Haa... lagi aneh! Semua yg contoh ada di gua musang. kuca Kuli nampak lebih hebat. Satu lagi yg terhebat di gua musang ialah contoh orang yg jilat ludah, contoh org yg engkar sumpah, dan contoh orang yg buat parti lepas tu kuburkan sendiri pun ada di gua musang. Inilah musang berbulu itek!

 

BERITA MALAYSIA


September 30 , 1999 18:21PM

 

RENOK BARU KAMPUNG CONTOH DI MALAYSIA

 

Oleh Wan Muhammad Wan Adam

GUA MUSANG, 30 Sept (Bernama) -- Kampung Renok Baru, sebuah rancangan kemajuan tanah, kira-kira 20 tahun dulu merupakan kawasan hutan yang diterokai oleh 86 keluarga.

Mereka merupakan peneroka awal yang ditempatkan ke situ oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) pada 1978 untuk membangunkan kawasan itu berkonsepkan RKT "ala Kelantan" yang menitik-beratkan kepada amalan gotong-royong.

Kini kawasan belantara itu bertukar menjadi sebuah kampung yang sempurna dalam serba-serbi urusan harian masyarakatnya dan merupakan desa tercantik di Malaysia dengan penghuninya bertambah menjadi 364 keluarga atau 2,117 penduduk.

Kampung itu diisytiharkan pemenang tempat pertama Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung (PKKK) peringkat kebangsaan anjuran KementerianPembangunan Luar Bandar dengan meraih hadiah wang tunai RM20,000 dan projek pembangunan bernilai RM300,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Kampung Sungai Duri, Seberang Perai Selatan dengan hadiah wang tunai RM15,000 dan projek pembangunan bernilai RM200,000 manakala tempat ketiga Kampung Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor memperolehi wang tunai RM10,000 dan projek pembangunan RM100,000.

Sebagai penghargaan terhadap masyarakat kampung itu yang menjayakan semua impian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan hadiah kepada pemenang pada satu majlis meriah di kampung itu.

Sebanyak 14 kampung di seluruh negara menyertai pertandingan berkenaan.

Kampung Renok Baru kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan begitu indah pemandangan dan suasana persekitarannya kerana halaman rumah setiap keluarga dihiasi bunga-bungaan yang cantik.

Ketua Peneroka Wan Saufi Wan Ismail, 45, berkata kampung itu telah menubuhkan lapan biro untuk memainkan peranan memajukan kampung berkenaan dan setiap mereka memastikan semangat permuafakatan dan perpaduan amat kental di kalangan mereka tanpa mengira fahaman politik.

Biro-biro itu ialah Ekonomi, Industri dan Keusahawanan; Prasarana, Keindahan dan Kesihatan; Keselamatan, Kesenian dan Pelancongan; Agama dan Dakwah; Kebudayaan, Belia dan Sukan; Pembangunan Sumber Manusia; Perladangan, Pertanian dan Ternakan; serta Biro Wanita dan Kebajikan.

Antara kejayaan yang dicapai di bawah Biro Ekonomi, Industri dan Keusahawanan ialah kini terdapat 22 kedai runcit, 13 buah warong, enam perusahaan makanan ringan, lima gerai buah-buahan, masing-masing dua perkhidmatan pengangkutan bas dan van, perusahaan kraftangan, bengkel perabot, perusahaan sos, bengkel kereta/motosikal dan stesen mini minyak di kampung itu.

Menurut Wan Saufi dalam usaha menggalakkan masyarakat menyertai sektor ekonomi, penubuhan Koperasi Peneroka Renok Baru Bhd banyak membantu penduduk sehingga dapat mengumpul harta berjumlah RM150,000 termasuk memiliki lot gudang di bandar Gua Musang.

Mereka juga merancang sembilan projek untuk dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun, antaranya mewujudkan bandar dalam kampung dengan menjadikan tanah-tanah rizab sebagai asas untuk didirikan rumah-rumah kedai dan tapak industri.

Menjadikan Jeram Pelangi dan Gunung Rabong yang kaya dengan flora dan fauna sebagai taman indah yang mampu memberi pulangan kepada penduduk setempat dan menjalankan perniagaan air mineral melibatkan kos RM1.17 juta.

Bagi membentuk suasana indah dalam kampung, katanya, Biro Pembangunan Prasarana, Keindahan dan Kesihatan mewujudkan pertandingan rumah contoh danmasyarakat contoh yang melibatkan penyertaan kebanyakan penduduk kampung itu.

Dari sudut agama, kampung berkenaan dilengkapi dengan masjid, madrasah dua tingkat, pusat sumber dan Pondok Darul Takwa untuk tahfiz Al-quran.

Bagi menjaga keselamatan kampung, Biro Keselamatan, Kesenian dan Pelancongan telah menubuhkan Pasukan Kawalan Kampung (P3K) yang menjalankan rondaan dalam kampung bermula pukul 11 malam hingga 5 pagi, membina pos kawalan di setiap pintu masuk desa dengan kerjasama polis dan Rela.

Wan Saufi berkata biro itu juga berjaya dalam usahanya membanteras kumpulan jenayah dan penyalahgunaan dadah di samping kerap menganjurkan majlis penerangan bagaimana menghindarkan gejala sosial dalam masyarakat.

Dari segi kebudayaan, biro itu mewujudkan lima kumpulan kesenian - dikir barat veteran, dikir barat belia, kumpulan nasyid, seni mempertahankan diri seperti silat jatuh dan taekwando.

Bagi menjaga keindahan dan kebersihan Sungai Renok, penduduk kampung itu mewujudkan projek sungai angkat dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Renok Baru, dengan membina taman rekreasi di pinggir sungai berkenaan hingga ke Pusat Pelancongan Jeram Pelangi.

Bagi membentuk insan yang bertakwa, katanya, Biro Agama dan Dakwah menganjurkan kelas pengajian khas, kelas pengajian Al-Quran, berzanji, tahfiz, majlis bacaan Yassin dari rumah ke rumah, rakan masjid, qiamullail dan kursus pengendalian jenazah.

Mereka juga sentiasa memberi keutamaan kepada pendidikan anak-anak bermula daripada peringkat kelas tadika, sekolah rendah dan menenagh sehingga ramai yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang turut hadir pada majlis penyampaian hadiah itu berkata beliau berbangga dengan kejayaan Kampung Renok menjadi kampung contoh di Malaysia.

Kejayaan itu patut dicontohi oleh kampung-kampung lain, katanya.

-- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke