Yalah..... mendidik ni luas skopnya. Bukan setakat menjadi orang cerdik pandai sahaja. Hendaknya menjadi hamba allah yang tahu hukum halal haram, tahu fitnah tu buruk, tahu kalau nak tuduh mesti bawak empat saksi, tahu bahawa tilam tak boleh jadi saksi, tahu yg orang pembohong tak boleh jadi saksi. Itulah yg diajarkan oleh semua guru, semua ustaz, semua cikgu moral.

Kalau setakat didik sampai cerdik tak sempurna lagi, sebab akhlak macam menggat junit, macam rahim tambi cik, macam sanusi joget buat apa? Mestilah seimbang ... barulah murid itu nanti jadi adil bila dah pegang jawatan. Budak2 pun kalau tanya siapa contoh orang yg baik antara mahathir dng nik aziz, semua akan jawab nik aziz, bukan mahathir. Hatta anak gani gila ni pun akan jawab nik aziz...... hehehhee

 

BERITA MALAYSIA


September 30 , 1999 18:19PM

 

KERAJAAN JOHOR TERIMA ADUAN GURU SEBAR FAHAMAN NEGATIF

 

BATU PAHAT, 30 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman hari ini berkata kerajaan negeri menerima aduan terdapat segelintir guru menyebarkan fahaman negatif di kalangan murid-murid mereka.

Katanya, mereka menggunakan kesempatan itu dengan "mencuri" waktu belajar untuk meracuni pemikiran kanak-kanak dengan menghasut dan melempar pelbagai tuduhan tidak berasas yang diperolehi menerusi Internet.

"Saya sedih apabila menerima maklumat itu. Mereka sepatutnya mendidik kanak-kanak dengan sempurna, bukannya bertindak berasaskan maklumat yang tidak diketahui sumbernya," kata beliau.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil Diploma Pendidikan dan Sijil Perguruan kepada 311 orang bakal guru di Maktab Perguruan Batu Pahat di sini, Abdul Ghani berkata kerajaan negeri akan menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Pendidikan untuk tindakan lanjut.

Mengenai penggunaan teknologi maklumat, beliau berkata guru perlu memberikan penerangan yang jelas kepada murid-murid agar mereka dapat menggunakan IT dengan cara yang betul dan berfaedah.

Abdul Ghani berkata beliau khuatir jika kanak-kanak menerima maklumat yang salah, ia akan menimbulkan kesan yang negatif.

-- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke