ke 
muka pengadilan, serta membuktikannya dengan sebilangan besar para saksi 
dusta, bahkan boleh mempengaruhi dengan wang dan kedudukan untuk mencapai 
kehendak nafsunya. Demikianlah kes Al-Hallaj. Tidak ada kaitan pun dengan 
masalah agama, walaupun telah cuba dikatkannya. Semua kata-kata dan 
pendapatnya tidak ada dalam buku-buku atau kitab-kitab hasil dari tulisan 
tangan dan catitan penanya, dan setengah daripada kitabnya yang masih ada 
tidak menyokong dakwaan musuh-musuhnya.

Menurut neraca logik yang benar seorang jurubina tidak layak untuk memberi 
fatwa dalam bidang kajian perubatan atau ketabiban. Demikian juga seorang 
sasterawan dengan kesasterawannya tidak layak untuk memberikan fatwa dalam 
bidang senibina. Maka adilnya, tidaklah begitu mudah untuk membuat putusan 
hukum ke atas orang-orang seperti Ibnul 'Arabi, Al-Hallaj, Ibnu al-Farid, 
Hamzah Fansuri, Syeikh Sitijenar, kalau orang-orang itu bukan dari ahli yang 
setaraf dengan mereka.

Pernah dikatakan kepada seorang dari para guru yang soleh lagi dihormati 
bahawa : Si polan telah mengkritik Ibnul 'Arabi dalam sebuah majalah. Beliau 
mengatakan apakah layak seekor lipas untuk menilai amalan seekor singa? 
Memang ia tidak layak untuk menilai bahkan untuk memperkatakannya, kerana 
logik yang menjadi ukurannya adalah logik lipas.

Imam Al-Sya'rani sendiri menegaskan tentang kedudukan orang-orang yang 
memusihi Ibnul 'Arabi bahawa penilaian dan hukuman mereka adalah penilaian 
dan hukuman nyamuk yang cuba menghembus gunung dengan tujuan untuk 
meruntuhkannya. Yang lenyap dibawa angin ialah si nyamuk walau bagaimana 
banyaknya, si nyamuk itu sedangkan gunung akan tetap kukuh di tempatnya yang 
menjadi pengimbang putaran dunia ini.

Pendapat yang benar dan penuh insaf ialah pendapat Imam Al-Sya'rani tentang 
kedudukan ahli Sufi umumnya dan Ibnul 'Arabi khususnya :

"Demi umurku! Penyembah-penyembah berhala tidak berani untuk menjadikan 
Tuhan-Tuhan berhalanya itulah sebagai Zat Allah, sebaliknya mereka hanya 
mengatakan : "Kami tidak menyembahnya hanyalah semata-mata untuk menjadi 
perantaraan yang boleh memperdekatkan kami kepada Allah." Betapa pula Tasauf 
ialah akhlak. Sesiapa yang semakin bertambah akhlak bererti semakin 
bertambah kejernihan hatinya. Semoga Allah meredhoi mereka sekalian."

Biarlah kita sampai atau hampir sampai dahulu ke tarafnya, maka baharulah 
kita memberikan hukum. Maka hukuman kita itu nanti tidak akan berbeza dari 
hukuman para " Ulama'" salaf.

Di bawah ini saya sertakan petikan ucapan-ucapan Al-Hallaj yang melampaui 
(unnatural) daripada pemikiran manusia biasa.

Mansur al-Hallaj : Sayings

"ana'l-Haqq - I am the Truth."
(this is the saying which apparently earned al-Hallaj his martyrdom - al 
Haqq also means God)

Which means :

"ana'l-Haqq - Aku adalah Kebenaran."
(ini adalah pengucapan yang menyebabkan al-Hallaj dihukum bunuh - al Haqq 
juga bermaksud Tuhan)

*

"You know and are not known; You see and are not seen."

Which means :

"Kau tahu dan Kau tidak diketahui; Kau lihat dan Kau tidak dilihat."

*

"Your spirit mixed with my Spirit little, by turns, through reunions and 
abandons. And now I am Yourself, Your existence is my own, and it is also my 
will."

Which means :

"Semangat Engkau bercampur dengan semangat ku sedikit demi sedikit oleh 
pusingan (peredaran), melalui penyatuan semula dan perpisahan (tanpa rasa 
takut) dan kini aku adalah diri Mu, kebenaran Mu adalah aku sendiri dan 
ianya juga adalah kehendak ku (keupayaan).

*

"I find it strange that the divine whole can be borne by my little human 
part, Yet due to my little part's burden, the earth cannot sustain me."

Which means :

"Aku mendapati suatu keganjilan yang seluruh kecintaan, boleh dilahirkan 
oleh tubuh ku yang kecil, sehinggakan disebabkan oleh bebanan yang kecil, 
bumi tidak dapat menanggung ku."

*

"I have seen my Lord with the eye of my heart, and I said : "Who are You?" 
He said : "You.""

Which means :

"Aku telah melihat Tuhan ku dengan mata hati, dan aku berkata : "Siapa Kau?" 
Dia berkata : "Engkau.""

*

"I do not cease swimming in the seas of love, rising with the wave, then 
descending; now the wave sustains me, and then I sink beneath it; love bears 
me away where there is no longer any shore."

Which means :

"Aku tidak berhenti berenang dalam lautan cinta, timbul bersama gelombang, 
kemudian turun ke bawah (go down). Kini gelombang menetapkan 
(support/maintain) aku, dan kemudian aku tenggelam dibawahnya. Cinta membawa 
aku pergi di mana tidak ada lagi pantai."


Kata-kata yang cukup simbolik dan "mencarik adat", serta di luar daripada 
pemikiran waras manusia biasa. Dengan penzahiran kata-kata sebegini jugalah 
beliau dituduh murtad dan kafir bagi mereka-mereka yang tidak sehaluan 
dengan fahaman dan aliran Sufismanya yang penuh dengan mistik tradisional.

Bagi saya ucapan-ucapan beliau ini "is not tangible", iaitu sesuatu yang 
tidak dapat dirasai oleh sentuhan. Tetapi ianya bukanlah khayalan dan 
terbukti kebenaran!

Saya juga tertarik dengan ulasan Syeikh Fariduddin 'Attar seorang ahli Sufi 
dari Iran, pengarang kitab Tazkiratul-Auliya', berkenaan dengan Al-Hallaj 
katanya :

"Alangkah sedihnya seorang Sufi yang agung ini (Al-Hallaj) tidak difahami 
oleh orang-orang sezamannya. Anda boleh hormati pokok jika ia berkata "Ana 
Al-Haq" (Akulah Yang Benar), tetapi kenapa seorang manusia yang menucapkan 
kata-kata itu disalib pula. Anda patutlah tahu bahawa perkataan seperti itu 
adalah diucapkan oleh orang-orang Sufi yang agung yang dalam keadaan "dzauk" 
(mabuk) Allah atau fana' diri, dan mereka berucap seperti itu melalui Allah. 
Atau dengan lain perkataan, Allah yang bercakap melalui lidah-lidah mereka. 
Diri mereka itu telah "mati"."

AKHIR sekali, kita boleh bertanya sekarang. Ada apa makna Mansur Al-Hallaj 
dengan "Ana Al-Haq" itu sampai naik ke tiang gantungan? Kekuatan apa 
gerangan yang telah menggebu Mansur Al-Hallaj? Kepentingan apa pula yang 
telah bermain sehingga pemerintah akhirnya membawa seorang Sufi sebesar itu 
ke tiang gantungan dan membakar mayatnya supaya ia pupus?

Jawapan terhadap pertanyaan tersebut, pertama-tama mungkin lebih bersifat 
sejarah, ketimbang yang lainnya. Tetapi tidakkah sejarah itu juga lautan 
Iman, ilmu dan hari depan?

Dapatkah Tuhan difahami tanpa sejarah?

Dapatkah Al-Quran, ilmu dan amalan berada di luar sejarah?


Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri


P/S : Harap Maaf! Segala Kesulitan Amat Dikesali!

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke